-08- Malu

6K 229 1
                                    

"Diam diam woi, cikgu dah datang," jerit Latif dari arah pintu.

"Eh Latif, kot ye pun kau nak jadi tukang canag, tolong tengok sikit aku yang kat pintu ni," kata Safiyyah sambil mengetap gigi.

"Ha'ah, kau buta ke apa tak nampak kami yang cantik jelita ni," tambah Yati.

Latif menoleh ke arah mereka "Kau Cik Yati memang aku akui cantik jelita. Oleh itu aku mohon maaf pada tuan puteri. Kau pula Piya, sebab dah nikah, maaf makcik."

Latif tertawa terkekeh-kekeh berjalan ke tempat duduknya di belakang. Tawanya disambut oleh pelajar lelaki yang lain.

"Kurang asam punya Latif. Makcik dia panggil aku," kata Safiyyah sedikit kuat.

Yati menepuk bahunya mohon sabar. "Sabarlah Piya. Budak-budak tak cukup umur."

Safiyyah kembali tegak memandang papan hitam di hadapan. Malas dia ikut campur melayan gelagat pelajar lelaki di kelasnya yang seperti kata Yati, kebudak-budakkan. Sekali lagi Safiyyah bersyukur yang suaminya ialah seorang lelaki matang.

"Woi Latif. Mana ada cikgu?" Raj yang terjenguk-jenguk di pintu berkata. "Eh tapi apesal Cikgu Irfan lambat ah?"

"Tak kisahlah. Tak masuk lagi bagus. Sakit otak aku fikirkan kerja rumah yang bertimbun. Silap besar aku ambil subject ni," balas Latif.

Safiyyah sekali lagi mengetap gigi. "Nasib baik kau sedar yang kau tu tak bijak."

Latif tersenyum sinis ke arahnya. "Aku memang tak bijak. Tak macam orang tu. Ekonomi Rumahtangga mesti dapat A+++. Nak pula subjek dalam kelambu."

Kata-kata Latif disambut hilai tawa oleh rakan-rakan sekelas. Hanya Yati yang menjeling tajam ke arah mereka. Safiyyah bersyukur, sekurang-kurangnya dia ada Yati.

"Diamlah kau lembu," marah Yati.

"Alah sayang abang, janganlah marah. Abang gurau aje. Tapikan sayang, jangan lupa minta tips dari Makcik Piya tu. Senang malam pertama kita nanti."

Sekali lagi kata-kata Latif disambut tawa hilai. Tapi kali ini ada beberapa pelajar perempuan yang turut menjeling ke arah Latif, mungkin kurang selesa dengan topik yang dibualkan.

"Bukankan kata Yati. Kambing tepi padang tu pun tak hingin dengan kau. Baik kau diam sebelum penumbuk aku ni naik kat muka," kata Suria sambil mengangkat penumbuk.

Latif mengangkat kedua-dua tangan mengaku kalah. Tiada siapa yang berani bertarung dengan Suria, pemegang tali pinggang hitam tae-kwan-do, yang telah menjuarai kejohanan diperingkat Asia.

Yati mengusap-usap belakang Safiyyah. "Sabar ye Piya. Macam aku kata, budak-budak."

"Hmm hmm."

Batukkan kuat dari muka pintu mematikan niat Safiyyah untuk membalas kata-kata Yati. Mereka semua menoleh ke pintu, menelan liur, melihat wajah Cikgu Irfan yang masam. Jarang sekali Cikgu Irfan begitu. Selalunya dia ceria dan sentiasa senyum.

"Err assalamualaikum cikgu," kata Badrul, ketua mereka.

"Assalamualaikum cikgu," sahut mereka.

"Wa'alaikumsalam."

Cikgu Irfan melangkah masuk. Buku latihan yang dipegangnya dihempas ke atas meja. Hampir tersekat pernafasan Safiyyah melihat kelaku cikgu muda itu.

"Badrul, tolong agihkan semula buku latihan ni pada tuannya," kata Cikgu Irfan sedikit keras.

Badrul bangun, pantas mengikut arahan. Setelah selesai, dia duduk semula di tempatnya. Safiyyah membuka buku latihannya. Berkerut dahinya melihat tanda bulat merah di halaman buku. Dari sepuluh soalan, hanya dua yang berjaya dijawabnya dnegan betul. Sebenarnya Safiyyah dah menduga. Formula Matematik Moden dan Matematik Tambahan yang dipelajarinya dulu, sudah hilang dari minda sebaik peperiksaan SPM selesai. Ibarat belajar setakat untuk lulus saja.

"Bagi yang dapat nota dari saya, jumpa saya lepas sekolah tamat hari ni," kata Cikgu Irfan masih dengan nada keras. "Sekarang kita selesaikan bersama masalah Matematik tu."

Safiyyah tunduk semula melihat di buku latihannya. Tertulis di hujung halaman, Jumpa Saya dengan pen verwarna merah. Safiyyah melepaskan satu keluhan.

"Kau kena ke?" bisik Yati.

Safiyyah hanya mengangguk.

"Nasib aku tak kena," bisik Yati lagi.

Safiyyah menjeling ke arah buku latihan Yati. Yati hanya salah satu sahaja. Memang bertekad sungguh Yati kali ni. Safiyyah jadi malu sendiri.

"Hah Safiyyah, apa yang awak lihat tu? Tolong bagi perhatian bila saya mengajar."

Safiyyah pantas mengangkat kepala melihat papan hitam. Dah kenapa pula Cikgu Irfan ni? Makan tebuan ke pagi ni? Omel Safiyyah di dalam hati.

Suasana ceria pagi tu bertukar suram. Nampaknya Cikgu Irfan memang betul-betul marah dengan pencapaian mereka. Sekali lagi Safiyyah menahan malu.

Sayang Cikgu, SayangWhere stories live. Discover now