Ting ting ting
Loceng butik berbunyi menandakan seseorang datang.
Hafiqa yang berada di kaunter terus berdiri dan menyapa customer yang datang itu.
"Selamat datang, Cik Suhana?" Teragak-agak Hafiqa menyebut nama customer itu, takut tersilap.
"Ya, Suhana. Yang ni namanya Zanhayrian, model yang saya cakap semalam tu" bagitahu Suhana memperkenalkan orang yang berada disebelahnya.
"Ohh. Hi, Puan Zanhayrian" sapa Hafiqa kepada Zanhayrian pula.
"Hi. Just call me Zan. Not with 'Puan'. Tak kahwin pun lagi tau. I Nampak tua sangat ke?" tanya Zanhayrian bersama senyuman kecil.
'Wow. Tak kerek rupanya perempuan ni. Ramah pulak tu. Nampak gaya macam berlagak sebab biasanya model-model ni kebanyakan sombong nak mampus. Silap-silap pandang aku pun taknak' monolog Hafiqa didalam hati.
"Eh mana ada tua. You nampak cantik ada la. Ala-ala baby face githuww" ucap Hafiqa.
Pujian Hafiqa membuat ketiga-tiganya ketawa.
Aisya yang mendengar orang ketawa terus memberhentikan kerjanya. 'Siapalah yang ketawa. Dah lah aku sesorang ni. Ishh seram mat' Setelah menutup suis iron, dia terus keluar untuk pergi ke depan berjumpa dengan Hafiqa.
Dan setelah itu, indera matanya dihiasi dengan tiga orang gadis. Sorang nampak cantik dengan suit dan tudung yang dikenakan manakala sorang lagi putih, langsing, tinggi, cantik, macam barbie doll, sesuai dengan dress mahal itu. Yang tu tak payah ceritalah, Hafiqa je pun.
"Ha, kenalkan yang ini Aisya Imani, pekerja butik ni dan juga bestfriend saya. Kitaorang memang together dari dulu lagi" Kata Hafiqa setelah melihat Aisya sudah berada di sebelahnya.
"Ini Puan Suhana, customer yang datang semalam tu dan yang ni Zanhayrian, model yang nak pakai baju kita. Kena buat cantik-cantik tau, kalau tak cantik, tak sesuai dia pakai nanti" sambung Hafiqa dengan gurauan.
"Hi Aisya" sapa Suhana dengan senyuman.
"Oh hi. Cantiknya You. Model butik ni eyh?" tanya Zan.
Kagum dia dibuatnya dengan kecantikan Aisya. Natural beauty githuww sebab Aisya tidak memakai makeup yang tebal-tebal sangat. Cuma penampilannya yang membuatkan kecantikannya tidak terlalu terserlah. Tetapi masih lagi cantik dengan rupanya yang putih dan bersih. Tetapi pakaian tu haa macamtu lah.
"Eh, bukan. Saya macamni tak pass nak jadi model haha" kata Aisya canggung.
"Em boleh dah kalau nak duduk dulu" tegur Hafiqa kepada mereka yang masih lagi berdiri.
Mereka berempat pun duduk di sofa. Dan mulalah perbincangan tentang dress yang Zanhayrian inginkan untuk majlis hari jadinya.
~
"Wow, dah masuk waktu lunch. Sekejapnya masa berlalu" kata Zanhayrian setelah melihat jam tangan berjenama Bonia yang dipakainya. Sekaligus menyedarkan mereka yang tengah serius berbincang. Maklumlah nak buat baju untuk model. Kenalah perfect 👍🏻
"Haah la. I pun tak sedar. Patutlah lapar semacam je" sambung Hafiqa pula.
"Kalau macamtu, jomlah kita lunch. Baju yang Zan nak pun dah bincangkan. Rasanya tak ada apa-apa lagi kot" kata Suhana pula.
"Yes. Kita dah siap bincang. I lapar la. Apa kata kita berempat lunch sama, okey tak?" kata Zan memberi pendapat.
"Boleh jugak. Kau okey tak, Sya?" tanya Hafiqa kepada Aisya pula.
"Er aku okey je" kata Aisya. Tidak selesa pula mahu makan bersama orang kaya ni.
"So, let's go"
~