Bab 6

1K 43 0
                                    

Kring kring kring

Adrian mengangkat panggilan daripada kawannya. "Wey Ian, aku dah ada maklumat pasal nama butik Fiqa Enterprise ni" kata Kamal yang disuruh mencari maklumat tentang butik ni.

"Laju kau buat kerja ya. Ha lepastu bagitahu lah" balas Adrian.

"Pemilik butik Fiqa Enterprise ialah Nur Hafiqa Hawa binti Halim. Kalau kau nak tahu, dia ni bekas pelajar universiti yang sama dengan kau. Aku tak tahulah kau ingat ke tidak lagi" terang Kamal.

"Ohh patutlah macam pernah dengar nama tu. Lagi?"

"Yang menariknya...." Kamal sengaja menggantungkan ayatnya supaya Adrian excited sikit.

"Kau boleh tak cakap je terus. Aku ni pantang betul orang cakap tergantung macam tu" marah Adrian.

"Ok ok. Ni part paling baik punya. Pekerja dia ramai jugaklah dalam 3-4 orang macam tu. Tapi ada seorang pekerja dia ni nama dia kan, Aisya Imani!. Kau nak sangat tahu dekat mana dia sekarang kan so aku dah jumpa" terjerit-jerit Kamal mengatakan berita gembira itu.

Dia ialah kawan yang paling Adrian percaya. Dia juga bersama-sama dengan Adrian mencari Aisya Imani ketika dahulu. Setelah mendapat tahu yang salah seorang pekerja butik ni ialah Aisya, dia terus gembira dan tidak sabar untuk memberitahu kepada Adrian. Setelah 3 tahun mencari akhirnya jumpa juga dimana Aisya bekerja.

"......."

"Hello? Jangan cakap aku beria cerita seorang je tadi" Kamal hairan kenapa talian disebelah sana senyap sunyi.

"B-betul ke?" tergagap-gagap Adrian bertanya sama ada betul ke Aisya bekerja disitu. 'So Aisya pergi butik tadi sambung kerja semula lepas lunch ke? Bukan pilih baju kahwin?'.

"Haihh betul la. Kau ingat aku ada masa ke nak main-main"

"Kau tahu butik tu buka sampai pukul berapa?" tanya Adrian lagi.

"Butik tu buka pukul 8 pagi and tutup pukul 9.30 malam" kata Kamal.

Adrian pantas melihat jam di pergelangan tangannya. Pukul 9. 'Sempat lagi kalau aku nak pergi dekat butik tu. Mesti Aisya tak balik rumah lagi'. Talian terus diputuskan oleh Adrian.

"Kurang ajar punya member. Tutup macam tu je. Dahlah tak ucap terima kasih langsung, berok betul" menyumpah seranah Kamal kepada Adrian yang terus menutup panggilan itu.

~

Adrian telah sampai di butik Fiqa Enterprise tepat pukul 9.30. Dia melihat lampu butik tu masih lagi menyala tetapi di pintu masuk sudah 'close'.

"Wey aku gerak lu. Apa-apa rojer" kata Aisya kepada Hafiqa yang sedang bersiap-siap untuk pulang.

"Ha okey. Hati-hati bawak kereta tu" pesan Hafiqa.

"Yelah. Kau tu pun hati-hati jangan nak bawak laju sangat"

Adrian menundukkan kepalanya tatkala melihat Aisya keluar dari butik.

'Aku harap dia tak nampak lah aku tengah stalk dia ni. Kalau dia tahu mampus lah aku kena serang dengan dia'

Adrian mengucap syukur kerana Aisya telah memulakan pemanduan tanpa perasan ada seseorang yang mula mengekori keretanya dari belakang.

~

"Assalamualaikum" Aisya memberi salam setelah memasuki rumah.

"Waalaikumussalam" jawab Puan Aisyah dan abangnya, Aarif.

"Ha,bu. Aisya naik atas dulu tau nak mandi lepastu nak tidur" Aisya berkata sejurus dia melihat ibu dan abangnya sedang elok menonton tv.

Dua beranak ni memang selalu bersama kalau Aarif tidak sibuk dengan kerja dia. Boleh dikatakan keluarga mereka cukup bahagia walaupun tanpa kasih sayang dari seorang suami dan ayah.

"Sebelum tidur bacalah surah yang patut dulu" tidak lupa juga Puan Aisyah memesan kepada anaknya tentang perkara yang perlu dilakukan sebelum tidur supaya tidak lah mimpi yang buruk-buruk. Dahlah Aisya ni jenis penakut kalau dah mimpi buruk tu memang dia akan ingat seharian mimpi itu.

"Ok,bos. Aisya naik dulu. Assalamualaikum bu, along"

Dilain tempat, Adrian sedang memerhatikan rumah yang dimasuki Aisya sebentar tadi.

'So nilah rumah dia ya? Dekat je dengan taman haritu. Aku akan ikut kau balik esok pulak supaya betul-betul pasti. Senangla kerja aku lepasni' Adrian sudah mula merancang strateginya untuk mendekati gadis itu memandangkan dia sudah tahu dimana rumah Aisya.



Typo abaikan
Jangan lupa vote n komen 😘

My possessive hubbyWhere stories live. Discover now