BAB 18

26 2 7
                                    

KAIN basah diletakkan atas dahi Zara. Keluhan terlepas dari bibir Anis. Dia menjeling Zara yang masih lena lalu kembali mengingati kejadian semalam dengan hati yang lara.

"Kak Anis! Aku dengan yang lain nak keluar dulu. Kalau nak apa-apa, bagitahu je kita orang." Zarina mencuit bahu Anis dari belakang.

Anis mengangguk sambil tersenyum tawar. Hilmi yang sedang berpeluk tubuh sambil menyandarkan bahunya pada pintu berdecit.

"Tak faham aku macam mana dia orang boleh demam serentak. Jodoh ke?"

Zarina menjeling Hilmi tajam. Dia memberi isyarat mata pada wajah Anis yang bertukar riak muram. Terus tegak badan Hilmi. Dia berdehem.

"Aku gurau Anis. Jangan ambil hati."

Anis menggeleng tanda tiada apa-apa. "Aku okay jelah. Pergilah dating berdua sana. Aku jaga Zara dengan Ian."

Wajah Zarina bertukar merah mendengar perkataan 'dating'. Dia tersipu-sipu malu lalu menampar perlahan bahu Anis. "Mana ada dating. Kita orang... hurm... kita orang amik angin je." Anis tersenyum mengusik.

"Dating lah tu kalau keluar berdua."

Zarina menggelabah.

"Eh mana ada! Kalau kak Anis nak ikut, jomlah. Kita boleh pergi bertiga. Dah tak ada dating-dating lagi."

Hilmi yang tadinya tersenyum-senyum malu mula tercengang. Anis mengerling Hilmi sekilas lalu menjungkitkan kening dengan sengihan mengusik.

Hilmi pantas mengalihkan pandangan kearah lain menunjukkan dia tidak kisah walhal dalam hati hanya Tuhan saja tahu.

Potong stimlah! Bagilah peluang nak berdua-dua dengan buah hati. Bahunya jatuh tidak semangat.

"Kalau aku ikut, siapa nak jaga budak berdua ni? Kau orang pergi sajalah. Biar aku yang jaga dia orang. Hilmi jaga Zarina. Kalau tahu dek Zara kau tak jaga adik dia betul-betul. Kepala kau hilang weh."

Badan Hilmi menjadi keras. Kepala hilang? Seram sangat ke bakal kakak ipar dia ini? Ada peluang lagi ke nak jadi bakal adik ipar. Dahlah baru jumpa dah buat hal, ini ada hati nak mengorat si Zarina pula. Tak mengapalah. Berani kerana mahu, kalau terlepas menyesal tak sudah.

Hilmi hanya mengangguk akur dengan arahan Anis. "Jom Zarina." Ajak Hilmi.

Zarina sempat melihat wajah pucat Zara sebelum berpaling mengikuti Hilmi keluar dari Villa tempat mereka berteduh buat beberapa hari.

Setelah kelibat Zarina dan Hilmi tidak kelihatan. Anis kembali memandang laman wajah Zarina dengan perasaan yang bercampur-baur. Gembira kerana akhirnya kawannya terbuka hati untuk bergaul dengan orang lain atau sedih sebab sesuatu yang dia tidak diingini akan berlaku suatu hari nanti.

Anis menggeleng laju menghilangkan fikiran yang bukan-bukan. Zara tak akan buat macam itu. Dia kawan aku dan selamanya kawan aku. Dia boleh dipercayai sebab itu aku percaya dia tak akan buat macam itu pada aku. Bisik hati kecil Anis.

Tapi, bagaimana kalau suatu hari nanti perkara itu akan berlaku juga? Dimana perasaan seorang insan beralih arah dan membiarkan lagi seorang insan terkapai-kapai mencapainya kembali?

Air liur ditelan kelat.

Kain yang mulai kering diambil lalu dicelup pada besen yang berisi air suam lalu diperap dan kembali meletakkannya di atas dahi Zara. Dia menyelak helaian rambut yang melekat pada permukaan wajah Zara dan bangun dari duduk.

Dia melangkah keluar dari bilik Zara dan mendekati sosok tubuh yang terbaring lemah di atas sofa ruang tamu.

Ian, awak... masih cintakan saya seperti mana mula-mula awak inginkan saya dulu ke? Atau semua itu sudah hilang?





ZARINA tersipu malu. Dia menggigit tepi bibirnya menahan senyuman dari terlakar. Seronoknya berdua-duaan dengan Hilmi. Memang padanlah si mangkuk dua ayun tu demam. Kalau tidak, tak adanya dia dapat berdua dengan si pengarang jantung hati.

Suasan sepi dibawa arus angin yang semakin kencang menampar lembut wajah Zarina. Zarina memejamkan mata lalu menghirup udara yang segar.

Hilmi menjeling Zarina di sebelahnya saat Zarina sedang leka menikmati  pemandangan yang indah di depan mata. Dia tersenyum kecil melihat wajah teruja Zarina.

"Kita nak pergi mana?" Soalnya.

Dia mengambil keputusan untuk memulakan bicara dan tidak membiarkan kesunyian melanda suasana mereka berdua saat itu.

Zarina tersentak. Dia memalingkan wajah menghadap Hilmi dengan mata yang sengaja dielakkan dari bertentang dengan sepasang anak mata yang sedang merenung tika itu.

"Hurm... nak makan dulu." Jawab Zarina malu-malu.

Hilmi lantas tertawa kecil. Dia mengusap anak rambut Zarina dengan gelengan kepala. Sudah diagak dari awal.

Perempuan, perkara pertama yang mereka fikirkan hanyalah makanan. Bukannya perkara lain. Kau bagilah dia Iphone 14 yang akan dikeluarkan nanti atau makanan. Sudah tentu dia akan pilih makanan. 

Bak kata mereka, food is number one!

"Okay, jom kita pergi makan." Hilmi berjalan mendahului Zarina.

Dia melihat belakang badan Hilmi dengan hati yang berbunga-bunga. Tangan menyentuh anak rambut yang baru saja disentuh oleh Hilmi sebentar tadi sambil menggigit bibir menahan rasa ingin menjerit suka.

Dia menghentakkan kakinya berkali-kali di atas tanah. Hilmi berpaling ingin melihat Zarina.

Pantas dia mengawal otot muka yang terlalu jelas terujanya dan mematikan hentakan kaki. Dia membuang pandang ke arah lain sambil kakinya mengorak langkah menghampiri Hilmi yang setia menunggunya.

Saat sudah berada di sebelah Hilmi. Terasa sepasang tangan memeluk pinggangnya dari tepi. Lantas dia memandang Hilmi yang mengukirkan senyuman kecil. Dia memandang sepasang tangan itu dengan hati yang berdegup kencang dan nafas yang tidak sekata.

"Jom."

Wajahnya bersemu merah menahan malu. Mak! Pakwe adik peluk adik mak!


ꕥꕥꕥ

Rasulullah SAW mengucapkan bacaan istighfar berikut ini sebelum wafat;

"Subhanallahi wabihamdih, astaghfirullaha wa atuubu ilaih."

Artinya: "Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya. Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya."


Yang berat bukan kehilangan, tapi membiasakan diri tanpa kehadiran.

Aku Bukan Perampas!Where stories live. Discover now