Ummi?"
Sepi. Tidurkah dia?
"Ummi?" panggilku lagi sebaik sahaja mengunci pintu rumah. Cuba mengejutkan ibu saudaraku yang tinggal bersamaku sejak kami pindah masuk ke rumah ini. Ummi, adalah panggilan kami adik-beradik dengan sepupu-sepupu yang lain terhadap adik bongsu papa itu.
Suasana tetap sepi.
Aku mengeluh perlahan. Tidak adil pula aku mahu mengangguk lena orang tua itu. Jam juga sudah menunjukkan ke 12.30 tengah malam. Pastinya dia sedang nyenyak tidur. Hanya aku yang sibuk-sibuk begini dengan dua orang anak kecil denganku.
Aku uruskan si kecil yang penuh dengan susu tepung di pakaiannya. Malah tubuh badanku juga sudah berbaukan lemak susu miliknya. Aku bawa dia ke bilik air. Mandikan si kecil dengan air suam-suam panas. Kemudian pantas mengenakan lampin pakai buang dan menggantikan baju tidur yang dibawa. Aku bawa dia ke katilku dengan susu yang sudah dibancuh sebentar tadi.
"Yaya tidur sini, sebelah Lea. Auntie nak mandi sekejap nanti auntie datang semula tidur sebelah Yaya dengan Lea, okay?"
Dia memandangku. Mata membulat. Anak comel itu seakan memgetahui dirinya yang sudah selamat, kini mula selesa di katilku. Begitu juga dengan adiknya. Bergolek gembira apatah lagi saat penghawa dingin sudah dipasang untuk keselesaan mereka.
Aku cepat-cepat mandi walaupun keinginan untuk terus berada di bawah pancuran air dengan lebih lama meluap-luap. Dan sebaik sahaja aku keluar dari bilik air, dua pasang mata yang membulat sedang menantiku.
"Tak tidur lagi ke?" tanyaku, cepat-cepat mengenakan baju tidur.
Si kakak tidak jemu-jemu mengamati diriku dengan mata bundarnya.
"Auntie?" ujarnya dengan suara sangat lembut.
"Ya sayang?"
"Auntie pergi mana? Lama Yaya cari auntie, tak jumpa. Malam ni baru Yaya jumpa auntie."
Aku terkedu dengan kata-kata Yaya. Benarkah itu kata-katanya? Kata-kata yang lahir dari hatinya yang suci bersih? Kata-kata yang paling jujur dan paling ikhlasnya untukku.
"Auntie pun cari Yaya tak jumpa-jumpa. Baru hari ni auntie dapat jumpa Yaya. Jumpa Lea. Kenapa sayang?" tanyaku.
Yaya tersenyum. Senyuman meleret penuh makna. Malah terlihat lesung pipitnya di kedua-dua belah pipi yang gebu itu.
Cantiknya anak ini. Anak siapakah sebenarnya mereka berdua ini? Rambut panjang ikal mayang hampir mencecah pinggang, kulit putih gebu dan bersih. Bibir mungil bila berkata-kata. Begitu juga dengan Lea.
Namun di sebalik kecomelan dan kecantikan milik anak-anak ini, apa yang sebenarnya bersarang salam fikirkan dan jiwanya?
Apa maksud hatinya yang sebenar?
Tidak sampai seminit, aku sudah berada di sisi mereka. Mengusap rambut si kakak, menepuk tubuh si kecil. Bercerita serba ringkas tentang kisah Cinderella. Dan ketika itu sesuatu yang tidak aku jangkakan berlaku. Si adik mengusap wajahku sebelum dia tidur kena tanpa sempat menghabiskan susu botol yang diminumnya.
Siapakah ibu bapa mereka berdua ini? Tidak sayangkah mereka pada anak-anak mereka ini? Senang-senang bapanya membiarkan anak bersendirian tanpa jagaan orang tua. Senangkah hatinya bila ke tempat kerja biarpun mengetahui anak-anak kecil yang masih tidak tahu apa-apa ini dibiarkan bersendirian?
Aku nekad, esok aku pasti akan 'bahasa'kan bapa kepada anak-anak ini cukup-cukup. Jika tidak, memang aku tidak akan puas hati. Tidak sukar untuk menidurkan mereka. Hanya pelukan pada si kakak, dan tepukan perlahan di tubuh si adik, dalam seminit dua mereka sudah lena dibuai mimpi.
YOU ARE READING
Terima Kasih Cinta
General FictionPertemuan An dengan Yaya dan Lea membawa ke pertelingkahan antara dia dengan Harris Ibrahim. Lelaki sombong dan bongkak itu tidak perlukan pertolongan An untuk menjaga anak-anaknya malah memberi amaran untuk tidak lagi terlalu mengambil berat terhad...