"Kalau aku tu, aku tak tahu nak cakap macam mana""Betul. Aku paling geram yang tu lah"
Mereka melihat seorang budak dihadapan.
"Tapi aku tetap setia pilih dia"
"Brain ah, macam mana siak kau setia"
"Asal? Kau tak pernah setia ke?"
"Tak. Aku tukar- tukar"
"Kau ni, pendirian tu kenalah tetap. Kau tak boleh main- main" menepuk dada jejaka sebelahnya.
"Haih, tak tahulah nafsu aku. Kejap membuak yang ni kejap yang ni"
Giliran mereka.
Mereka hanya melihat dengan diam. Melangkah mereka ke depan lagi rapat.
"Awak berdua nak yang mana ya?"
"Susah ni"
"Banyak yang menggoda ni gila" bisik membisik mereka berdua.
Pak! Pak!
Dua ketukan menyapa kepala mereka. Ryna selamba meniup bucu iphone yang baru saja mengetuk kedua kepala dihadapannya.
"ADUH" mereka berdua mengusap kepala masing- masing.
"I count to 3"
"Heyy"
"1"
"Pilih lah"
"2"
"Kau lah pilih dulu"
"3.."
"Mint chocolate chip cup"
"Chocolate chip cup"
"Pilih flavor icecream macam pilih bakal bini. Menggodalah, nafsulah, setialah, orang craving dia lambat- lambat pula!" naik senada Ryna.
Daripada beratur panjang sampailah giliran mereka, tak habis lagi perbincangannya pasal flavor.
Mereka terpesona. Mereka melihat terdapat banyak flavor yang sedap- sedap belaka sampai tak tahu nak yang mana.
Ryan dan Dayyan melihat Ryna di belakang mereka. Muka macam nak makan orang, mereka pandang depan semula.
Ryna melihat mereka berdua, "Apa lagi, tepi"
Mereka akur. Ryna jadi garang macam tu sebab perangai macam- macam mereka berdua. Hadap jelah salah sendiri.
Terkebil-kebil pekerja gadis itu melihat situasi mereka, "Erm.. Akak.. Eh silap. Cik nak yang mana ye?"
Tergaris senyuman, "Nak mint chocolate chip juga"
Senyuman dibalas, "Baik"
Pekerja gadis itu melihat mereka bersilih ganti sambil membuat kerjanya.
Dalam hati gadis itu, 'Pretty and handsome. Takkan keluarga? Kalau adik- beradik memang gilalah. Goodlooking betul. Ke diorang ni boyfriends cik ni ke?'
"They are my brothers"
"Ouh faham. Eh.." dia bertemu mata hazel sekelip mata.
Tersenyum sinis, "Your face language speaks to me"
Pekerja gadis itu hanya mampu senyum.
Selepas mereka mendapat icecream, mereka makan di bangku hospital.
Biasalah, hospital swasta macam- macam ada. Kedai icecream itu ini lah.
"Lepas ni gerak rumah kak Disa kan?" Ryan bersuara.
YOU ARE READING
Senyuman terakhirmu
De Todo[Ongoing] "Beautiful destiny" - Ryna Luthfya bt. Khalid Luthan. Gadis yang berusia 25 tahun yang sangat cantik dilengkapi mata hazel dan sentiasa tersenyum gembira walau apa jua keadaan. Tak semestinya lah dia senyum sepanjang masa. Ada faham? Haa...