Bab 7

982 36 0
                                    

Keesokannya, Adrian dengan semangat yang membara memasuki syarikatnya tepat pada pukul 8 pagi. Tapi selalunya Adrian mengambil kesempatan masuk lewat ke tempat kerja memandangkan dia seorang bos. Jadi, tiada sesiapa yang berani menegurnya kecuali ayahnya sendiri.

"Selamat pagi Encik Adrian" sapa pekerja-pekerja setelah melihat bos mereka sudah datang.

Krik krik krik

Sapaan itu berlalu bersama angin apabila Adrian tidak membalasnya malah memandang mereka pun tidak.

"As always again. Semalam elok je balas" kata salah seorang staff kepada kawannya setelah Adrian berlalu. Kalau cakap macam ni masa bos mereka ada memang menempah bala lah jawabnya.

Sampai di tingkat 10, Adrian mencari Suhana yang tiada di tempat kerjanya. 'Tak datang lagi ke? Tapi beg dia ada atas meja. Dekat mana pulak lah perempuan seorang ni' monolognya sendiri.

"Ha Suhana, kat sini kau rupanya. Penat aku cari" tegur Adrian setelah melihat Suhana membancuh minumannya di pantry.

Ada dalam 30 minit lah jugak mencari. Mana tidaknya, setiap tingkat dia perlu mencari Suhana hanya disebabkan hal yang sudah dipendam sejak semalam.

"Mak kau hijau. Eh, Astaghfirullah hal azim" mengucap panjang Suhana lalu berpaling melihat gerangan yang membuat dia terkejut berok tadi.

"Bos rupanya, nak air ke?" tanya Suhana selaku PA yang 'prihatin'. Pelik jugak dengan Adrian yang mencari dia. Tak pernah-pernah pun nak cari aku selama ni.

"Boleh jugak, aku nak milo panas. Cepat sikit, aku ada hal yang nak kena bincang dengan kau" arahnya kepada Suhana.

"Baik bos, nanti saya naik"

Baru sahaja Adrian ingin berlalu, dia berpaling semula dan berkata "For your information Suhana, mama saya bukan warna hijau" dan terus melangkah pergi.

Suhana malu sendiri dengan latah yang tidak sengaja keluar dari mulutnya tadi.

Dalam perjalanan Suhana dari pantry ke tingkat atas, dia sempat berfikir hal apa lah yang penting sangat sampai Adrian mencari dirinya. 'Entah-entah nak buang aku lepastu nak ganti dengan minah psycho tu. Hishh tak mungkinlah, kalau betul memang bodoh bos aku'

Gelaran minah psycho ditujukan kepada Qeyta si girlfriend bosnya. Dia dari dulu tidak suka dengan kehadiran perempuan itu. Menyakitkan mata sahaja kalau minah tu datang ke syarikat. Duduk berkepit dalam bilik entah buat apa. Harap-harap bosnya tahulah halal haram dan amalkannya. Tahu sahaja tiada guna.

~

Tok tok tok

"Masuk"

"Nah bos airnya" Suhana menghulur air yang diminta kepada Adrian.

"Bos nak bincang hal apa? Macam penting je" kata Suhana ingin tahu. Takutlah kalau andaiannya tadi betul-betul berlaku.

"Have a sit first" pelawanya kepada Suhana melihat perempuan itu berdiri macam tunggul kayu sahaja dihadapannya.

"Okey. Hal yang aku nak bincangkan adalah perkara yang kau bagitahu aku semalam. Pasal syarikat yang nak kita cari baju untuk anak dia tu"

"Bos dah jumpa ke butik yang sesuai untuk anak dia? Sebab kalau setakat baju yang biasa-biasa diaorang tak nak ambik. Nak yang berfesyen katanya. Tapi kalau boss yang pilihkan, guarantee ok punya" kata Suhana mengingatkan sikap bos syarikat UR'S.

Syarikat UR'S bekerjasama dengan syarikat Adrian's Corporation kerana perabotnya yang sangat cantik dan sesuai dengan majlis yang syarikat UR'S akan adakan tidak lama lagi. Dewan untuk majlis juga dari Adrian's Corporation.

"Yang pasal baju tu kau kena tengok sendiri. Aku dah carikan, kau pulak uruskan" selamba sahaja Adrian berkata.

"So nama butiknya?" soal Suhana.

"Fiqa Enterprise"




Typo abaikan
Jangan lupa vote n komen 😘

My possessive hubbyWhere stories live. Discover now