Pin! Pin! Pin!
Bunyi hon kereta itu mengejutkan Datin Raniya yang bersama Mak Mona di dapur untuk menyiapkan minum malam. Entah siapa yang datang.
Kalau anak-anaknya, awal lagi kerana baru jam 9:00 malam. Takkan sekejap sangat kerana dari rumah mereka ke airport mengambil masa dalam sejam. Melainkan..
"Sayang, anak-anak awak dah sampai tu" kata Dato Khalid yang baru saja masuk ke dapur.
Datin Raniya yang memikir itu tersedar dengan kehadiran si suami.
Mukanya berkerut, "Anak-anak?" Datin Raniya sedikit blur.
"Iyalah, anak-anak kita. Takkan orang datang meminang saya kot" Dato Khalid sengaja mengusik.
"Ish abang ni" laju cubitan lembut diberi.
"Aduh, sakitlah sayang. Abang bergurau je" Dato Khalid tergelak perlahan sambil menahan sakit cubitan yang diberi.
Datin Raniya terus pergi ke pintu utama. Malas mahu melayan si suami. Dato Khalid tergelak melihat gelagat cinta hati nya itu.
Dato Khalid juga menuju ke pintu utama untuk menjemput anak-anak mereka yang baru pulang dari airport.
Mak Mona yang melihat gelagat pasangan yang bahagia itu tersenyum sambil menyiapkan air teh untuk dihidang. Macam-macam.
"Papa! Mama! Qal dah balik!" Ryqal menjerit sambil menurunkan 2 beg lauggage nya.
"Salam kau mana? Islam ke tak?" selamba Ryan bersuara dari belakang. Macam pernah dengar ayat tu.
"Aku tahu lah" Ryqal memberi jelingan maut.
Jelingnya, "Eleh" sambung Ryan.
Ryna menggeleng kepala, "Sudah, gaduh macam budak kecik" dengan riak tenang, Ryna membawa diri keluar dari perut kereta ke ruangan rak kasut. Kasut bertali itu di buka lalu disusun.
"Assalamualaikum" Ryqal memberi salam.
"Waalaikumussalam" Ryan yang baru mematikan enjen kereta bersuara. Saja nak mengusik.
"Bukan kau setan. Diam" anak mata dark hazel Ryqal itu memandang Ryan dari ekor mata dengan tajam.
Ryan gelak perlahan. Ryna yang duduk diruangan rak kasut hanya menjadi penonton karenah abang dan kembarnya yang mengalahkan perangai budak tadika. Aduh.
"Assalamualaikum!" kini suara Ryqal lebih kuat dari sebelumnya.
Klak!
Pintu utama rumah mewah itu dibuka dari dalam. Dato Khalid dan Datin Raniya tersenyum apabila melihat anaknya Ryqal Luthfyan didepan mata.
"Waalaikumussalam" serentak Dato Khalid dan Datin Raniya menjawab. Senyum Ryqal yang melihat kedua susuk tubuh dihadapannya.
Ryqal bersalaman dengan kedua syurganya dan berpelukan erat. Siapa je yang tidak rindu keluarganya setelah beberapa tahun tidak bersemuka, kan?
"Mama dengan papa sihat?" soal Ryqal seusai meleraikan pelukan.
"Alhamdulillah kami dekat sini sihat dengan izin-Nya" jawab Datin Raniya.
Mereka merenung sesama sendiri. Ryqal menatap kedua muka ibu bapanya.Air mata rindu Ryqal yang mengalir perlahan dipipi diusap lembut oleh Dato Khalid "Dah besar anak papa" senyuman diberi.
"Dah, jom masuk. Banyak benda papa nak tanya kamu pasal syarikat kamu di Itali tu" kata Dato Khalid sambil memaut bahu Ryqal memasuki rumah agam itu.
Datin Raniya hanya memandang anak dan suaminya sehingga hilang dari pandangan.
Kini dia menoleh ke arah pasangan kembar yang sibuk menarik 2 beg lauggage milik Ryqal.
YOU ARE READING
Senyuman terakhirmu
Altele[Ongoing] "Beautiful destiny" - Ryna Luthfya bt. Khalid Luthan. Gadis yang berusia 25 tahun yang sangat cantik dilengkapi mata hazel dan sentiasa tersenyum gembira walau apa jua keadaan. Tak semestinya lah dia senyum sepanjang masa. Ada faham? Haa...