BAB 10

27 3 5
                                    

MESEJ dibuka dengan muka malas. Kalau tak disebabkan Anis suruh, memang sampai bila-bila aku tak akan mulakan mesej ini tahu?

Lagipun, apa guna cinta bertahun-tahun kalau tak percaya satu sama lain. Iya, aku tahu kau orang takut dan curiga dalam masa yang sama. Pelbagai soalan menerjah minda bila mereka berubah secara tiba-tiba. Tapi, itu tak bermakna kau boleh hapuskan rasa kepercayaan kau terhadap mereka. 

First thing you need to know when you're in a relationship is, you have to trust them as much as they trust you. Kalau tiada kepercayaan, maka sebuah perhubungan itu akan hancur hanya kerana salah faham.

Tapi, kita kena berjaga-jaga juga. Manalah tahu memang betul dia berubah sebabkan orang yang lebih better dari kita kan? Manalah tahu...

People come and go.

Sama juga dengan pepatah, manusia cepat berubah. Begitu juga perasaan,perangai dan sikap manusia.
Kadang-kala perubahan seseorang itu kita tak dapat menjangka dan menduga.

Tapi janganlah kita salahkan mereka 100% sebab perubahan mereka. Kadang-kadang manusia ni berubah sebab dia salah pilih kawan atau mungkin hati kecil yang memilih untuk jatuh cinta pada orang lain?

Manusia ada berubah pada dua kategori.Sama ada positif atau negatif. Yang positif tu Alhamdulillah tapi kalau yang negatif? Jangan pulak kita benci dia sebaliknya doalah baik-baik semoga dia cepat berada di sisi Allah.

Eh?

Kadang-kadang ada juga pasangan berubah hati kepada orang lain. Jangan salahkan dia 100%. Kita kena tengok diri kita juga. Adakah kita ini  punca perubahan si dia? Dan kita juga kena ingat
Allah yang bagi kita sesuatu perasaan. So if dia suka orang lain, means Allah yang bagi
perasaan itu dekat dia.

Kita tak boleh nak buat apa. Sebab soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa,memaksa atau pun terpaksa. Kita hanya mampu berdoa je supaya dia bahagia walaupun bukan dengan kita. Dia juga berhak untuk dapatkan kebahagiaan dia kan?

Kadang-kadang bila diri kita berubah, ada orang yang tak dapat terima. Tapi, entah- biasalah manusiakan?

Mesej dibaca dengan sekali imbas. Kerutan di kening muncul sehingga menimbulkan lapisan di dahi.

Hai Zara. Tak sangka kau chat aku dulu. Kau rindu aku eh? Baru satu hari aku kat sini, takkan terus minta Anis nombor aku.

What the-

Apa dia merepek meraban ini? Sejak bila ketika masa waktunya aku minta Anis? Anis yang bagi sebab nak tengok kau berubah sebab apa.

Dia cakap macam dia ini memang dah ada nombor aku lama saja.

Dari mana kau dapat nombor aku? Macam mana kau tahu aku Zara?

Sementara menunggu balasan mesej daripada Ian, aku mengetuk permukaan skrin telefon menggunakan kedua kuku ibu jadi dengan wajah tertanya-tanya.


Kau lupa ke? Kita pernah accident tempoh hari. That time kan aku minta nombor kau untuk bayar ganti rugi. Tapi, sampai sekarang belum bayar. Nanti aku balik sana, aku tuntut tau!


Dahi ditepuk. Macam mana lah boleh lupa.
Bunyi notifikasi dari orang lain dibaca sekilas. Ouh, dari Anis rupanya. Anis suruh screenshot mesej aku dan Ian memandangkan Anis nampak Ian tengah online tapi tak jawab mesejnya.

Mesej dari Ian aku abaikan lalu terus beralih pada mesej Anis. Lebih baik layan kawan dari layan orang luar yang menyemak dalam hidup aku.


Kau accident? Bila? Kenapa aku tak tahu apa-apa? Kenapa tak bagitahu aku? Kau orang sembunyikan apa dari aku?


Bibir bawah digigit. Kantoi! Dari Anis tak tahu apa-apa, terus ketahuan! Ini sebab tak baca dulu sebelum nak hantarlah ini! Haih- kan dah jadi satu masalah.


Aku Bukan Perampas!Where stories live. Discover now