"Eee Piya, hensem betullah Cikgu Irfan tu. Tergoda aku," kata Suria, rakan sekelasnya.
"Hmmm."
"Kau ni Suria. Kau macam tak tahu yang Piya ni anti dengan Cikgu Irfan tu," kata Yati pula.
"Anti? Apesal pula?" tanya Suria sedikit keliru. "Cikgu muda yang tinggi, sasa dan kacak tu kau boleh anti Piya. Kau demam ke?"
"Piya kan dah ada suami. Kecewa kot sebab tak boleh feeling-feeling dengan lelaki lain," balas Murni dengan tawa kecil.
Safiyyah menjeling ke arah Suria dan Murni yang duduk berhadapan dengannya dan Yati. Dia turut ketawa, tetapi tawa yang sengaja dibuat-buat. Akhirnya Suria dan Murni mendiamkan diri. Mereka menunduk tetapi sesekali mengerling ke arahnya yang masam mencuka.
"Dah puas usik aku? Pandai pun kau kata aku ni isteri orang tak boleh feeling-feeling dengan lelaki lain. Tapi kalau aku ni single to mingle sekalipun, dia tu cikgu kita tau," kata Safiyyah.
"Ala bukannya haram pun kahwin dengan cikgu sendiri. Memanglah dari segi etika tu tak baik tapi tak haram," bantah Suria.
"Ye la Ustazah Suria. Haa dah siap kerja rumah kelmarin?" tanya Safiyyah cuba mengubah topik.
"Cikgu Irfan tu hensem tapi sekali dia bagi kerja rumah, jammed otak aku ni. Mau pitam dibuatnya," kata Yati tanpa menjawab soalan Safiyyah tadi.
Murni melepaskan keluhan. "Tu la pasal. Letih otak aku jawab soalan. Sebulan woi sekolah. Boleh kata hari-hari ada kerja rumah. Penting ke Math ni dalam hidup kita? Kalau pergi kedai apek, gunapakai ke?"
Safiyyah tergelak dengan soalan dari Murni. "Guna woi. Guna untuk bagi apek tu pening dengan ko. Silap-silap, dia bagi free barang kau nak beli tu."
Suria dan Yati turut tertawa dengan jenaka Safiyyah. Murni menjeling tetapi dia turut tertawa. Mereka menyedut minuman yang dibeli. Sesekali mata mereka meliar melihat pelajar tingkatan 1 di kelas bertentangan dengan pondok kecil yang menjadi tempat mereka menghabiskan waktu rehat.
"Rasa rindu pula pakai uniform sekolah," kata Yati tiba-tiba.
"Kau biar betul Yat. Pening sangat ke soalan Math tu sampai terkenang kisah silam bagai ni," balas Suria.
"Tak la. Maksud aku, cuba tengok diorang, relaks je. Kita pula lepas ni nak berhempas pula di U, lepas tu kerja, lepas tu kahwin, lepas tu sibuk dengan anak. Eh cakap pasal anak, kau ni family planning ke Piya?"
Hampir tersedak Safiyyah dengan soalan dari Yati.
"Ko ni, kot ya pun nak tukar topik, bagilah salam dulu. Ni tak, main terjah saja. Nasib air je tau. Kalau aku tengah makan tadi?" tegur Safiyyah.
Yati tersengeh. Tangannya ditabikkan berkali-kali tanda mohon maaf. Soalan Yati tadi dibiarkan oleh Safiyyah begitu saja. Selepas itu, segala macam topik yang mereka bualkan, termasuklah isu hangat K-pop.
"Hmm hmm."
Siapalah yang berdehem belakang aku ni, gerutu Safiyyah di dalam hati. Dia menoleh ke belakang dan secara otomatik dahinya berkerut.
"Hah Megat, kau nak apa?" tanya sedikit keras.
"Amboi kau, cubalah sweet sikit dengan aku. Aku kan ke bakal suami kau," balas Megat.
Safiyyah mencebir bibir. "Nak sweet, kau pegi minta gula sekilo kat makcik kantin tu lepas tu makan. Aku ni bini orang la. Suka-suka mulut aje."
Megat duduk di bangku bersebelahan dengan Safiyyah. "Itu kau yang kata. Si Yati dengan rakan-rakan sekolah kau yang lain pun tak pernah tengok suami kau. Entah-entah kau buat cerita saja."
"Eh laki, kau ingat bab nikah ni boleh buat cerita ke? Kau tunggu esok aku bawa sijil nikah aku. Tapi kau tu pandai ke baca Jawi?" perli Safiyyah.
Kata-kata Safiyyah disambut dengan tawa oleh rakan-rakannya. Megat mengerutkan muka. Dia bangun, bergerak kembali ke arah rakan-rakannya. Tetapi baru separuh jalan, dia menoleh semula.
"Kau bawa sekali suami kau tu. Aku nak juga tengok bagus sangat ke orangnya," kata Megat.
Safiyyah mengetap gigi. Disumpah seranah Megat di dalam hati.
YOU ARE READING
Sayang Cikgu, Sayang
Romansa[A Novelette] Kenapa setiap kali nak mengeratkan hubungan persahabatan, pernikahan yang dicadangkan? Apa tak boleh buat family day ke? Saya muda lagi la. Tak sempat enjoy pun lagi. Lepas tu hari pertama Form 6, kerja rumah dah bertimbun. Cikgu Irfan...