"Ryan Luthfy!" bergema ruang tamu yang besar lagi mewah dengan jeritan seorang gadis.
Tap, tap, tap..
"What?" satu suara garau menyapa dari arah tangga.
Muncul tubuh seorang jejaka maskulin yang baru sahaja turun di situ. Ryan Luthfy.
Gadis yang menjerit sebentar tadi duduk di sofa ruang tamu itu segera menoleh kearah Ryan.
Mukanya nampak agak marah,"Kau lupa janji kau ya?" tanya si gadis. Ryna Luthfya. Kembar kepadanya.
"What promise?" berkerut dahi Ryan mengingat kembali apa yang dia dah janjikan dengan kembarnya.
Baik dia cepat ingat sebelum singa mengaum. Ryna memang pantang kalau ada orang yang memungkiri janji dengannya.
Kepala tidak gatal digaru,"Err... Shopping?" teragak-agak Ryan meneka. Kalau salah, hadap saja lah apa yang dibebelkan oleh Ryna.
Ryna mengecilkan mata sambil memeluk tubuh lalu bangun dan berjalan ke arah Ryan. Ryan menelan air liur.
"Bijak pun my gemello. Let's go" kata Ryna tersenyum gembira sambil memeluk lengan Ryan.
Gelaran yang diberi Ryna untuk Ryan. 'Gemello' . Khas buat Ryan.
Ryan mengeluh perlahan. Nasib betul. Kalau tak..
"Why?" soal Ryna pelik Ryan terdiam seketika.
"Nothing my sweety pie. Aku naik bilik sekejap. Pergi minta izin papa dengan mama dulu"
"Okay" akur Ryna.
'Sweety pie' gelaran manja yang diberi dan hanya keluarga sahaja boleh panggil.
***"Dah lama tunggu?" tegur Ryan. Dia menunduk sedikit melihat kembar kesayangannya yang asyik dengan Iphone di dalam perut kereta itu.
Ryna menoleh ke arah suara yang menyapa. Anak mata berwarna hazel milik Ryna tepat memandang anak mata cool gray milik Ryan.
Warna anak mata kembar itu dimiliki juga oleh ibu bapa mereka yang membuat mereka berdarah kacukan. Papa mereka Dato Khalid Luthan berdarah orang Malaysia manakala isterinya pula Datin Raniya Malissa berdarah orang Itali.
Dato Khalid bertemu dengan Datin Raniya semasa sambung belajar di universiti di Amerika beberapa tahun sebelum melangkah ke alam percintaan dan berkahwin. Alhamdulillah keluarga Datin Raniya islam sejak dulu.
Ryna merenung tajam,"Lamanya. Kalah perempuan" bebel Ryna yang melihat jam ditangan menunjukkan 2:20 petang.
Hampir 20 minit lelaki ini bersiap. Kematu punggung.
"Asal lambat?" soal Ryna.
"Tadi mandi, pakai baju, solat dan papa panggil tadi" jelas Ryan lalu memasuki kereta Audi TT nya terus perlahan keluar dari perkarangan rumah serba mewah.
"Kenapa papa panggil kau?" soal Ryna.
"Dia cakap shopping memang shopping tapi jam 8 malam nanti pergi airport" jelas Ryan lagi.
YOU ARE READING
Senyuman terakhirmu
Altele[Ongoing] "Beautiful destiny" - Ryna Luthfya bt. Khalid Luthan. Gadis yang berusia 25 tahun yang sangat cantik dilengkapi mata hazel dan sentiasa tersenyum gembira walau apa jua keadaan. Tak semestinya lah dia senyum sepanjang masa. Ada faham? Haa...