BAB 1

83 5 23
                                    

"ZARA!!!" Lantang Anis menjerit. Terkapai-kapai tangannya melambai ke arah Zara yang baru tiba di lapangan terbang antarabangsa, Kuala Lumpur International Airport.

Zara menggeleng kepala melihat rakannya yang seakan jakun saat dia mengorak langkah mendekatinya. Senyuman lebar jelas terukir di wajah Anis menunjukkan bertapa dia gembira bertemu dengan dirinya.

Belum sempat ingin bertanyakan khabar, tubuhnya didakap erat oleh sepasang tangan milik Anis Syafiqah.

"Oh my god, you look so gorgeous babe. 6 tahun kau kat situ betul-betul mengubah diri kau jadi bergaya macam Dato' Seri Vida."

Cemberut muka Zara mendengar ayat akhir Anis. Apa pula disamakan Dato' Seri Vida dengannya. Jauh beza lagikan jauh dari bumi. Langit ketujuh pun belum tentu capai.

Anis tergelak melihat wajah cemberut rakannya sebelum merangkul erat leher Zara. "Aku gurau je babe. Since you are here, apa kata kalau kita ronda satu KL. Manalah tahu tiba-tiba kau amnesia tak ingat selok-belok kat sini." Seloroh Anis.

Zara berdecit geram. Dicubit tepi badan Anis. Suka sangat kacau orang.

Anis berdesis sakit seraya mengusap tepi badannya dengan muka berkerut seribu. "Sakit weh. Tak tipu, serius. Penangan ketam kau makin berbisa kalau nak dibandingkan dengan dulu."

Baru sahaja Zara ingin cubit sekali lagi, pantas Anis melarikan diri sambil menolak troli milik Zara dengan laju.

"Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Perangai bukan makin matang, makin kebudak-budakkan." Katanya sendirian.

Kakinya dibawa mengikuti langkah Anis yang jauh dihadapan.







AKU bersandar di tempat duduk belakang dengan seribu pertanyaan yang belum terjawab di dalam fikiran.

"Kita tunggu siapa, Anis?" Akhirnya, terluah juga soalan itu. Macam KBAT sangat nak soal.

Anis sudah tersengih-sengih. Dari gadis yang perangai serupa jahanam, terus bertukar menjadi pondan tak diiktiraf. Terliuk-liuk badannya ke kiri dan ke kanan.

Zara memasangkan wajah kosong. Dah kenapa minah ini? Buang tebiat? Ke air tak cukup dalam badan? Suis otak terputus atau urat nadi dah mati?

Ditepuk kasar tempat duduk Anis yang masih berangan memikirkan seseorang dengan sengihan di wajah.

"Opocot kau kunyit."

Zara membuat muka jelek.

"Aku tak kunyit lah! Aku halia."

Anis tertawa kecil. "Kenapa kau tepuk-tepuk ini? Tak puas cakap? Meh kita gaduh. Dah lama aku sabar dengan kau ini." Kata Anis lalu menyuakan penumbuk di hadapan muka Zara.

Zara melepaskan keluhan terpaksa lalu menolak jauh buku lima itu dari wajahnya.

"Aku tanya kau jimbit. Kita tunggu siapa? Kenapa tak gerak lagi? Dan kenapa, mengapa, bagaimana aku kena duduk belakang pula?"

Anis tersengih sekali lagi.

La Hawla Wala Quwwata Illa Billah Hil Ali Yil Azam.  Tak faham bahasa lagi minah ini, ada juga siku aku melekat kat tepi kepala dia.

Belum sempat siku aku mengena tepi kepalanya, pintu tempat duduk penumpang dibuka dari luar menyentakkan aku dan Anis.

Dengan tergopoh-gapah Anis membetulkan rambutnya yang agak serabai walhal terletak elok saja.

"Lama ke tunggu?" Suara orang lelaki kedengaran.

Aku mengundurkan kebelakang seraya memandang ke luar tingkap menyembunyikan sebahagian wajah. Lelaki mana pula ini. Ingatkan salah kereta, tapi bila soalan itu yang keluar dari mulut lelaki itu, tahulah dia orang yang ditunggu-tunggukan Anis sampai jadi terencat merupakan lelaki itu.

"Tak adalah. Bolehlah lebih kurang 25 minit." Perli Anis halus. Hanya perempuan sahaja yang faham. Lelaki? Tak mungkinlah. Kalau ada yang faham itu dikira limited. Satu dalam seribu.

Aku menahan ketawa dari terletus.

Lelaki itu tertawa kecil sebelum meloloskan diri masuk ke dalam kereta berjenama Mercedes-Benz GLA, keluaran terbaru pada tahun ini.

Lelaki itu menoleh kebelakang dan baru terperasan akan kehadiran seseorang di dalam kereta ini.

"Siapa ini?" Soalnya.

"Kawan sayalah awak. Saya selalu ceritakan tentang dia kat awak, awak tak ingatkah?"

Lelaki itu mengerutkan kening sebelum tersenyum lebar dan mengangguk. "Ingat-ingat. Tak silap saya, nama dia Zara Adelia , bukan?" Anis mengangguk teruja. Tak sangka kekasihnya ingat akan nama sahabat karibnya sejak kecil.

"Iya, inilah kawan saya yang saya ceritakan dekat awak. Zara, kenalkan ini boyfriend aku. Jangn berani cantas!" Anis mengecilkan mata memberi amaran sekadar gurauan. Dah lama tak nampak batang hidung Zara depan-depan membuatkan dia lebih suka mengacau ketenteraman gadis itu.

Aku buat muka jelek. "Tak hamak." Kata aku datar.

Nampak sombongkan? Ya, itulah diri aku. Sombong dengan orang yang aku tak berapa rapat lagi-lagi jantinanya lelaki.

Aku bukan apa. Kalau kita layan mesra walaupun hanya sekadar teman, tapi mereka akan fikir yang kita sedang goda mereka. Dari dilabel jadi perampas, baik kita kena berlagak sombong dan kekalkan dengan personaliti sendiri.

Lagipun, aku bukan tak layan langsung. Aku layan tapi acuh tak acuh saja. Aku tak nak beri harapan tinggi pada mereka, awalnya kawan. Memanglah kawan, nanti tiba-tiba perasaan suka itu hadir dalam diri. Diletakkan sepenuu harapan pada kita.

Nanti kita yang serba salah nak tolak padahal kita hanya menganggap mereka kawan. Nampak tak kat situ bertapa struggle nya nak buatkan orang tak meletakkan sepenuh harapan pada diri kita?

Lagipun, perasaan tak boleh dipaksa. Sekurang-kurangnya, tolak dengan cara baik bukan dengan memaksa. Sebab cinta itu hadir melalui perasaan. Lumrah untuk jatuh cinta. Bukan kita yang tetapkan, ianya hadir tanpa kita sangka.

"Nama aku Ian. Ian Firdaus." Tangan dihulur pada gadis itu yang kelihatan tidak berminat.

Aku tersenyum hambar dan menyambutnya dengan lambat-lambat. "Dah tahu nama kan tadi? So, tak perlu introduce lagi."

Ian tersenyum. Dia memusingkan badan menghadap kedepan. Sempat dia mengenyit mata ke arah Anis yang mula menekan pedal ingin membelah jalan raya.

Anis tersipu-sipu malu.

Gedik lahai minah ini. Ada aku cepuk satgi. Gedik tak boleh bawa bincang. Nak saja aku pijak. Tapi nampak tak senonoh pula depan lelaki. Kantoilah perangai sebenar Anis. Dari mula tunjuk sopan santun, kononnya perempuan melayu terakhir terus bertukar jadi singa betina mengaum.

ꕥꕥꕥ

Setiap yang berlaku dalam hidup ini, tiada yang tersilap. Yang silap adalah bagaimana kita melihat dan memahaminya.

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Hasbunallah wanikmal wakil.

Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.

Aku Bukan Perampas!Where stories live. Discover now