Part 6

1.1K 36 3
                                    

RAIHANNA. Masuk bilik sekejap."

Arahan suara majikanku yang tidak mampu aku elak.

Bencana sudah datang dah, getus hatiku sebaik sahaja majikanku mematikan talian.

Kalaulah bukan kerana keadaan ekonomi di luar sana masih tidak stabil, pastinya aku berhenti kerja dari sini dan cari mana-mana kerja yang lebih aman dan mendamaikan fikiran dan juga jiwaku.

Mahu tidak mahu, aku akur dengan arahan Tan Sri Syed Rashid, Pengerusi di syarikat tempat aku bekerja.

"Semalam I ajak you dinner, alasan you nak ke rumah parents. So tonight kalau I ajak you keluar, apa alasan you lagi?"

Lelaki ini tidak reti bahasa ke? Dah tua bangka, isteri ada di rumah, cucu berderet, masih mahu menggatal? Aku tidak faham perangai lelaki zaman sekarang. Dari yang muda sehinggalah yang tua. Ada saja yang cuba mencabar kesabaranku.

"Kali ni, I nak balik awal. Parents I pulak nak datang rumah."

Terangkat kening lelaki itu sebaik sahaja dia dengar aku menyebut orang tuaku akan datang ke rumah.

"Nak kahwin dah?"

"Lebih kurang."

Dengan mudahnya aku berbohong pada orang tua yang tak sedar diri ini.

"Hmm.... dengan siapa?"

"Nanti I hantar kad kahwin I."

Aku cuba menahan senyumanku.

"Tapi selagi you tak confirm, selagi tu I masih ada peluang, kan?"

Wah! Lelaki ini benar-benar tidak sedar diri. Rumah suruh pergi, kubur kata mari.

"Tak apalah Tan Sri. I hormat pada wanita yang setia pada suami dia. I pun bukan minat pada suami orang. Mungkin itu sebab ALLAH belum temukan jodoh I sampai saat ni," kataku sudah tidak kira seandainya bahasaku ini kasar bunyinya.

Dia nak marah? Peduli apa aku?

"Sebab mungkin jodoh you dengan I," ujarnya tanpa segan silu.

Aku ketawa kecil.

"Tapi I akan pastikan jodoh I bukan dengan suami orang."

"Jangan yakin sangat Raihanna."

Aku tersenyum.

"Lagipun lebih baik Tan Sri cari perempuan yang lebih muda, lebih cantik dari I. Umur I pun bukan muda lagi. Sekurang-kurangnya kalau Tan Sri nak pasang satu lagi, biarlah yang betul-betul muda. Betul-betul mampu layan Tan Sri untuk 20-30 tahun akan datang."

Giliran lelaki itu pula ketawa.

"You tahu, cara you cakap macam ni, lagi buatkan I makin geram dengan you."

Aku tersentak. Seluruh tubuhku meremang!!!

"Kita dinner hari ni?" Dia cuba memancing lagi.

Lelaki ini memang gatal. Kenapalah nasib aku dapat ketua begini? Aku yang baru bekerja tidak sampai pun tiga bulan, diduga dengan majikan yang berperangai lelaki miang sebegini. Ditolak makin menjadi. Kalau menerima pelawaan itu sekadar menjaga hati majikan, makin menjadi-jadilah gatalnya nanti!

Ah! Lelaki ini tidak pernah tengok dirinya pada cermin? Dia fikir dia masih segakkah dengan muka berkedut dan rambut penuh beruban?

"Tak apalah. Lain kali jelah." Aku menolak dengan cara hormat.

"Kenapa? Tak boleh ke malam ni? Telefon your parents beritahu you banyak kerja hari ni."

"Tak boleh. Kami dah fix dinner dengan keluarga pihak lelaki."

Terima Kasih Cinta Where stories live. Discover now