-10- Rindu

6.5K 215 3
                                    

"Sayang, kenapa tak jawab call abang? Abang risau tau. Nasib abang tak buat report polis," kata si suami.

Safiyyah meletakkan helmet di atas meja. "Piya minta maaf abang. Phone habis bateri. Piya ke rumah ibu tadi."

"Sayang kenapa ni? Monyok je abang tengok. Sayang letih ya? Nak abang picitkan?" tanya suaminya.

Safiyyah menggeleng-gelengkan kepala. Kata-kata ibu menerpa kembali ke fikirannya. Entah kenapa hati Safiyyah sebak. Setitis airmatanya gugur ke pipi.

"Hey hey kenapa ni?" tanya si suami. Tubuh Safiyyah dirangkul ke dalam pelukkan. "Kenapa sayang nangis ni? Siapa kacau sayang? Bagi tahu abang."

Safiyyah tertawa dalam tangisan. Airmatanya diseka dengan belakang tangan. "Tak ada sapa pun kacau Piya. Piya saja yang sedih sendiri."

Tubuh Safiyyah ditolak perlahan. Matanya dan pipinya yang masih terdapat sisa airmata, dicium oleh sang suami. Suaminya meletakkan tangannya di pipi Safiyyah. Diusap lembut pipi gebu itu dengan ibu jarinya.

"Kenapa sayang abang sedih sendiri? Kongsilah dengan abang. Mana tahu abang boleh tolong," pinta sang suami.

Safiyyah membuka mulut untuk menolak pelawaan suaminya. Berapa kali dia menolak bantuan suaminya? Sudah banyak kali. Kalau dari dulu dia menerima bantuan suaminya, tentu dia tidak akan sedih begini, merasa dirinya tidak layak untuk lelaki semulia ini.

Safiyyah menjauhkan diri dari suaminya. Dia mencapai beg lalu mengeluarkan lembaran kerja. "Abang tolong ajarkan Piya boleh?"

Suaminya menghadiahkan satu senyuman. "Tentu sekali sayang. Untuk sayang, apa pun boleh."

"Terima kasih abang," kata Safiyyah dengan nada ceria. "Piya naik mandi dan solat dulu. Lepas Isya' nanti kita mula okay."

Seperti yang dijanjikan, selepas selesai solat Isya', Safiyyah dan suaminya duduk bertentangan dengan meja kecil berada di antara mereka.

"Sayang faham tak? Nak abang tunjukkan sekali lagi?" tanya suaminya.

Safiyyah menggelengkan kepala. "Piya yakin Piya dah faham. Biar Piya selesaikan problem ni dulu. Kalau salah, abang ajar lagi okay?"

"Okay sayang."

Safiyyah menunduk. Selepas selesai, lembaran kerja itu ditolak ke arah suaminya. Suaminya meneliti setiap jawapan lalu senyum.

"Macam mana bang? Betul tak?" tanya Safiyyah penuh harapan.

"Semua betul. Pandailah isteri abang. Kan abang dah kata sayang boleh buat," puji suaminya.

Safiyyah tersenyum gembira. Walaupun suaminya selalu memujinya, tetapi kali ini pujian itu lebih bermakna padanya.

"Abang, Piya nak tanya boleh tak?"

Suaminya mengangkat kepala, merenung ke wajahnya. "Tanya apa sayang?"

"Abang dengan Cikgu Ros tu ada apa-apa ke?"

Membuntang mata suaminya melihat ke arahnya. "Abang dengan Cikgu Ros tu rakan sekerja sajalah sayang. Kenapa tiba-tiba tanya macam tu pula?"

Safiyyah mengalihkan pandangan ke arah lain. Digigit bibir bawahnya. Malu pula berbual topik ini dengan suaminya. "Piya tengok siang tadi abang mesra saja dengan Cikgu Ros tu."

Suaminya mengesotkan tubuh agar rapat dengannya. Sekali lagi Safiyyah menggigit bibir bawahnya. Kedua-dua bahunya disentuh oleh suaminya.

"Tengok abang sayang." Safiyyah menurut permintaan suaminya. "Abang dengan Cikgu Ros tu sama macam sayang dengan Megat. Bezanya abang takdelah fikir nak cekik Cikgu Ros tu kalau jumpa. Kami berkawan. Itu aje."

Safiyyah menganggukkan kepala. Puas hati dengan jawapan suaminya. Tiba-tiba dia mengerutkan dahi. "Mana abang tahu yang Piya nak cekik Megat setiap kali jumpa?"

Kini giliran suaminya pula mengalihkan pandangan. "Abang terbaca chat history sayang dengan Ani."

"Oooo. Tapi Piya memang betul-betul meluat dengan Megat tu. Piya tak sabar nak habis form 6. Tak payah jumpa lagi jantan perasan macho tu," kata Safiyyah.

Safiyyah meletakkan kepalanya di atas bahu suaminya. Jarinya bermain-main dengan jari sang suami.

"Sayang, ada lagi tak kerja rumah yang sayang nak abang tolong?" tanya suaminya tiba-tiba.

"Tak ada. Kenapa?"

"Hmm kalau tak ada, jom kita tidur? Hmm abang rindulah dengan sayang," jawab sang suami.

Safiyyah tidak berani mengangkat kepalanya dari bahu suaminya. Malu suaminya melihat pipinya yang sudah merona kemerahan.

Sayang Cikgu, SayangWhere stories live. Discover now