BAB 3

46 3 9
                                    

AKU menjenguk sekitar rumah seusai kaki dijejakkan masuk ke dalam. Mama aku yang setia berada di sisi  melihat aku lama.

"Mama hampir tak perasan itu kamu. Berubah mendadak, dulu selekeh saja sekarang dah boleh jadi model."

Aku tersengih seraya melibas rambut kebelakang.

"Papa kat pejabat lagi eh?" Soalku.

"Iyalah, habis dia dekat mana lagi masa-masa macam ini? Kalau dia keluar jumpa betina lain, mama pancung kepala dia." Mama membuat gaya kelar leher dengan muka yang menyeramkan. Tapi pada aku, muka itu sangat kelakar sehingga menimbulkan rasa nak ketawa golek-golek di hadapan mama.

"Kaklong? Adik dengan kakngah kat mana?"

Mama berjalan mendekati sofa ruang tamu lalu dilabuhkan punggung diatasnya. Aku menghenyak punggung dihadapan mama sambil memandang wajah berusia mama. Sudah 6 tahun tidak bersua muka, rasa rindu tak dapat ditahan lagi. Mahu sahaja aku berkepit sepanjang masa dengan mama sehingga hilang rasa rindu itu sedikit demi sedikit, tapi nanti dilabel buang tebiat pula.

"Kaklong duduk rumah suami dialah. Kakngah kamu dah bertunang tahun lepas dengan buah hati dia. Adik kamu, mama tak tahu dia pergi mana. Katanya nak keluar dengan kekasih hati." Jelas mama.

Aku mengangguk perlahan sebelum tersedar sesuatu.

"APA? KAKLONG DAH KAHWIN? Bila masa? Kenapa Adel tak tahu pun? Kenapa tak beritahu!!" Rungut aku.

Sepanjang aku berada di New Zealand, tiada satu khabar berita pun mengenai apa yang terjadi pada keluarga aku. Bukan sebab tak ada masa nak telefon tetapi disebabkan satu peristiwa yang tak dijangkakan berlaku.

Telefon aku terhumban di sungai dan dibawa arus, nasib menyebelahi aku tatkala komputer riba masih lagi terselamat. Tapi itulah, aku tak pernah letakkan aplikasi Whatsapp di situ, jadi semua nombor telefon aku tak ada. Aku bukannya rajin sangat nak hafal setiap sekor punya nombor. Ada nampak muka aku ini muka orang rajin menghafal ke? Takkan?

Semasa aku pulang ke sini pun, tak sangka bertemu dengan Anis. Anis kebetulan berada di situ untuk menunggu kepulangan kekasih hati. Punyalah aku fikir dia ingat hari dan masa aku pulang ke Malaysia, rupanya hampeh! Dia tak ingat langsung. Geram saja rasa hati ini.

"Kamu berangan apa?! Mama cakap kamu tak dengar."

Aku tersentaj dari lamunan. Sekilas aku memandang tepi wajah mama. "Adel rasa nak buat suprise dekat dia oranglah mama. Mama boleh tak telefon dia orang kata ada benda urgent." Cadang aku.

Mama meletakkan jari telunjuk di bawah dagu digayakan seperti berfikir sebelum mengangguk setuju.

"Okay."

OSMAN masuk ke dalam rumah bersama anak-anak dan menantunya dengan seribu pertanyaan yang belum dijawab. Ada benda urgent apa sampai suruh semua berkumpul ramai-ramai?

"Abang!" Zariah melompat anak mendekati suaminya sebelum didakap erat tuhuh badan Osman dengan senyuman lebar.

Osman terpinga-pinga. Dah kenapa isteri aku hari ini? Fius otak dah terputus ke? Tak pernah-pernah jadi gila sebelum ini. Pernah itu pernah tapi hari ini lebih kepada terencat akal.

"Ada benda urgent awak kata, yang muka itu happy semacam kenapa?"

Zariah tersengih menampakkan gigi yang tak lama lagi akan rapuh. Taklah aku gurau je, gigi dia elok tersusun tapi nanti lagi 10 tahun hilanglah semua gigi itu. Jangan risau, perkhidmatan gigi palsu sedia berkhidmat untuk negara. Timbe.

"Kalau iyapun duduklah dulu." Ajak Zariah dan beralih mendekati anak sulungnya. Tubuh badan anaknya dipeluk dengan ketat melepaskan rindu lalu digomol pipi anaknya.

Hipokrit betul. Si Zara itu dah 6 tahun tak jumpa, tak adanya nak gomol-gomol macam itu, dipukul lengan Zara adalah. Hm merajuk!

"Haris. Masuklah, bawa anak sekali masuk." Ajak Zariah pada menantunya, suami kepada Zetty Adawiyah.

Haris mengangguk seperti burung belatuk lalu terus mengangkat tubuh anaknya ke dalam dakapan. Saat giliran Zulfa Adila, dia memasangkan wajah serius.

"Baru bertunang tapi jalan balik rumah pun dah tak ingat. Kerja asyik nak berkepit dengan bakal suami!"

Zulfa menggosok telinganya. Bingit mendengar bebelan mamanya. "Alah mama! Bukannya Zulfa bawa masuk Amir pun dalam rumah."

"Banyak alasan!"

"Eleh. Habis, anak bongsu kesayangan mama sibuk berdating dengan kekasih hati hampir setiap hari, tak adanya mama nak membebel macam ini." Kata Zulfa tak nak kalah.

"Dia dah serik dengar mama membebel setiap hari! Dia itu sama macam kamu. Jenis keras kepala, tak dengar kata. Orang larang, sibuk juga nak buat!"

Zulfa mencebik sedih. Lekas dia masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan mamanya yang sedang membebel. Menyesal dia balik rumah kalau semata kena bebel.

Mama nak nangis! Tapi...mama yang buat Zul nangis. Bwarghh!!!!!

Zariah menepuk tangan menarik perhatian keluarganya di ruang tamu. "Dipersilakan anak kutip also known as Zara Adelia memperkenalkan diri."

Zara mengetap bibir geram. Anak kutip dia panggil aku? Apa punya mak ini? Sesiapa tolong kutip dia balik biar dia merasa berada tempat macam aku.

Sejurus ayat itu meluncur keluar dari bibir Zariah, semua terkejut kecuali Haris. Terkebil-kebil matanya melihat seisi keluarga yang terkejut mendengar nama itu.

Zara dengan gaya model turun dari tangga dengan lagak diva. Patutlah Anis kata aku ada gaya macam Dato' seri vida.

Dan saya yakin...dia adalah...jodoh saya.

Kita memang dijodohkan bersama~

Dah mula dah drama sinetron.

Semua bangun mengejut melihat kemunculan seorang gadis muda yang tinggi bak model sedang melangkah ke ruang tamu dengan muka minta kena pijak beramai-ramai.

Zetty dan Zulfa pantas meluru ke arah adik mereka. Mereka mendepakan tangan saat berlari anak mendekati Zara dengan muka yang dibuat-buat nangis.

Zara dengan rela hati mendepakan tangan sambil memejamkan mata menanti ketibaan mereka terhadapnya dengan senyuman di bibir.

Puk!

"Adoi!"

Zara menggosok kepala yang dipukul oleh Zulfa dan Zetty serentak.

"Kau memang dah lupakan kita orang ke?! Tak call tak apa, tiba-tiba muncul macam tak ada apa-apa yang berlaku. Aku ingatkan kau dah mati kat negara orang sana!" Bebel Zulfa sambil bercekak pinggang.

Zara mencebikkan bibir. Matanya dikecikkan minta simpati pada papanya, Osman malah hanya dapat senyuman mengusik dari papanya. Kurang ajar!

"Sorrylah! Telefon aku jatuh sungai. Aku bukannya rajin sangat nak ingat nombor setiap sekor. Ini aku dah balik ini bersyukurlah! Apa pula fikir aku dah mati kat sana. Kalau aku jadi hantu, kau orang pertama aku kacau tau!" Zara berdecit.

Matanya menangkap seorang lelaki berkemeja bersama seorang budak lelaki berusia kira-kira 4 tahun di dalam dukungan.

"Suami kau eh kak?"

Zetty mengangguk.

"Nak peluk!!!" Rengek Zara. Tanpa membuang masa, kedua tubuh badan kakaknya dipeluk dengan sekuat hati melepaskan rindu. Malam ini akan dia kerjakan si bedebah tak guna itu, Zarina Amani.

ꕥꕥꕥ

Sejauh apapun kamu pergi, keluarga adalah tempat kamu pulang.

حسبي ربي جل الله
Hasbi Rabbi Jallallah
Cukuplah Rabbku Allah Maha Agung

Aku Bukan Perampas!Where stories live. Discover now