BAB 11

29 3 4
                                    

BERGEGAS kakinya turun ke bawah tatkala telinga mendengar suara teriakan orang menangis. Tidak berhenti walaupun sudah disuruh berkali-kali. Fikirannya terus melayang ke arah negatif. Mungkin, ada seseorang meminta pertolongan darinya tetapi masih tidak diendahkan oleh sesiapa.

Mukanya jelas cemas dan ragu-ragu untuk turun ke tingkat bawah. Macam mana kalau sangkaannya betul? Mungkin ada perompak atau pencuri. Kalau yang lebih ekstrim lagi, mungkin juga pembunuh?

Bukannya dia tidak kenal dengan suara orang yang meraung macam tiada hari esok. Siapa lagi kalau bukan Zarina si mangkuk ayun itu. Suara mengalahkan pontianak!

Saat kakinya dijejakkan di atas lantai, meliar matanya memandang sekeliling rumah.

Bersih dan kemas.

Tapi, persoalannya sekarang...dimanakah Zarina berada? Kenapa suara tangisan ini amat dekat pada pendengarannya.

Think Zara! Tempat yang selalu Zarina kunjung waktu bosan di mana?!

Matanya terbuka luas apabila teringat akan sesuatu. Zarina akan selalu berada di rumah belakang saat ingin bersendirian. Bukan apa, rumah atas pokok itu disediakan khas untuknya yang dihadiahkan oleh mama dan papa. Nak hairan apa? Anak kesayangankan?

"Zarina! Kau kat atas itu ke?" Jeritnya dari bawah.

Macam manalah Zarina boleh panjat tangga yang tertampal pada batang pokok ini. Kalau jatuh sia-sia saja nyawa. Sekali tengkorak kepala pecah, uuu ngeri!

Makin kuat tangisan Zarina di dalam rumah pokok, makin cemas Zara dibuatnya. Kehulur-kehilir Zara berjalan memikirkan cara untuk menenangkan Zarina yang sedang teruk menangis.

Dia kena tahu punca yang menyebabkan Zarina menangis sebegitu teruk. Bukannya selalu tengok Zarina meroyan macam itu. Selama ini berlagak kuat nak mampus, bila dah nangis dah tak ingat dah dosa pahala. Lemah!

Zara memandang batang pokok itu silih ganti. Hujung kuku jari telunjuk digigit. Nak naik ke? Kalau jatuh macam mana?

Eleh kata tough! Takkan panjat pokok tak berani?

Zara berdecit geram! Tanpa membuang masa, terus kakinya memijak tangga yang terlekat di batang pokok sambil mulut terkumat-kamit membaca doa untuk memudahkannya naik ke atas dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Manalah tahu tetiba tergelincir selepas itu jatuh ke bawah.

Semakin lama, semakin dekat untuk sampai ke rumah itu. Sebelah kaki tanpa sengaja tergelincir ke bawah, dengan pantas Zara berpaut pada anak tangga kayu yang lagi satu. Ergh!! Nasib baik sempat.

Dengan berbakikan tenaga, Zara kembali memanjat tangga dan menolak pintu dengan kasar.

Sosok tubuh yang sedang memeluk lutut di hujung sana menyapa pandangan Zara. Zarina sedang meringkuk dengan bahu yang terhinjut akibat menangis.

Zara merangkak mendekati Zarina dengan berhati-hati. Walaupun dia perangai nakharom jadah, dia juga peduli tentang apa yang terjadi dengan adik beradiknya mahupun ibu bapanya. Itu sudah jadi kewajipannya untuk mengambil tahu setelah 6 tahun berada di negara orang tanpa mengambil tahu sedikitpun tentang keluarga.

Kepala Zarina ditarik lalu dilentokkan di atas bahunya. Ubun kepala Zarina dielus lembut bagi menenangkan adiknya.

"Kenapa ini? Ada apa-apa yang terjadi ke?"

Bahu Zarina terhinjut-hinjut menahan tangis. Hingis ditarik dalam dengan suara yang tersedu-sedan menjawab.

"Dia penipu!! Dia lelaki tak guna! Aku benci dia!"

Zara mengangguk.

Mesti pasal kekasih. Walaupuj belum kenal wajah lelaki itu, tetapi sudah mendapat firasat bahawa Zarina akan dicurangi suatu hari nanti.

Aku Bukan Perampas!Where stories live. Discover now