-03- Tanggungjawab

7.1K 230 2
                                    

Sepanjang majlis berjalan, walaupun dia kerap berada di sisi suaminya, tetapi Safiyyah hanya sempat memandang wajah si suami dari sisi mata sahaja. Malu pula kalau dilihat orang dia merenung wajah suaminya itu. Selesai solat Isya', Ani sekali lagi membantunya dengan memberikan beberapa tips. Bukan tips malam pertama ya, tetapi tips adab sebelum melayari bahtera malam pertama.

Safiyyah tersenyum. Ani, sahabat baiknya memang banyak membaca, jadi ilmunya lebih dari orang lain. Bukanlah Safiyyah sendiri tidak tahu, lebih-lebih lagi yang melibatkan selok-belok agama, tetapi apabila panik menguasai diri, semuanya boleh lupa.

Safiyyah duduk di birai katil. Dia mengenakan kurung tradisional dari kain sutera, hadiah dari Ani. Warna biru lembut, sesuai dengan warna kuning lembut yang menjadi hiasan bilik pengantin. Dia terdengar ketukkan perlahan lalu pintu bilik dibuka. Suaminya melangkah masuk selepas memberi salam dan dia menjawab salam itu.

Safiyyah menundukkan kepala. Dia meramas kedua-dua tangannya yang terletak atas ribaan. Suaminya duduk di sisinya dibirai katil. Kedua-duanya tidak bersuara. Safiyyah pula cuba mengingati kembali adab malam pertama mengikut sunnah seperti yang dipelajarinya.

Solat sunat taubat?

Sudah.

Baca doa sebelum masuk bilik?

Sudah juga.

Solat sunat dua rakaat di bilik tidur?

Safiyyah bangun, menuju ke arah rak lalu menarik dua sejadah dari rak tersebut sebelum dihamparkan. Sekalipun dia tidak menoleh ke arah suaminya walaupun dia yakin yang mata suaminya tidak lepas dari melihat kelakuannya. Sebaik selesai memakai pakaian solat, dia berdiri di atas sejadah, menanti suaminya.

Selesai solat sunat dan memberi salam, suaminya berpusing ke arahnya. Safiyyah masih menundukkan wajahnya. Dia mendengar salam yang diberikan oleh suaminya lalu dijawab perlahan. Suaminya meletakkan tangan kanan ke atas ubun-ubunnya, lalu membaca doa mohon keberkatan dan kebaikan.

Tangan yang sama, kemudiannya melurut ke sisi kepalanya, menyentuh pipinya, turun ke bahunya, mengusap lengannya lalu merangkul jarinya. Safiyyah terpana, melihat tangan yang lebih besar dari tanggannya, menggenggam erat tangannya.

"Sayang jangan takut. Abang janji akan jadi suami yang terbaik untuk sayang," tutur suaminya lembut.

Safiyyah hanya mampu mengangguk. Dia dan suaminya adalah orang asing. Tetapi ikatan antara mereka, mengkehendaki mereka untuk bergaul mesra.

Suaminya bangun, memaksa Safiyyah untuk turut bangun. Safiyyah mendongakkan kepala. Ini anak Aunty Zu, eh bukan, ini anak mama? Lelaki tinggi, kacak dan sasa ini? Biar betul? Takkan lelaki sebegini tidak ada pilihan sendiri? Entah-entah dia ada teman wanita tetapi sebab nak jadi anak soleh, dia bersetuju saja dengan pilihan mama. Boleh jadi juga. Safiyyah mengerutkan dahi.

"Kenapa sayang?" tanya si suami.

"Abang takkan tak ada teman wanita. Rupa macam ni, tipulah kalau tak ada. Abang kena paksa dengan mama ek? Itulah, mama dan ibu tu sama sajakan? Putih kata diorang, putihlah. Takde hitam-hitam dah," jawab Safiyyah.

Si suami tertawa kecil dengan kata-kata si isteri. Dia merenung wajah isterinya, yang masih berkerut memikirkan sesuatu. Mamanya meminta dia memberi ruang kepada isterinya. Biar si isteri datang kepadanya dengan rela hati, bukan paksaan.

Safiyyah menarik lembut tangan suaminya duduk di birai katil. Dia membuka telekung solatnya lalu dilipat dan diletakkan di atas meja sisi. Kemudian matanya kembali ke arah suaminya yang masih tersenyum melihatnya.

"Abang tak jawab lagi solan saya," desaknya.

"Abang perlu jawab ke?" balas suaminya.

"Ye la. Saya tak nak nanti jadi macam drama tv tu. Berebut suami la apa la. Eee takde masa la rebut-rebut ni," katanya dengan kerutan di dahi.

"Tapi malam ni..."

Safiyyah mengangkat keningnya. "Malam ni..." Dan wajah ibu muncul difikirannya, membisikkan kepadanya tentang malam pertama. "Ooo....malam ni."

Wajah Safiyyah merona kemerahan. Matanya dilarikan dari wajah suaminya. Si suami sekali lagi tertawa kecil. Okay, sekurangnya-kurangnya sesi beramah-mesra berjalan lancar, gerutu hati Safiyyah.

"Sebelum tu, boleh tak saya tahu nama abang?" tanyanya buat kali terakhir untuk malam itu.

Si suami tersenyum lebar. "Nama abang, Irfan."

Safiyyah menganggukkan kepala. Dia mendiamkan diri, menanti tindakan seterusnya oleh suaminya. Suaminya bangun, menuju ke meja sisi lalu memalapkan cahaya lampu. Safiyyah menelan liur membasahkan tekak. Selepas malam ini, dia bukan lagi anak dara di bawah jagaan ibunya tetapi isteri yang mempunyai tanggungjawab kepada suami.

Sayang Cikgu, SayangWhere stories live. Discover now