Aisya memakirkan kereta di garaj rumahnya. Tanpa membuang masa, dia terus berlalu masuk kedalam rumah.
"Assalamualaikum" Aisya memberi salam kepada penghuni rumah. Siapa lagi kalau bukan keluarga kecilnya, ibu dan juga seorang abang, itupun abang tak guna.
"Waalaikumussalam" serentak keduanya menjawab salam yang sedang berada di ruang tamu. Menonton tv sebelum masuk tidur adalah rutin harian keluarganya.
"Haih, muka masam je ni kenapa?" tanya Puan Aisyah melihat wajah Aisya yang boleh dikatakan buruk rupanya.
"Mana tak masam muka ni. Pagi tadi kereta rosak tengah jalan lepastu Aisya mintak tolonglah 'orang' tu hantar sampai butik si Fiqa tu, dia bagi macam-macam alasan. Busy lah apalah, padahal bukan busy sangat pun. Ada ke suruh kawan dia yang repair kereta adik dekat tepi jalan. Lepastu biarkan adik dengan kawan dia entah siapa" perlinya kepada Aarif.
Aarif menjenggilkan mata kepada Aisya yang sedang mengambil tempat disebelah Puan Aisyah. Adiknya kalau tak mengadu dekat ibu memang tak sah. Yang pastinya ibu dia akan membe-
"Kenapa along buat macam tu? Busy sangat ke sampai tak ada masa nak hantar adik pergi butik? Tahu tak bahaya biar adik sorang-sorang dekat luar sana tu. Orang zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat walaupun dia kawan along" bebel Puan Aisyah.
Dia tahu sangat yang perlian Aisya ditujukan kepada Aarif. Siapa lagi Aisya nak minta tolong kalau bukan abangnya. Aisya jenis yang bukanlah peramah bila berjumpa dengan orang lain. Kalau lelaki lagi lah tak bercakap, silap-silap pandang pun tak ingin. Macam mana nak ada kawan. Hafiqa tu pun sebab berkawan dari zaman university lagi.
Apa lagi ibu, teruskan!
"Kalau perkara macamtu pun kamu tak boleh buat, apatah lagi nak jaga ibu ni. Buanglah sikap malas kamu tu. Kalau rasa susah sangat, fikirkan keadaan adik. Along tak fikir ke kalau apa-apa terjadi. Nak ke perkara yang tak elok jadi dekat adik?"
"Hishh ibu ni. Tak ada lah sampai nak. Alahh, lagipun along kenal lah kawan along tu macam mana. Along pun fikir jugak sebelum buat tindakan"
"Kau lah ni dik. Sibuk nak mengadu kat ibu. Tengok sekarang aku kena bebel" marahnya pula kepada Aisya.
"Memang aku nak tengok pun. Siapa suruh tak nak ambik aku tadi. Mujur tak ada apa-apa jadi. Nanti kau jugak yang menyesal" balas Aisya tak mahu kalah.
'Rasakan. Puas hati aku. Macam tulah apa yang aku rasa bila kau tak ambil aku tadi. Padan muka, bodoh nak mampus'
"Okey lah bu. Aisya nak naik atas dulu, mengantuk ni. Assalamualaikum" pamit Aisya. Dia hanya mahu melihat along kena marah dengan ibunya sahaja. Puas hati dia ahahahaha (ketawa jahat)
"Ehh, aku belum habis lagi dengan kau!" jerit Aarif.
"Biarkan along. Dia nak rehat tu" tegur Puan Aisyah sakit telinga mendengar jeritan nyaring anak lelakinya.
~
Keesokannya, Aisya datang ke butik dan melihat Hafiqa baru hendak membuka butiknya. 'Aku datang awal sangat ke?' tanya Aisya dalam hati. Dia melihat jam di pergelangan tangan, pukul 8.07 baru. Sebagai owner, Hafiqa selalunya datang ke butik sebelum pukul 8 pagi lagi untuk uruskan apa yang patut.
"Assalamualaikum ukhti, lewat buka butik harini" sapanya kepada Hafiqa yang belum perasan akan kehadirannya.
"Waalaikumussalam, aku datang lewat sikit harini sebab aku tak boleh tidur lena semalam. Excited yang model nak datang harini. Dekat butik aku pulak tu, kau ada?" ujarnya ceria+berlagak.
"Memang aku tak ada sebab aku mana ada butik. Aku pun kerja dengan kau" jawab Aisya selamba.
"Kau ni tak guna betul. Bagi lah ayat semangat sikit dekat kawan kau ni. Kau pun merasa dapat tengok model depan mata tau" kata Hafiqa.
Aisya hanya memandang Hafiqa dengan pandangan 'whatever'. Malas mahu melayan.
Mereka berdua masuk kedalam butik. Hafiqa mengambil tempat duduknya iaitu di counter manakala Aisya mengambil tempat duduk dihadapan Hafiqa, saja mahu berbual-bual sebelum membuat kerjanya.
"Weh, kau tahu tak bila model tu datang?" tanya Aisya memulakan bicara.
"Entah. Customer semalam tak bagitahu pun bila nak datang. Tapi yang pastinya, model tu balik dari luar negara harini" jawab Hafiqa.
"Wow, mesti famous kan model tu sampai dekat luar negara" kagum Aisya dibuatnya.
"Kau taknak jadi model, sya? Yelah, kau ada ciri-ciri seorang model tau. Badan kau dah tiptop lepastu tinggi pulak tu. Kau pun ada rupa apa. Memang sesuai lah nak jadi model lepastu fesyenkan baju dari butik aku" ujar Hafiqa dengan ikhlas tentang pujinya terhadap Aisya.
"Kau puji aku cakap aku boleh jadi model tu, aku tak nafikan. Tapi ayat last tu nampak sangat. Sorokkan lah sikit" kata Aisya.
"Hehe, kalau kawan aku dah famous nanti, aku boleh la tumpang sekali. Apa guna ada kawan, kan?"
"Banyaklah kau. Tak payah nak berangan. Lambertt lagi aku nak jadi model. Aku pakai kasut tumit tinggi pun boleh jatuh"
Sememangnya Aisya tidak pandai dan tidak suka memakai kasut bertumit tinggi. Bagi perempuan lain mungkin mereka suka tetapi tidak bagi Aisya. Orang bagi free pun dia tetap tak mahu pakai.
"Dahlah, aku nak buat kerja dulu. Layan angan kau sampai bila pun tak ada endingnya" kata Aisya dan berlalu mahu membuat kerjanya, menggosok stock baju baru yang berada didalam bilik stor.
"Hmph, sampai hati tak layan aku. Aku taknak kawan dengan kau satu jam!" laung Hafiqa kepada Aisya yang sudah kebelakang butik. Entah dengar ke tidak.
Typo abaikan
Jangan lupa vote n komen 😘