Part 4

1.6K 42 11
                                    

Pintu bilikku diketuk perlahan ketika aku sedang membetulkan selimut Yaya dan Lea sedang melurut. Cepat-cepat aku melangkah ke pintu.

"Dah balik?" tanya ummi dengan wajah terpisat-pisat memandangku sebaik sahaja aku membuka pintu untuknya.

Aku sekadar mengangguk.

"Lama ke dah balik?" tanya ummi lagi.

Saat ini aku segera membuka pintu bilikku selebarnya, dengan tujuan agar ummi dapat melihat apa yang ada di atas katilku.

Mata ummi serta-merta membutang bulat. Terkejut. Ya, siapa sahaja akan terkejut bila rumah ini yang hanya dihuni oleh kami berdua kini kelihatan dia orang anak kecil pula sedang nyenyak tidur di atas katil.

"Anak siapa kau bawak balik ni Anje?" tanya ummi sambil beristighfar. "Ini bukan anak Dhira kan?"

Aku menggeleng.

"Anak jiran rumah depan kita yang baru pindah semalam tu."

"Astaghfirullahalazim! Dah tu, mana mak bapak dia?"

"Itulah masalahnya. Masa An balik, si kakak dok menangis-nangis kat pintu gril rumah mereka. Bila An tanya, daddy pergi kerja. Mommy tak ada."

"Patutlah masa ummi tengok dia orang angkat masuk barang, tak nampak pun mana-mana perempuan dengan budak-budak ni."

"Jadi ummi kenallah daddy dia orang?"

"Tak jugak. Ummi intai je dari tingkap. Malas nak bertegur sapa. Pandai-pandai nak tegur, esok-esok dia bawanya orang jahat masuk rumah kita," getus ummi sambil menghampiri katilku.

Aku diam. Aku tidak salahkan ummi jika enggan bergaul dengan jiran tetangga. Hidup di kota metropolitan ini, tidak membuatkan dia ingin bergaul bila masyarakat sekeliling sentiasa sibuk dengan tugas harian masing-masing. Seperti aku juga. Awal pagi sudah ke pejabat, malam baru pulang. Saban waktu pintu tertutup. Jika pun ada yang lalu lapang, ummi sentiasa berwaspada dengan mereka yang cuba mengambil kesempatan.

"Berani-beranilah bawa anak orang masuk. Esok-esok mak bapak budak-budak ni tuduh kita cuba nak larikan anak dia. Nak culik."

"Berani dia nak tuduh kita culik anak dia? Kita pulak boleh tuduh dia lalai jaga anak. Biarkan anak umur kecil macam ni duduk kat rumah tanpa orang tua. Gila ke apa? Kalau dibuatnya pencuri masuk, penjahat ke, siapa nak selamatkan dia orang berdua ni?"

Aku pula dengan hujahku.

Ummi mendengus.

Aku menyambung ceritaku, "Masa An balik, tengok si kakak tengah menangis-nangis panggil daddynya. Yang adik duduk kat dapur, main susu. Habis satu tin ditaburkannya. Dah jadi macam salji lantai dapur tu An tengok."

Ummi mengucap lagi sambil menggeleng perlahan.

"Mana pergi mommy dia orang ni?"

Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Sampai hati bapak budak-budak ni tinggalkan anak-anak kat rumah sendirian. Tak fikir keselamatan ke? Tak fikir ke kalau apa-apa jadi dengan anak dia, esok-esok dia yang boleh kena dakwa sebab cuai, lalai. Jangan main-main, zaman sekarang ni mak bapak pun boleh kena dakwa kalau cuai jaga anak," terangku.

"Ni nanti kalau bapak dia orang dah balik cari anak-anak dia macam mana? Tak terkejut tengok anak-anak dia hilang?"

"Elok jugak tu. Kasi ajar sekejap. Biar dia panik tengok anak-anak dia hilang," marahku.

Ummi menarik nafas dalam-dalam.

"Tak baik buat orang macam tu. Apa-apa pun ini anak dia."

"Ya, ini anak dia. Tapi kalau dah nama anak, pandai-pandailah jaga. Jangan tahu buat anak je, tapi main-main pulak bila nak jaga. Dia ingat anak dia dah besar ke? Dah akal baligh? Eeii...., An tak faham lelaki zaman sekarang ni. Tahu nak kahwin, tahu buat anak. Tapi bila jaga anak, senang je kerja dia! Main tinggal-tinggal je anak kat rumah."

Terima Kasih Cinta Where stories live. Discover now