Bab 4

1.1K 56 0
                                    

Adrian memasuki rumahnya dengan senyuman bahagia setelah terjumpa dengan gadis bernama Aisya Imani.

"Ian ni dah kenapa senyum sorang-sorang tu?" tanya mamanya, Datin Najiha.

"Tak ada apalah ma"

Dia tidak mahu ibu bapanya tahu tentang penemuan dia dengan Aisya Imani yang sudah lama menarik minatnya terhadap sikap gadis itu yang susah didekati. Ibu bapanyalah yang menjadi bukti betapa Adrian gigih mencari gadis itu selama 3 tahun ini.

Jika ibu bapanya tahu maka Adrian memang akan diperhatikan kerana mereka tahu sangat dengan sikap obses Adrian terhadap gadis bernama Aisya Imani. Tetapi dalam sikap obsesnya, dia tetap berfoya-foya dengan perempuan yang belum tentu boleh membimbing hidupnya.

"Betul ke ni?" tanya papanya, Dato' Adrian Khal yang sedang menuruni tangga.

Senyuman anak sulong keluarga Dato' Adrian Khal mencurigakan sama sekali bagi mereka.

'Dah jumpa ke? Takkanlah anak aku senyum macam ni kalau perkara-perkara biasa je. Mesti ada apa-apa ni' monolog Dato'.

"Betul lah pa,ma. Adrian naik atas dulu lah, dah lewat nak pergi office ni" pamit Adrian.

"Anak awak tu dah jumpa dengan gadis tu ke?" tanya Dato' kepada isterinya.

"Manalah saya tahu bang" Datin Najiha juga tidak tahu mengapa muka Adrian berseri semacam. Biasanya hanya riak muka bersahaja yang terpapar di wajah Adrian.

~

"Selamat pagi Encik Adrian" sapa pekerja-pekerja Adrian setelah dirinya menapak masuk ke dalam Adrian's Corporation.

Ayahnya, Dato' Adrian Khal yang menubuhkan dan memajukan syarikat ini ketika dahulu. Tetapi sekarang papanya sudah tidak mahu memikirkan hal kerja, jadi dia mengambil alih syarikat ini memandangkan dirinya anak pertama dalam keluarga mereka.

"Hai" balas Adrian kepada pekerjanya.

Pekerja disitu terkejut dengan balasan dari bos mereka. Selama ini hanya senyuman sebagai balasan tetapi harini bos mereka menjawab 'hai'? Pelik bin ajaib.

Tanpa hiraukan pandangan pelik pekerjanya, dia terus melangkah ke lift untuk menuju ke tingkat 10 dimana bilik kerjanya berada.

Sampai sahaja di biliknya, dia terus menghempaskan badannya di kerusi. Dia masih teringatkan kejadian dia berjumpa dengan gadis yang sudah lama dicarinya. Disebabkan kejadian pagi tadilah mood dia sangat gembira lain maciam harini.

~

Sedar tidak sedar, sudah masuk waktu lunch. Adrian tidak terlalu fokus pada kerjanya kerana asyik teringatkan Aisya Imani.

Kring kring kring

Lamunannya terhenti apabila seseorang menghubungi. Dia melihat screen telefon seketika lalu mengangkat panggilan itu.

"Hai biy, jom kita lunch sama-sama" sapa Qeyta Yasmin merangkap girlfriend Adrian.
Uhh menyampah lak aku.

"Hai, sekejap lagi I ambik you. You dekat mana sekarang?"

"I ada dekat rumahlah, dekat mana lagi. I nak jumpa orang tu tapi orang tu tak bagi pulak" rajuk Qeyta.

Qeyta sebenarnya mahu datang ke officenya, tetapi dia tidak mengizinkan kerana alasan yang dirinya terlalu busy. Padahal tak ada lah sibuk mana tetapi sengaja supaya tidak spoil mood bahagianya harini.

"Sorrylah sayang. I busy sangat tadi tu pun baru sedar yang sekarang waktu lunch. I ambik you, kita lunch sama-sama ya" pujuk Adrian. Kalau dah semakin teruk rajuk gadis itu, memang susahlah dia untuk memujuk melainkan diajak bershopping.

~

"You ni lambat lah. Lain kali datanglah awal sikit. Berejam I tunggu you datang tau tak?"

Jumpa-jumpa je dah kena sembur. Apalah nasib kau Adrian dapat girlfriend macam ni.

"Hm" balas Adrian malas mahu melayan sikap biasa Qeyta yang selalu membesarkan hal-hal yang kecil.

"'Hm' je you balas. I tak kira, kalau u nak I maafkan salah you, you kena belanja I shopping lepas kita makan nanti"

"Ok" balas Adrian singkat. Kalau dia memberi alasan sekalipun tetap jugak gadis ini memaksanya.

Mereka terus masuk kedalam kereta Adrian.

"You nak bawak I makan dekat mana?" tanya Qeyta kepada Adrian.

"Ikut you lah"

"I nak rasa makanan kat restoran yang dekat dengan mall kita selalu shopping tu sebab kawan I kata makanan dekat situ sedap and murah pulak tu" terang Qeyta mengatakan hasratnya yang mahu makan di restoran itu.

"Ok" balas Adrian.

Adrian dan Qeyta memasuki restoran yang dikatakan makanannya sedap dan murah. Semasa Adrian melihat suasana restoran itu yang boleh dikatakan agak mewah, dia ternampak seseorang yang amat dikenalinya. Mungkin orang itu tidak perasan dengan kehadiran dia.

'Dunia ni kecik je sampai dua kali kita terjumpa ya, Aisya Imani' kata-kata itu terluah didalam hati Adrian.

Betapa bahagianya dia bertemu dengan gadis itu. Dekat satu tempat pulak tu. Dia berhasrat untuk mengekori kemana gadis itu pergi selepas ini.




Typo abaikan
Jangan lupa vote and komen 😘

My possessive hubbyWhere stories live. Discover now