Aisya tiba di rumahnya dengan muka masam. Manakan tidak, penemuan dengan lelaki yang paling dibencinya membuatkan dia teringat semula 'kenangan pahit' itu.
"Kau dah kenapa balik-balik je muka masam?" tanya Aarif hairan dengan adiknya. Biasa Aisya akan terpekik terlolong mengatakan dia sudah balik rumah.
"Kau sibuk kenapa?" pertanyaan dibalas pertanyaan. Mood Aisya memang selalu swing. Sekejap dia happy go lucky sekejap moody tidak tentu pasal.
"Biarlah aku sibuk. Aku tanya pasal adik aku jugak" balas Aarif. Awww abang idaman 😚
Tanpa menjawab pertanyaan abangnya tadi, Aisya terus ke biliknya untuk bersiap-siap ke tempat kerja. Dia menghempas pintu bilik agak kuat.
"Dah kenapa adik tu? Along menyakat adik lagi ke?" tanya Puan Aisyah yang baru keluar dari biliknya untuk menonton tv bersama Aarif.
"Ishh, mana ada along menyakat. Dia tu moody tak tentu pasal" kata Aarif. Dia sebenarnya tidak berpuas hati kerana Aisya tidak menjawab pertanyaannya.
~
Aisya tiba di butik baju Fiqa Enterprise. Pemilik butik ini adalah kawannya sendiri, Hafiqa Halim. Mereka memang kawan rapat dari zaman belajar di universiti dahulu.
"Assalamualaikum yorobun" Aisya memberi salam setelah masuk ke dalam butik dan melihat Hafiqa sedang tekun meneliti kertas ditangannya.
"Waalaikumussalam" balas Hafiqa. Tetapi matanya masih memandang senarai stok baju yang baru sampai tadi.
"Tekun sangat tu sampai toleh pun tidak dekat aku." kata Aisya yang sudah muak dengan perangai Hafiqa yang satu itu.
Jika stok baju baru sampai memang Hafiqa tidak ada masa untuk berbual kosong dengannya dan juga staf yang lain. Tahulah dia yang Hafiqa ini busy tapi tak kan sampai tidak pandang langsung dirinya.
I love it when you call me señorita
I wish I could pretend I didn't need ya
But every tou-Hafiqa segera mengangkat panggilan dari boyfriendnya setelah melihat nama 'Syafiq ❤️⛓' tertera di screen telefon.
"Waalaikumussalam fiq... ada apa call ni?" tanya Hafiqa dengan lemah-lembut sekali.
Aisya yang mendengar suara lemah-lembut si Hafiqa terus terasa ingin muntah. 'Tadi aku nak bersembang dengan kau tak layan. Dengan si Syafiq tu kemain lembut lagi suara kau ya. Huh, dasar kawan tidak bergunahh' ucap Aisya geram didalam hati.
Aisya yang malas mahu mendengar perbualan orang bercintan-cintun, terus memulakan kerjanya menyusun stok baju baru.
~
"Wey Sya, jom pergi lunch" ajak Hafiqa. Sudah tiba waktu lunch dan dia sekarang memang lapar tahap gaban.
"Aku ingat kau memang tak nak bercakap dengan aku dah" perli Aisya. Dia sengaja berkata begitu kerana ini lah pertama kali Hafiqa memulakan perbualan dengannya sejak membalas salam dia tadi.
"Alaa sorry lah erk.... aku busy sangat tadi kira stok baju" terangnya. Dia tahu yang Aisya memerlinya kerana tidak berbual langsung tetapi jika melayan Syafiq seperti orang tiada kerja yang nak dilakukan.
"Hm... yelah tu" ragu Aisya kerana tadi semasa Syafiq call ada pula masa si Hafiqa ni melayan bagai.
"Ala kau pun tahu kan. Kalau aku tak angkat call Syafiq tu, nanti dia mulalah nak merajuk dengan aku bagai, kata aku ni kerja sampai tak ada masa nak melayan dia" terang Hafiqa lagi mengingatkan perangai tak semegah Syafiq Hamdan.
"Dah la, aku bergurau je pun. Jomlah kita lunch" ajak Aisya memberhentikan perbualan memandangkan perutnya juga lapar minta diisi.
Mereka berdua keluar dari butik yang masih 'open' memandangkan staf yang lain masih ada untuk menjaga butik dan melayan customer.
Mereka menuju ke Restoran Hazzar kerana masakan di restoran itu menepati citarasa mereka. Restoran itu juga boleh tahan mewah tetapi harganya murah.
Setelah sampai di restoran, mereka memilih tempat paling hujung sahaja kerana senang untuk mereka keluar dari restoran itu nanti.
"Cik berdua nak order apa?" tanya seorang lelaki yang merupakan pelayan di restoran itu.
"Saya nak nasi kandar dan air milo ais" kata Hafiqa. "Saya nak nasi ayam dan jus tembikai" kata Aisya pula.
"Okey. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi dulu ya." ucap pelayan itu ramah dengan senyuman tidak lekang dari mulut. Dia terus berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
"Hensem jugak lelaki tadi, kau tak nak try ke?" tanya Hafiqa kepada Aisya kerana sahabatnya ini masih single.
"Kau nampak penumbuk ni? Kau tak nak try ke?" tanya Aisya geram kerana dia sudah berapa kali mengatakan yang dia tidak mahu bercouple.
"Tak adalah. Aku ni sebenarnya sedih jugak tengok kau sorang-sorang. Keluar jalan pun kau asyik ajak aku je, tak ada rasa ke nak keluar dengan buah hati?" luah Hafiqa kesian dengan nasib sahabatnya.
Disebabkan kejadian lampau, Aisya tidak lagi mahu berkenalan dengan lelaki lain sehinggalah bertemu dengan lelaki yang dia rasa betul-betul jodoh buat dirinya.
"Buah hati lah sangat, lelaki semua sama. Aku tak nak bazirkan masa aku dengan lelaki yang belum halal buat aku" kata Aisya.
"Mana kau tahu lelaki semua sama? Nak jumpa jodoh pun kena ada usaha jugak" terangnya kepada Aisya, mengharapkan yang Aisya tidak terlalu anti dengan lelaki. Hanya lelaki bernama Aarif Iman sahaja Aisya selesa bercakap. Dengan lelaki lain mungkin bercakap, tetapi terpaksa.
"Cakap pasal jodohla pulak. Kau tu bila nak berkahwin dengan buah hati pengarang jantung kau tu?" tanya Aisya. Dia sudah lama inginkan ikatan suami isteri antara Hafiqa dan Syafiq.
"Emm....." Hafiqa tidak tahu ingin menjawab apa.
Dia hanya menunggu keluarga pihak lelaki dan keluarganya menetapkan tarikh . Dia juga ada bertanya kepada Syafiq tentang bila mereka akan berkahwin tetapi alasan yang sama diberikan iaitu 'tunggu duit saya cukup dulu, baru kita bincang hal-hal kahwin ya?'
"Makanan dah sampai" celah pelayan menghantar makanan kepada mereka berdua.
Hafiqa menarik nafas lega disebabkan pelayan ini menyelamatkannya dari menjawab soalan Aisya tadi.
Dia sangat berterima kasih dan bersyukur kerana pelayan datang tepat pada waktu itu."Terima kasih" ucap mereka berdua serentak kepada pelayan itu.
"Sama-sama" balas pelayan itu dan berlalu pergi.
Sedang asyik menjamu selera, mereka tidak sedar yang seseorang sedang memerhatikan mereka dari meja yang agak jauh dari meja mereka berdua. Lebih tepatnya, memerhatikan Aisya.
Typo abaikan
Jangan lupa vote and komen 😘