Bab 11

636 16 1
                                    

SEBULAN KEMUDIAN

"Cepatlah bodoh. Lembap betul kau ni" marah Hafiqa kepada Aisya yang masih terkial-kial mahu keluar dari kereta.

"Sabarlah kambing. Kau tak nampak ke aku pakai kasut tinggi ni. Susah tahu tak nak berjalan, dengan kasutnya tinggi klcc" balas Aisya geram.

"Alah, kasut tinggi pun nak kecoh"

"Eyh eyh kau. Dah lah paksa aku pakai kasut ni. So tunggu lah kau"

"Haih. Tangan kau" kata Hafiqa meminta Aisya menghulurkan tangannya supaya boleh menolong menstabilkan badan kawannya itu. Sekali pandang nampak macam zombie pun ada.

Mereka beriringan berjalan menuju ke dewan tempat majlis hari jadi Zanhayrian.

"Weyh monyet, perlahan lah sikit. Nak jatuh aku. Tak lari punya dewan tu sampai kau nak laju-laju bagai" tegur Aisya.

"Bukan aku yang laju. Kau tu yang lembap. Siput lagi laju dari kau" balas Hafiqa.

"Hey girls" tegur seseorang dari belakang.

Aisya dan Hafiqa memandang seorang lelaki yang segak memakai suit di belakang mereka.

"Um, miss alright tak ni? Nak saya tolong?" tanya lelaki itu, Kamal Kairi.

"Eh, takpe la thank you. Awak jalan la dulu" kata Hafiqa.

Seperti biasa, Aisya hanya diam. Don't talk to stranger.

Lelaki itu pun berlalu meninggalkan mereka berdua.

"Kau ni buat malu je" kata Hafiqa.

"Siapa yang suruh aku pakai kasut tinggi ni?" tanya Aisya.

"Argh. Dah jom cepat" dalih Hafiqa.

~

"Hey bro" tegur Kamal kepada Adrian yang sedang bermain telefon di mejanya.

Mereka pun bersalam dengan cara lelaki. Kamal melihat Qeyta yang berada di tepi Adrian. Baju gadis itu selalu tak cukup kain. Kalau tidak mampu beli, dia dengan senang hati mahu menghulur duit.

"Kau bawak jugak ke dia ni?" tanya Kamal kepada Adrian. Dia memang tidak suka dengan Qeyta. Perempuan ini bukan sahaja tak cukup kain, mulut pun tak ada insurans.

"Dah dia yang nak ikut sangat, aku bawak jelah. Kang aku tak bawak, merajuk macam budak kecil pulak" kata Adrian.

"Hello, I boleh dengar tau" tegur Qeyta kepada dua orang lelaki yang seperti melupakan keberadaan dia disitu.

Mereka pun menoleh kepada Qeyta. Tidak lama, mereka sambung berbual semula. Rancak betul berbual walaupun hanya dua orang. Qeyta yang melihat hanya mendengus.

~

"Hahh lega dah sampai" kata Hafiqa. Letih dia membimbing Aisya yang seperti budak tak pandai berjalan. Kalau budak tak apa, ni dah besar panjang.

"Baru sampai pun dah sakit kaki aku, ni belum start majlis lagi" kata Aisya pula.

Dia mengenakan baju yang Hafiqa pilih, dia hanya tinggal pakai sahaja. Ditolak pun tetap kena pakai juga. Kata Hafiqa 'kita nak pergi majlis hari jadi model tau, takkan nak pakai baju dengan seluar kebangsaan kau tu. Yang datang dekat majlis tu semuanya kaya-kaya tau. Kita je yang beruntung dapat pergi'

"Aku nak pergi tandas la. Kau tunggu kejap tau" kata Hafiqa dan terus berlalu ke tandas yang berada di dewan itu.

Disebabkan bosan dan haus, Aisya bangun untuk mengambil air yang ada. Makanan sudah ada terhidang di atas meja tapi airnya kena ambil sendiri. Perjalanan dari mejanya ke tempat air itu rasanya seperti dari London ke Korea, kasut tinggi itu betul-betul menyukarkan dia untuk berjalan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My possessive hubbyWhere stories live. Discover now