Prangg!!
"Nenda?" panggil Kak Liya dari dapur.
Kedengaran seperti nenda telah jatuhkan cawan kaca minuman teh nya.
"Bonda?" panggil Dato Khalid sebaik menutup pintu biliknya, dia dan si isteri menuju ke nenda.
Datin Raniya terkejut melihat kaca yang berderai diatas lantai, "Bonda? Bonda okay tak? Ada luka ke?" dia menyoal bonda mertuanya.
Nenda yang sedang membaca buku di ruang tamu tidak sengaja terjatuhkan cawan kaca air teh yang suam selepas mendapat satu panggilan telefon.
Nenda kini menutup buku bacaan dan pegang dadanya. Nenda beristighfar dalam hati. Nenda membelakangi mereka.
"Nenda tak melecurkan?" datang Kak Liya dari dapur membawa tuala kecil yang sedikit lembap. Dilapnya air teh yang suam itu.
"Kenapa ni.. Ya Allah Kak Siti. Macam mana cawan boleh pecah ni?" panggilan Kak Siti untuk nenda dari Mak Mona yang hanya beza umur berapa tahun saja dari nenda.
Nenda hanya berdiam diri tidak menjawab semua pertanyaan.
Matanya hanya merenung titisan hujan yang semakin lebat luar tingkap kaca yang besar dihadapannya.
Dato Khalid, Datin Raniya, Mak Mona dan Kak Liya memandang nenda. Nenda hanya usap dadanya.
"Nenda, nenda okay?" Kak Liya memeluk bahu nenda dari belakang.
"Khalid"
"Ya.. Ya bonda. Kenapa?" soal Dato Khalid yang dipanggil tiba-tiba oleh nenda.
Nenda menoleh ke arah mereka semua.
"Khalid" air mata nenda mengalir perlahan.
"Bonda, kenapa bonda menangis ni? Khalid ada buat salah ke?" soal Dato Khalid cuba mencari sebab mengalirnya air mata syurganya.
Kring! Kring!
Bunyi telefon rumah yang sangat antik itu diangkat oleh Datin Raniya.
"Bonda"
"Khalid, setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Khalid kena kuat" perlahan nenda menuju ke Dato Khalid dan mengusap perlahan pipinya.
Dato Khalid pelik seketika dengan apa yang nenda sampaikan padanya secara tiba-tiba.
Datin Raniya terduduk di sofa berhampirannya, ganggang telefon antik itu terjatuh.
"Astaghfirullahalazim, abangg..." pecah tangisan Datin Raniya.
YOU ARE READING
Senyuman terakhirmu
Random[Ongoing] "Beautiful destiny" - Ryna Luthfya bt. Khalid Luthan. Gadis yang berusia 25 tahun yang sangat cantik dilengkapi mata hazel dan sentiasa tersenyum gembira walau apa jua keadaan. Tak semestinya lah dia senyum sepanjang masa. Ada faham? Haa...