BAB 9

37 3 14
                                    

TUBUH dipeluk dengan wajah sengaja dilarikan dari bertentang dengan anak mata yang sesekali mencuri pandangnya dalam diam. Rimas! Dan semak.

Orang ramai yang lalu lalang di lapangan kapal terbang amat menyesakkan matanya sehingga keluhan letih terlepas dari bibir. Dia mengerling sekilas merpati sejoli yang sedang beradu mesra bersama.

Seorang lagi memakai pakaian formal juruterbang, yang lagi seorang dah macam mak nenek tersesat yang menagih perhatian. Dengan bibir termuncung-muncung kehadapan serupa itik kena sengat tebuan.

"Berapa hari awak dekat Korea sana?" Soal Anis dengan wajah muram. Bukan apa...tapi mereka amat jarang meluangkan masa bersama semenjak ini. Kali terakhir mereka bersua muka pun saat Ian berkunjung ke rumahnya untuk makan malam, dan hari ini pula dia perlu menghantar pemergian Ian sekali lagi.

Pengumuman yang kedengaran membuatkan wajah muram Anis bertambah cemberut. "Balik nanti, awak bagitahu tau! Saya akan ambil awak."

Ian menggelengkan kepala tidak mengapa. Matanya sempat menjeling Zara yang seakan rimas dengan suasana yang bising dan kesesakan orang ramai. Malah, dia juga ada beberapa kali mendapat jelingan tajam dari gadis itu. Itulah...usha anak dara orang lagi. Kawan baik kekasih kau pula itu. Tak malu ke? Kekasih ada depan mata pun masih mencari yang lain?

Well, hati tak boleh memaksa. Hati yang menentukan perasaan seseorang untuk jatuh cinta. Naluri hati sentiasa betul, dan tak pernah salah alamat. Mungkin akan ada sesat, tetapi akhirnya akan jumpa juga alamat yang betul.

Tetapi tindakannya adalah salah! Lagipun, jatuh cinta ini lumrah untuk seseorang. Mereka jatuh cinta tapi sama sekali tidak perasan bila, dimana dan siapa yang selayaknya mendapatkan hati mereka.

Cinta?

Jiwang sangat.

Secara logiknya dia tidak percaya cinta melainkan Cinta kepada Allah dan kepada RasulNya. Dia hanya mengenal erti sayang.

Cinta dan sayang itu berbeza bukan? Berbeza dari segi nama dan perasaan.

Kalau cinta...

Cinta itu perasaan yang kita tak boleh nak nafikan, tolak dan sangkalkan kerana itu datang dari hati yang muncul menjadi perasaan. Setiap manusia ada perasaan yang dinamakan hati. Dan hatilah yang akan mencari cinta sejati.

Adu...kenapa jadi jiwang ini? Pengumuman dah nak berlepas dah. Sempat kau nak berasmaradina kat sini.

Sekejap- sambung sikit saja lagi.

Sayang pula...

Nak cakap sikitlah iya? Maaflah kalau tak bersependapat dengan dia, kalau pendapat ini tak sesuai ke atau tak logik pada asasnya, tapi ini hanya sebagai pendapat dia bukan kau orang, pendapat dia ini memang pendapatlah, takkanlah pendapat kau orang pula? Kan tadi dia kata ini pendapat dirinya.

Ya, dia tahu pendapat dia tak berapa nak pendapat sangat. Tapi, dia hanya beri pendapat bukannya nak dengar pendapat orang! Pendapat dia ini tak boleh nak tukar-tukar suka-suki saja. Sebab pendapat ini dia yang fikir sendiri bukannya orang lain.

Dah cukup. Kau yang mendapat nanti kang!

Baiklah. Secara ususnya- eh secara asasnya, sayang ini lebih kepada keselesaan seseorang. Mereka lebih mudah untuk meluahkan rasa hati dan rahsia mereka, selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. 

Dalam erti kata lain, sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya denhan masalah kita dan kita juga boleh menyakitkan hati mereka.

Aku Bukan Perampas!Where stories live. Discover now