Part 5

1.4K 40 11
                                    

ANJE! Anje! Bangun!!!"

Suara ummi mengejutkan aku. Aku terkejut. Suasana di bilik sudah terang-benderang. Aku terlambat kerjakah hari ini? Ya ALLAH! Tidak pernah dalam sejarahku lewat ke tempat kerja.

Sebaik sahaja aku bangun, aku terdengar bisik-bisik perlahan di sisi. Dua anak kecil itu sedang mengamati diriku.

Yaya dan adiknya Lea.

"Dah bangun dah comel-comel auntie ni?" sapaku.

Alhamdulillah, sepanjang malam mereka tidur lena. Tidak meragam sama sekali.

"Anje!"

Ketukan makin lantang di pintu bilik.

"Ya ummi?"

"Cepat bangun. Ada polis depan rumah kita."

"Polis?"

Dahiku berkerut. Apahal polis datang pagi buta ni? Bisik hatiku.

Aku segera membuka pintu sambil mendukung si bongsu. Yaya mengekoriku dari belakang.

Ummi nampak cemas.

"Agaknya daddy dia report polis tengok anak dia tak ada." Suara ummi kali ini lebih rendah, seakan berbisik.

Amboi! Sampai report polis pulak.

"Dia datang bawa polis ke rumah kita ke?" tanyaku.

"Ummi nampak polis tengah periksa rumah dia," jawab orang tua itu. "Ummi takutlah. Polis nak tangkap kita ke?"

"Takut apa pulak?" tegurku.

Mengintai di sebalik tirai, aku mengamati suasana yang berlaku di hadapan ruang legar.

"Itu bukan polis ummi. Itu security kondo kita. Hisy, ummi ni. Ummi pergi hantar anak-anak ni pada daddy dia. Cakap kat daddy dia orang, anak-anak dia menangis tengah malam tadi. Itu sebab kita bawa dia tidur rumah kita."

"Takkan ummi pulak?"

"Jangan takutlah ummi. Itu bukan polis. Bangla security guard je tu. Tak ada apanya. An nak mandi ni. Dah lewat pergi kerja. Kalau dia cakap lebih-lebih, panggil An."

"Yaya, daddy dah balik kerja. Yaya bawak Lea balik ya? Nek ummi hantar." Aku memberitahu mereka dan segera membuka pintu.

Aku pandang ummi yang masih terkulat-kulat di situ.

"Cubalah berani sikit ummi. Kita tak buat salah. Malah, kita tolong dia jaga anak-anak dia malam tadi."

Ummi tetap tercegat di situ.

"Kalau dia cakap lebih-lebih, nanti An jumpa dia. Tapi An nak mandi dulu. Takkan baju macam ni nak jumpa orang pulak? Lagipun An dah lewat sangat ni."

"Iyalah."

Aku lihat ummi membawa anak-anak itu kembali ke rumah mereka sedangkan aku kembali masuk ke bilik untuk mandi.

Tidak sampai sepuluh minit berada di bilik air, aku cepat-cepat bersiap untuk ke tempat kerja pula.

"Ummi?" panggilku.

Aku segera mengenakan tudung kuning mustard yang baru aku beli beberapa minggu lalu untuk dipadankan dengan baju kurung Kedah warna hitam dengan kain batik jawa hitam rona kuning keemasan.

"Ummi?" panggilku lagi.

Suasana di rumah sepi. Ummi di biliknya ke?

Belum pun sempat kakiku melangkah keluar dari bilik, ummi sudah terkocoh-kocoh masuk ke bilikku. Wajahnya cemas.

"Hah? Apasal ni?" Aku kehairanan.

"Dia marah betul."

"Siapa marah? Dia marah ummi ke?"

Terima Kasih Cinta Where stories live. Discover now