𝓢𝓮𝓷𝔂𝓾𝓶𝓪𝓷 𝓽𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻𝓶𝓾 : 8

45 6 0
                                    

Dia melangkah keluar. Dedaun pintu ditutup rapat.

Mata hazelnya tekun melihat objek di pegangnya. Diselak satu persatu muka surat.

'Ruby dan James kini menuju ke rumah untuk bertemu dengan ayahanda mereka. Sejak pada hari itu..' tidak sempat mulutnya habis membaca..

Pak!

Dia jatuh terduduk, "Adoi!" sambil melihat tubuh seseorang di hadapannya.

"Ya Allah kamu ni, terkejut mama" Datin Raniya yang berada dihadapan Ryna sudah bercekak pinggang.

Wajah Ryna yang ingin marah bertukar sekelip mata. Terbatal kemarahannya lepas melihat Datin Raniya yang dilanggarnya.

"Cuba pandang depan. Ni lah Ryna Luthfyna, kalau dapat novel ke komik ke hadap je benda tu 24 jam sampaikan jalan kat depan tu tangga ke apa ke semua tak perasan" bebel Datin Raniya.

"Sorry mamaku, Na tak perasan tadi. Mama nak pergi mana lawa-lawa ni?" puji sikit sebaik melihat pakaian Datin Raniya sedikit mewah dan kemas.

Itu je tips zaman sekarang nak elak kena marah.

"Lawa ya, hehe. Ouh ya, mama nak pergi syarikat papa jap. Mama nak tengok projek pelaburan. Kamu pula nak ke mana?" reda sedikit marahnya selepas dipuji.

'Huh' lega hati dapat tukar topik, "Ryna nak pergi libary. Nak cari buku baru sebab novel ni dah habis"

"Ha apa kata kamu naik mama, mama boleh hantarkan sebab sekali jalan" pelawa Datin Raniya.

Mendengar saja Datin Raniya berkata begitu, tersenyum lebar dirinya.

"Boleh! Boleh sangat mama. Nanti sebelum pergi libary mama belanja Mcd ea" terkelip mata hazel berkali-kali.

"Dah agak dah. Iyalah nanti kita singgah" berubah kepada mood yang baik.

"Yeayyy sayang mama, muah" ciuman lembut menyinggah pipi.

Hanya senyuman saja diberi.

"Okaylah mama, Ryna panaskan enjin dulu ya" laju pergi ke ruangan pintu utama dan mencapai kunci kereta di tempat sangkut kunci di sebelah pintu.

Datin Raniya hanya melihat Ryna hilang dari pandangan dan tanpa melengahkan masa, Datin Raniya juga melangkah keluar dari rumah.

***

Kereta Honda Civic itu berhenti tepat di hadapan bangunan Perpustakaan Kuala Lumpur.

"Sayang, dah sampai dah ni" bersuara Datin Raniya kepada anak perempuannya yang kusyuk membaca buku.

"Ouh dah sampai" Ryna menutup buku novelnya dan terus membuka pintu kereta.

"Nanti balik pukul berapa? Nak mama ambil tak?" soal mamanya yang tersayang.

"Nanti Dian datang lepas tu balik rumah dia. Ryna nak lawat umi kejap" terang gadis itu.

Umi itu nama panggilan kepada ibondanya Dian, Farah Atiesya.

"Lah cakaplah nak terus pergi rumah umi tadi, bolehlah mama bungkuskan sikit roti jala yang mak buat tadi"

"Ada roti jala?! Asal Ryna tak tahu? Mama saja tak nak bagitahu kan?" kecil matanya sebelum mencebikkan muka.

Tergelak sedikit Datin Raniya, "Nanti mama suruh lah mak simpankan. Dah pergi sana, mama dah lambat. Bye assalamualaikum and i love you" sempat ditunjuk 'mini love' kat anaknya.

Senyuman terakhirmuWhere stories live. Discover now