Bab 8

956 29 0
                                    

"Assalamualaikum"

Sedang tekun Hafiqa membuat kerjanya, dia mendengar seseorang memberi salam. Siapa lagi kalau bukan customer.

"Waalaikumussalam, selamat datang ke butik" balas Hafiqa serta senyuman kepada customer itu.

"Hai, saya Suhana, pekerja Adrian's Corporation. Saya ada nak bincang sesuatu dengan owner butik ni. Boleh saya berjumpa dengan owner dia?"

"Saya lah owner butik ni, Hafiqa. Marilah duduk dulu" pelawa Hafiqa dengan mesra kepada Suhana.

~

Aisya berhenti dihadapan butik kawannya pada pukul 10.24 pagi. Dia sebenarnya takut nak masuk kedalam butik. Dia sampai lewat disebabkan keretanya rosak dalam perjalanan tadi.

FLASHBACK

Aisya berasa tidak sedap hati dalam perjalanannya, lebih tepat sebelum bertolak lagi. Dia merasakan ada perkara yang buruk akan berlaku. Dan naluri dia memang tepat apabila keretanya mulai perlahan secara tiba-tiba.

"Pahal pulak lah kereta ni. Dahlah aku nak cepat ni. Masuk kerja lambat ada kena bebel dengan nenek tu nanti"

Dia terus memberhentikan keretanya ditepi jalan. Kalau teruskan perjalanan, mungkin akan sampai di 'alam' lain. Iphone 8 plus dicapainya.

"Assalamualaikum long" Aisya menelefon Aarif sebenarnya untuk meminta tolong hantarkan dia ke butik memandangkan keretanya mati sebaik sahaja dia berhenti.

"Waalaikumussalam, ha ada apa call ni?" jawab Aarif.

"Kau tengah kerja ke? Kalau kau tak busy, aku nak mintak tolong hantarkan aku ke butik Fiqa. Kereta aku ni meragam tiba-tiba, sakit perut agaknya"

"Asal mintak tolong aku lak?" tanya Aarif. Dia sebenarnya malas mahu mengambil dan menghantar Aisya. Buang masa dan tenaga sahaja.

"Selain kau, cuba kau bagitahu aku siapa lagi yang aku nak mintak tolong? Tak ada kan. So kaulah orang yang kena ambil aku" kata Aisya bersungguh-sungguh memujuk Aarif.

"Aku tengah busy ni. Apa kata kau hantar location, nanti aku call kawan aku suruh tengokkan kereta kau ya? Boleh lah baiki apa yang patut. Nak call mekanik mahal, membazir duit pulak tu. Kalau dengan kawan aku mintak free je, senang. HA APA?! OK KEJAP. Ada customer datanglah. Aku gerak lu, bye bye adikku"

Aarif memutuskan panggilan tanpa mendengar balasan adiknya. Malas mahu mendengar bebelan Aisya yang katanya tidak suka bergaul dengan lelaki selain Aarif. Entah apalah yang ditakutan sangat. Tetapi dia kesah apa? Janji tidak mengganggu waktu senangnya.

"Entah betul ke tidak customer datang. Menipu je lebih. Daripada ada abang, baik tak payah ada. Menyakitkan hati je. Mintak tolong sikit pun tak boleh"
Macam lah dia tak kenal sikap malas abangnya yang menggunung. Dah biasa kena.

Setelah dekat sejam menunggu kawan abangnya datang, akhirnya tiba juga. Dia tak lupa juga mengirim chat kepada Hafiqa tentang keadaan dirinya sekarang.

END OF FLASHBACK

"Assalamualaikum..." Aisya memberi salam selepas membaca semua doa yang ada agar kawannya tidak membebel . Nak buat macam mana, bukan mintak pun keretanya rosak.

"Waalaikumussalam, sampai pun kau. Kereta dah ok ke?" tanya Hafiqa.

"Dah boleh jalan tu ok lah agaknya" jawab Aisya.

"Tulah kau, pakat bawa je kereta. Asal boleh jalan. Kan aku dah bagitahu check lah dulu kereta tu air cukup tak. Minyak hitam cukup ke tak. Dah jadi macamni barulah nak gelabah text aku macam-macam"

Tu dia bebelan yang Aisya malas mahu dengar. Berdoa pun tak jalan dengan si Hafiqa ni. Mulut macam mak nenek.

"Dahlah tu, perkara dah jadi kan. Bukannya aku mintak. Tak payahlah nak membazir air liur bertazkirah dekat aku" dalih Aisya.

"Ikut kau lah Aisya oiii. Orang ego ni susah betul" kata Hafiqa.

"Alang-alang kau dah sampai ni aku ada benda nak bagitahu" sambungnya.

"Bagitahu apa?" tanya Aisya.

"Tadi ada seorang customer perempuan ni datang. Katanya nak tempah baju untuk seorang model, dalam 2/3 pasang macamtu" terang Hafiqa mengenai hal yang dibincangkan dengan Suhana, customernya tadi.

"Customer tu bagitahu yang model tu akan datang sendiri esok. Bulan depan katanya nak pakai baju tu untuk majlis hari jadi dia. So lepas dah decide semuanya esok, kita kena siapkan jugak dalam masa yang ada" terangnya lagi.

"Ohh... Siapa model tu?" tanya Aisya.

"Manalah aku tahu tak jumpa lagi. Customer tu ada bagitahu nama model tu tapi aku tak ingat sangatlah. Nama macam orang putih sikit" jawab Hafiqa.

"So, kita tunggu jelah esok macam mana" putus Aisya.

~

Tok tok tok

"Come in"

"So how was it?" tanya Adrian sebaik sahaja PA dia memasuki ruangan bilik kerjanya.

"Setakat ni semuanya berjalan lancar. Cuma tunggu modelnya sendiri datang ke butik tu esok" bagitahu Suhana.

"Alright, thanks. You may go now" arah Adrian.

Suhana terus berlalu keluar selepas menundukkan kepala sedikit tanda hormat kepada bosnya.

"Can't wait for the moment to see how your reaction, dear" kata Adrian sambil tersenyum sinis. 😏😎




Typo abaikan
Jangan lupa vote n komen 😘

My possessive hubbyWhere stories live. Discover now