BKM 1

28.3K 637 41
                                    

Bang!
Bang!
Bang!

Berdas-das tembakan ditembak dalam satu ruangan.

Anak buahnya hanya memandang gerun ke arah tuannya yang sedang menembak mangsa yang berani membuat onar ditempat mereka.

"Clean."sepatahnya memberi arahan.

Arahan yang keluar dari mulut lelaki muda itu membuatkan mereka tersentak.

Gerun.
Takut.

Itu yang mereka rasakan tika itu.Namun itu tidak mengambil masa yang lama sebelum masing-masing menarik nafas kelegaan.

Air liur yang terasa tersekat dikerongkong tadi perlahan mengalir ke tekak.

•••••

HANINA melangkah masuk kedalam rumah yang serba mewah itu setelah memberi salam.

"Heh kau ni dari mana?Berjalan je kerja kau. Sehari tak menyusahkan aku tak sah kau kan!"sergah makngahnya memeranjatkan dia yang sedang meletakkan kunci rumah ditempatnya.

"Er s-saya dari kedai makngah." jawab Hanina tergagap-gagap.Kedua tangannya menggenggam erat tali beg yang berada dipegangan.

Kepala ditundukkan kebawah.Takut ingin melihat wajah menyinga makngahnya.

"Kau dah masak belum!?Aku dah kebulur!"soal puan Fatima sambil menengking.

Jari telunjuknya menunjal-nunjal dahi anak saudaranya.

Eh?Anak saudara?Layakkah gadis itu dipanggil anak saudara?

Heh.

Sampai bila-bila pun dia tidak akan mengangap gadis itu sebagai anak saudaranya.
Perkara itu tak mungkin dan tak akan terjadi!

Hanina menggigit bibir bawahnya kuat.

"Er b-belum makngah.Saya b-baru beli b-barang b-basah.Dekat dapur cuma tinggal b-beras je."

"Arghhh!Aku tak kira!Aku nak kau masak sekarang jugak!"tengkingnya lalu menolak gadis itu sehingga terjatuh.

Kepalanya selamat mendarat pada bucu meja yang berada disitu.

Selepas sahaja dia menolak anak gadis itu,dia terus berlalu meninggalkan gadis itu yang sudah teresak kecil dilantai.

Sempat matanya menangkap titisan cecair bewarna merah di atas lantai.

Heh.Ingat dia kesah?

Hanina memegang dahinya apabila terasa cecair pekat mengalir mengenai wajahnya.

Dia memejam matanya erat.Tangannya menggenggam tepi baju.

Ya Allah..Kau kuatkanlah aku, semoga aku boleh menghadapi ujian yang engkau turunkan padaku..

Berikanlah keinsafan padanya Ya Allah..

Matanya dibuka semula.Air matanya diseka. Jangan menangis Hanina!Kau kuat!Kau boleh!

Dia berusaha untuk bangun sambil memegang dinding.Kepalanya digeleng beberapa kali.

Dalam fikirannya hanya satu.Dia ingin kedapur dan memasakkan makanan buat makngah beserta adik saudaranya.

•••••

KAKI dibawa turun ke tingkat bawah.Ruang dapur menjadi tempat persinggahannya.

Seorang wanita tua yang berada disitu menjadi perhatiannya.

"Em CikNab mama dengan papa mana?"soalnya sambil melilaukan kedua matanya mencari kelibat kedua orang tuanya.

"Oh Tuan Aydil ada dekat atas tak turun lagi tapi kalau Puan Fatila ada dekat taman bunga, tengah siram pokok-pokok bunga dia."jawab pembantu rumah yang dikenali sebagai CikNab.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now