"Kau ni asal makan je mesti lembap. Kau makan nasi ke kira nasi?" kata Hafiqa tidak berpuas hati.
'Ni kalau adik aku memang aku rembat dah dia ni. Dah naik kematu punggung aku tunggu'. Sudah dekat setengah jam dia menunggu Aisya makan tapi tak sudah-sudah. Aisya memang jenis yang makan siap lambat.
"Kau ni sabar la. Kau tu yang makan cepat sangat macam gorilla" dah la makan lambat sempat lagi kau kutuk dia. Biasalah ego taknak kalah.
"Eh kau ni aku tinggal kang melalak macam orang gila pulak nanti" Kalau bukan fikir Aisya ni kawan sehidup semati dia, memang ditinggalkan je Aisya sorang-sorang.
"Ha kejap kejap. Kau jangan la bercakap nanti aku cakap jugak memang lambat la lagi habis makanan ni" sengaja Aisya memberi alasan supaya Hafiqa tidak membebel lagi. Kalau dah start membebel macam mak nenek.
~
"You, boleh tak cepat sikit makan? I ada kerja pulak kena buat lepas ni" kata Adrian kepada Qeyta yang belum siap makan.
Qeyta makan macam orang normal je tapi Adrian ni yang makan macam orang kebulur sangat. Takut tertinggal langkah gadis itu nanti susah pulak mahu mencari.
"You ni sabar lah. Yang you makan cepat sangat ni kenapa?" hairan Qeyta dibuatnya kerana sebelum ini dia yang habis makan dulu sebelum Adrian tetapi harini cepat pulak Adrian habis makan.
Adrian tidak membalas kerana melihat Aisya dan kawannya sudah mahu pergi dari restoran.
"I tak jadi shopping dengan you harini. Nah, you ambil duit ni beli barang yang you nak tapi I tak boleh temankan"
Dia menghulur beberapa keping duit bernilai RM100 sekali dengan duit untuk membayar makanan mereka berdua. Dia terus melangkah pergi meninggalkan Qeyta terpinga-pinga seorang diri.
"Tak pelah asalkan kau bagi duit dekat aku pun dah okey" kata Qeyta malas mahu berfikir kemanakah Adrian ingin pergi secepat ini.
Adrian sempat mengejar kereta yang dinaiki Aisya dan kawannya. 'Fuhh nasib sempat kejar' lega hati Adrian dibuatnya.
~
Adrian berhenti sedikit jauh di belakang kereta mereka yang betul-betul parking dihadapan satu butik bernama Fiqa Enterprise.
'Buat apa mereka ni pergi dekat butik? Nak pilih baju kahwin ke? Aisya nak kahwin dah ke?! Asal aku tak tahu pun. Tak boleh jadi ni' Adrian pulak tidak senang hati berfikir yang Aisya mahu memilih baju kahwin.
Adrian menghubungi seseorang. "Ha aku ni. Aku nak kau siasat butik nama Fiqa Enterprise. Siapa pemilik dan pekerja dia aku nak tahu jugak" kata Adrian kepada salah seorang kawan dia dan juga merupakan orang yang sama-sama mencari keberadaan Aisya Imani.
Adrian mematikan panggilan tanpa mendengar balasan kawannya. Dia terus meninggalkan tempat itu dan menuju ke syarikatnya semula.
~
"Nah bos. Ni fail syarikat yang berkerjasama dengan kita tu. Dia jugak ada suruh bos carikan mereka baju yang cantik untuk anak dia pakai dekat majlis nanti" kata PA Adrian iaitu Suhana.
"Apa kejadahnya suruh aku carikan baju untuk anak dia pulak. Manalah aku tahu nak cari baju tu semua"
Adrian's Corporation ialah syarikat yang menubuhkan pelbagai kilang seperti kilang perabot, kilang makanan dan sewaktu dengannya.
(Aku tak tahu pasal syarikat jadi aku reka jelah. Huh budak sekolah tapi nak buat cerita pasal syarikat lah butik lah) 😌
Ok sambung"Yang tu saya tak tahu bos. Bos pandai-pandailah cari ya. Saya pergi dulu" hanya Suhana yang berani cakap macamtu dekat Adrian. Bagi pekerja lain memang tamatlah riwayat bekerja di syarikat ini kalau mereka cakap lebih kurang dengan Adrian Naufal.
Suhana sudah lama bekerja dekat syarikat ni. Dia juga bekas PA kepada Dato' Adrian Khal. Jadi dia memang sudah masak dengan perangai dua beranak ni yang serious selalu.
~
"Weyh Sya, kau perasan tak tadi ada kereta berhenti jauh sikit dari butik masa kita sampai tadi?" tanya Hafiqa sebab dia perasan ada kereta macam mengekori mereka.
"Entah. Aku tak perasan pulak" kata Aisya tidak tahu.
"Aku bukan apa. Aku nampak kereta tu masa dalam perjalanan lagi tapi jauh lah sikit dalam 3-4 buah kereta lepastu baru kereta tu"
"Kau salah nampak kot. Bukan kereta tu je ada dalam dunia ni" kata Aisya tidak berapa percaya dengan kata-kata Hafiqa. Famous sangat ke sampai ada orang ikut bagai.
"Salah nampak apanya. Kereta tu je yang mewah sangat sebabtu aku perasan. Lepastu masa aku nampak sampai dekat butik tadi, kereta yang sama beb" terang Hafiqa panjang lebar.
"Ish aku tak tahulah, tak perasan. Biarla dia nak pergi manapun. Dahlah, jom buat kerja" seperti biasa Aisya malas mahu mengambil tahu. Kalau dah jadi sesuatu yang bahaya baru nak gelabah.
"Kau ni. Ishh tak tahu lah aku. Aku takut kita ni dalam bahaya je manalah tahu ada orang berdendam ke. Zaman sekarang kan tengok orang senang sikit mulalah nak sakit hati berdendam bagai lepastu......"
Aisya pekakkan telinga dia mendengar bebelan Hafiqa tentang perangai orang zaman sekarang. Dia juga tahu tapi lantak lah bukan urusan dia pun nak mengambil tahu apa yang orang nak buat. Kang sibuk sangat kata busybody pulak.
Typo abaikan
Jangan lupa vote n komen 😘