𝓢𝓮𝓷𝔂𝓾𝓶𝓪𝓷 𝓽𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻𝓶𝓾 : 9

33 7 0
                                    

Indah pemandangan pagi di jendela gadis itu.

Seiring awan yang bergerak perlahan dan bunyi kicauan burung- burung di permukaan langit.

Hanya merenung ke luar. Entah apa yang difikirkannya.

Tok! Tok! Tok!

Melangkah lebih rapat berhadapan pintu bilik itu, "Cik Anna?"  bersuara garau diluar.

Gadis itu sedar dan berbalik pada realiti.

Kepala yang siap disarung tudung sarung hitam menoleh sedikit.

"Masuk"

Pintu dikuak sedikit, "Cik Anna, masa untuk sarapan" Leo Raflan di belakangnya.

Leo Raflan. Jejaka yang berusia dalam lingkungan 20-an dan bekerja sebagai pengawal peribadi yang diupah untuk menjaga seorang gadis bernama Anna.

Dia menjaga gadis itu dengan setulusnya sejak mereka di sekolah menengah bersama- sama.

Anna Milayla. Gadis jelita yang merupakan anak bongsu kepada salah satu pasangan usahawan yang berjaya di Kuala Lumpur.

Akan tetapi pasangan sejoli itu telah dipanggil menghadap Ilahi Maha Pencipta 2 tahun yang lalu.

Tragedi pahit itu dialami oleh pasangan itu termasuklah Anna. Oleh sebab itu, Anna disahkan lumpuh dibahagian kaki dan disebabkan itulah dia sentiasa bersama kerusi rodanya.

"Jom"

Sepatah perkataan itu membuatkan Leo mula menolak wheelchair dengan perlahan keluar dari bilik.

Mereka menaiki lif untuk turun ke tingkat bawah.

"Cik Anna kena keluar pergi hospital hari ni" Leo menolak gadis itu sampai ke ruangan makan.

Hanya diam.

Nasi goreng daging masakan Aunty Saraa dilihat.

Aunty Saraa, adik kepada arwah ayahandanya tercinta. Menjaga Anna dan seorang abangnya sejak umma dan abi nya pergi.

"Sayang dah turun ?"

Tegur Aunty Saraa yang baru keluar dari ruangan dapur menandakan baru habis memasak.

"Ya" senyum sinis.

Terukir senyuman, "Aunty dah lambat, Anna makan dengan Leo ye. Leo jaga dia tau" satu ciuman singgah didahi Anna.

"Okay"

Beg tangan berjenama di atas meja dicapai beserta kunci kereta Honda Accord nya. Leo dibelakang.

Kini syarikat arwah abangnya dikendalikan olehnya seorang diri.

"Bye Aunty" Leo menghantar Aunty Saraa hingga ke pintu utama.

"love you guys, assalamualaikum" terus masuk ke dalam kereta.

Aunty Saraa melayan dan menjaga semua orang seperti anaknya, termasuk Leo.

Leo hanya tersenyum dan menuju semula ke meja makan.

Mereka menjamu selera.

Tiba- tiba satu usapan lembut di kepala Anna.

Anak mata neon Leo hanya diam melihat jejaka itu.

"Afrel"

"Ya?" senyuman dibibir. Inikah saatnya?

Anna menoleh. Afrel berdiri tegak dibelakang sambil memandang ke arahnya.

Ya. Afrel ialah abang kepada Anna Milayla, Afrel Mikael.

Senyuman terakhirmuWhere stories live. Discover now