BAB 5

46 3 29
                                    

TALI pinggang keledar dipegang erat dengan mata yang terpejam rapat. Bibirnya dan seluruh badannya menggeletar teruk. Bacaan basmalah dibaca berkali-kali. Sempat dia memanjatkan doa pada Allah semoga memudahkan urusan dan cepat selamat ke destinasi yang dituju.

"Sedia?"

Mahu saja dia berkata tidak, tapi apakan daya. Dia sedang bercakap dengan syaitan nirojim yang tak pernah dengar kata. Ikut kepala dia saja, kepala aku? Siapa nak ikut? Bisik hati Zarina.

Zara tersenyum senget. Stereng dipegang menggunakan satu tangan manakala tangan kiri bersedia menggerakkan gear kedepan. Pedal ditekan tanpa banyak bicara.

"ARGHH!!" Jerit Zarina lantang apabila badannya terhumban kedepan sebaik sahaja Zara memulakan perjalanan.

Zara tertawa besar. Gembira apabila sudah lama tidak berlumba di atas jalan raya Malaysia.

Mata terpejam dengan tangan yang menggigil teruk. Kaki tidak duduk diam. Tidak sanggup melihat jalan raya. Rasa macam bila-bila masa sahaja nyawa boleh tercabut. Allahu!

"Auzubillah minashaitan nirajeem...bismillahir rahmanir rahim." Lantang Zarina membaca setiap butir bacaan dengan nada suara yang pasrah. Pasrah sekiranya terjadi apa-apa pada dia.

Ya Allah, sekiranya nyawa aku tak panjang hari ini. Kau bagilah aku kesempatan untuk membawa Zara sekali kesisimu.

Mama, kalau hari ini hari terakhir adik...adik nak cakap!! Adiklah orang yang habiskan kuih raya mama, adiklah orang yang bertanggungjawab pernah iron baju baru mama sampai hangus dan berlubang tengah. Maafkan adik, mama.

Dia mencelikkan mata memandang ke jalan raya dengan hati yang berdebar. Perempuan ini memang tak guna. Memang macam nak bawa mati saja pandu kereta. Tak rilek.

Lengan Zara ditepuk kasar berkali-kali. "Weh-weh, slow jibake! Dekat depan itu ada kereta nak belok!!!!"

Dengan cepat Zara brek pedal secara mengejut. Tapi, nasib tak menyebelahinya tatkala bahagian depan kereta sudah berlanggar dengan sebuah kereta mewah di hadapan.

Zarina terhantuk pada papan pemuka. Dahi digosok.

Zara dah gelabah tatkala seorang lelaki keluar dari kereta dengan muka bengis. Lekas dia juga keluar mendekati lelaki yang sedang memeriksa keretanya yang kemek.

Lelaki itu menoleh kearah Zara bersedia ingin menengking tetapi terhenti apabila melihat sepasang wajah yang dikenali.

"Errr...sorry?"

Ian berdehem.

"Kau bawa kereta macam mana? Macam pelesit dari jauh aku tengok, aku dah bagi signal...takkan tak boleh slowkan kereta?"

Zara menggaru kepala. Dia pun terkejut juga apabila bertentang mata dengan mata Ian seusai lelaki itu menoleh memandangnya. Dari wajah berkerut terus jadi wajah terkejut.

"Sorrylah. Aku tak perasan. Okaylah, aku bukan klishe sangat. Kau bagi nombor akaun kau, aku transfer duit dekat bank."

Ian terdiam. Tak boleh jadi ini. Laju dia menggeleng.

"Bagi aku nombor kau, nanti duit kita settle kemudian hari. Senang sikit aku nak call berapa bayaran yang dikenakan."

Zara mendengus sebelum dengan kasar dia mencapai telefon yang dihulur Ian. Laju dia menaip nombornya sebelum diserahkan kembali pada Ian.

"Kalau tak ada apa-apa, aku blah dulu."

Zara tanpa membuang masa, terus meloloskan diri masuk ke dalam kereta dengan muka cemberut.

Aku Bukan Perampas!Where stories live. Discover now