BAB 16

22 2 2
                                    

HILMI berlari anak mengejar langkah Ian yang berada di hadapan dengan muka tak percaya. Wajah dipalingkan menghadap Ian dengan kerutan di kening meminta penjelasan.

"Kau seriuslah ini nak lumba kereta dengan perempuan? Tak gentle do. Confirm-confirmlah kita menang mat kalau lawan lumba kereta dengan perempuan. Kau ini, kalau iyapun nak menang sangat. Lawanla benda yang perempuan boleh main." Hilmi menggelengkan kepala tak puas hati. Mukanya cemberut habis apabila mendengar cadangan yang dikemukakan Ian saat Anis bertanya untuk aktiviti yang patut dijalankan hari ini.

"Jangan pandang sebelah mata nyah. Terjun bangunan kau nanti kalau kalah."

Dengan muka berlagak campur yakinnya, Hilmi berkata. "Aku tak akan kalahlah. Benda senang aje ni."

Ian tersenyum senget.

Helmet dipasang ke atas kepala bersama sarung tangan dan juga jaket. Dikerling sekilas kereta yang menjadi pilihannya di atas trek.

Anis menapak langkah mendekati Ian lalu berhenti di sebelah pintu kereta yang terbuka luas menunggu Ian loloskan diri masuk ke dalam.

"Awak seriulah ini? Tak acilah awak! Mana boleh main tipu. Apa cabar perempuan permainan lelaki?! Tak ada peluanglah kita orang menang." Anis merungut tak suka. Dia memeluk tubuh dengan bibir dicebikkan ketepi. Sempat matanya menjeling Zara yang sudah lengkap berjaket dan bersarung tangan. Helmet dikepit diantara lengan dan tepi badan menampakkan lebih berserlah Zara pada tika itu.

Manakala Zarina yang menongkat tangan di atas palang sudah tersengih-sengih bangga. Dia yakin siapa pemenangnya. Memang silap besarlah Ian cabar si pelesit tak ingat dunia itu.

"Tak adillah lawan perempuan."

Ian ketawa kecil.

"Nanti awak tahu kenapa saya nak sangat lawan dia dan bukan Hilmi. Awak nak ikut ke atau nak jadi penonton?"

Anis menggigit bibir. Dia nak ikut, tapi dia takut denagn kelajuan. Bermacam kemungkinan terlayar di dalam kepala saat ini. Macam mana kalau kereta tak terkawal selepas itu tergolek? Macam mana kalau kemalangan? Macam mana kalau kereta terbakar. Dia tak nak ambil risiko, tapi dia nak juga mencuba untuk tengok secara berdepan dalam perlawanan lumba kereta. Selama ini tengok dalam televisyen saja mampu, itu pun dah seriau darah tengok kelajuan kereta.

"Nak ikut, boleh?"

Ian mengangguk. "Boleh. Tapi pakai macam saya. Awak naik sayalah, biar Zarina dengan Hilmi. Zara pula seorang." Anis mengangguk faham. Pantas dia melangkah menuju ke sebuah bilik.

Hilmi mengarahkan Zarina untuk masuk ke dalam kereta dan mencuba memanaskan enjin. Ditekan pedal kuat sehingga mengeluarkan bunyi ngauman kuat berserta tayar yang bergesel.

Zarina pula sudah mengangkat tangan berdoa semoga semuanya baik-baik saja.

Helmet diletakkan di atas bumbung kereta lalu dilabuhkan punggung di sebelah Helmet. Zara memeluk tubuh menunggu semua orang bersiap sedia.

Nampaknya semua sudah bersedia dengan pakaian lengkap berserta helmet dan hanya tinggal dia seorang saja. Zara menganguk perlahan. Dia lompat turun kereta lalu memasang helmet ke atas kepala lalu meloloskan diri masuk ke dalam.

Aku Bukan Perampas!Where stories live. Discover now