𝓢𝓮𝓷𝔂𝓾𝓶𝓪𝓷 𝓽𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻𝓶𝓾 : 3

58 8 0
                                    

"Ryan, kau rasa ni cantik tak?" soal Ryna.

"Cantik tapi lagi lawa dengan Royal Blue" jelas Ryan sambil membelek cover laptop berhadapan dengan Ryna dan Ryan.

Ryna hanya mengangguk kepala tanda setuju sebab itu warna kegemaran Ryna.

Sekilas itu juga mata Ryqal memandang kearah jam selepas dia memerhatikan pasangan kembar dari luar kedai.

Ryqal mengeluh, "Diaorang ni beli ke bertukang dalam kedai ni?" rungut Ryqal. Hampir 15 minit pasangan kembar meninggalkan abangnya diluar kedai.

"Bebel apa ha?" tegur seorang gadis yang baru sahaja keluar dari kedai alat teknologi di hadapannya. Ryna.

Jelingan tajam, "Tak boleh lama lagi?" terjongket kening Ryqal memerli.

"Hehe, maaf. Tunggu Ryan habis bayar barang dia jap" sengih Ryna.

Dia memeluk bahu Ryna dari belakang, "Let's go" kata Ryan yang baru keluar dari perut kedai.

"Ish terkejutlah" Ryna menepuk tangan Ryan.

Mereka bertiga berlalu pergi menuju ke medan selera.

Tiba-tiba..

"Ryna!"

Telinga Ryna yang mendengar namanya berfikir bukan dia je yang ada nama "Ryna". Mungkin orang lain. Jadi dia mengabaikan panggilan itu.

"Ryna Luthfya!"

Langkah mereka terhenti, Ryna menoleh ke arah suara yang memanggilnya.

'Macam pernah dengar nama tu. Nama aku ke? Eh memang nama aku lah'

Tak sempat menoleh habis, diri dipeluk erat. Dia sedikit kaku. Apakah?

Ryan dan Ryqal terkejut dan automatik cuba melepaskan Ryna daripada pelukan orang asing itu. Mereka berdua terpaksa memegang kedua bahu gadis itu dan meleraikan pelukan. Manalah tahu ada benda bukan- bukan ke. Sesuka hati mak bapak dia je main peluk anak orang.

"Lepaskan lah! Siapa kau ni?!" jerit Ryna setelah kembar dan abangnya tak dapat leraikan pelukan yang erat tu.

Bahunya digenggam kuat dan ditolak meleraikan pelukannya, "HAHAHA, kemain gelabah lagi 'si bingai' ni" gelak gadis itu.

Ryna terkaku, kalau nak tahu gelaran 'si bingai' tu hanya diberi dan dipanggil oleh sahabat baiknya, Dian Nur Farhana.

Mata bertentangan mata. Anak mata hazel Ryna tidak lari dari memandang anak mata coklat cair dihadapannya.

Perlahan tangan Ryna mengusap muka dia, "Dian..?" air mata ditubir mata gugur mengingat kembali siapa gerangannya.

Dian mengangguk dan dia tersenyum hingga menampakkan braces berwarna putih.

"Iya bingai. Aku ni, Dian" menitis air matanya juga. Mereka berpelukan kembali. Kini lebih erat.

"Dian! Arghh i miss you so much babe! Sampai hati kau tak bagitahu kau balik Malaysia! Kau dah lah pergi London tu bertahun-tahun! Dah lah jarang gila kita call! 3 bulan tu bape kali je call! Kau tahu how much rindu aku kat kau! Jahat siak buat aku macam ni!"

Dian Nur Farhana. Sahabat paling baik dan rapat dengan Ryna Luthfya. Dari kecik membesar bersama dan terpisah seketika kerana Dian sambung belajar ke London.

Dian hanya tersenyum dan mengusap belakang Ryna lembut, "Sorry lah, aku lupa call kau sebab busy"

Pelukan terlerai, "Kau busy apa sampai lupa aku? Dah lah balik sini tak bagitahu, tiba-tiba dah busy" Ryna buat muka merajuk.

Senyuman terakhirmuWhere stories live. Discover now