BAB 7

35 3 6
                                    

KERUSI ditolak selepas sahaja meminta izin untuk ketandas seusai perlahwanan bola berlangsung dengan jayanya. Seperti yang kamu sedia tahu, Malaysia telah memenangi 1-0.

Zarina terlentok-lentok di atas meja menahan ngantuk yang sedang bermaharajalela. Dia merengus kasar apabila dahinya sesekali berlaga dengan meja.

Lengan Zulfa ditepuk.

"Jom balik dulu. Zara balik sendiri saja, aku dah ngantuk sangat ini. Tak larat nak tunggu dia habis membuang kat dalam tandas." Ajak Zarina dengan mata yang kuyu.

Zulfa memandang tunangnya, Amir meminta kebenaran untuk menghantar mereka terlebih dahulu.

Pandangan dipalingkan kearah Ian yang hanya berdiam diri. "Kau...boleh kan balik dengan Zara? Sebab Zarina dah ngantuk sangat ini. Kalau kau ikut sekali, Zara mesti tercari-cari kita."

Jeda.

Ian mengemam bibir. Kenapalah peluang sentiasa berpihak pada dia? Dia menahan senyum.

"Boleh saja. Lagipun, kesian kau nak hantar aku. Ulang-alik nanti ke rumah." Jari mengetuk permukaan atas meja dengan senyuman kecil tanda tidak mengapa.

Amir mengangguk faham. Dia memberi isyarat mata untuk memapah Zarina yang sudah tidak larat untuk bangun.

Seusai kelibat mereka bertiga tidak kelihatan, Ian menunggu dengan sabar menanti Zara menyelesaikan apa yang patut di dalam tandas. Nasib baiklah mamak beroperasi selama 24 jam, kalau tak...mesti dia dah kena halau sebab melepak lagi tengah-tengah malam buta macam ini.

Lima minit kemudian, Zara tiba di meja dengan mata yang meliar memandang sekeliling mamak yang lengang tanpa orang. Hanya ada beberapa orang sahaja yang masih melepak di situ termasuk mereka berdua.

Dia mengerling Ian yang sedang memandang kearahnya dengan malas.

"Mana dia orang? Kenapa ada kau saja dekat sini?"

"Ouh...dia orang dah balik dulu sebab Zarina dah ngantuk sangat. Kesian pula nak biarkan dia tidur dekat sini sampai kau siap." Jawab Ian dengan senyuman.

Zara pandang meluat. Ikutkan hati, mahu sahaja dia koyakkan bibir itu sekali. Tak penat ke asyik senyum? Mujur sahaja hati dia masih suci. Euw!!

"Habis, kau buat apa lagi kat sini? Pergilah balik." Halau Zara dengan jengkel.

Ian masih lagi tidak lekang dengan senyuman. "Kau lupa ke buat-buat lupa? Kereta aku kat bengkel sebab kau langgar petang tadi, aku datang sini saing Amir tapi dia dah blah dulu dan suruh aku tunggu kau sampai kau selesai. Dan, sekarang kaulah yang kena hantar aku balik."

Membulat mata Zara. Apa? Dia salah dengar ke? Suka hati mak bapa Amir sahaja suruh dia yang hantar mamat selenge ini balik rumah! Dia ingat aku siapa? Driver acik dia ke?!

"Ah tak ada-tak ada. Aku tak ada masa nak hantar. Kau orderlah grab ke uber atau lebih senang naik teksi. Kerja jangan menyusahkan orang." Bidas Zara kasar.

"Eh, kau ingat aku nak sangat ke? Kalau tak sebab Amir yang beria suruh aku tunggu kau, aku pun tak hinginlah." Walaupun sebenarnya aku tak kesah pun. Sambungnya dalam hati.

Aku Bukan Perampas!Where stories live. Discover now