"Arghhh bebas," jerit Latif.
"Kau ni dah apehal Latif? Gila ke?" tanya Suria.
"Ko ni, tak sayang mulut langsung. Aku jerit sebab last paper kita dah tamat," balas Latif.
"Jeritlah puas-puas. Kena mengulang, padan muka," perli Suria.
"Coi mulut ko pompuan. Aku ace la. Takdenya nak mengulang," balas Latif. "Ah sudahlah. Malas layan ko."
Safiyyah menggelengkan kepala melihat gelagat Latif. "Paper tadi susah juga kan?"
Yati yang berdiri di sebelahnya menganggukkan kepala. "Susah sikit saja. Tapi aku yakin kau boleh buat. Result P1 dan P2 kau, lebih baik dari aku."
"Betul betul betul." Murni menganggukkan kepala. "Minta-minta aku tak kena ulang exam P3 ni. Dahlah ari tu ulang exam P2. Letih woi kena marah dengan mak aku."
Safiyyah hanya mampu tersenyum. Kalau rakan-rakannya tahu rahsia kejayaannya, agaknya mereka mungkin marah.
"Eh Piya, kau datang dengan sapa ari ni? Aku parking motor tadi tak nampak pun skuter kau?" tanya Dewi tiba-tiba.
"Kus semangat." Safiyyah mengurut dada. "Kau ni pun kot ya nak muncul secara misteri ni, janganlah muncul belakang aku."
"Heh heh sori sori." Dewi mengangkat kedua-dua tangannya memohon maaf.
"Aku datang dengan suami aku," jawab Safiyyah.
Jawapan Safiyyah dibalas dengan siulan nakal dan usikkan kawan-kawannya. Safiyyah hanya mampu tersenyum.
"Kami memang teringin nak tengok suami kau tu," kata Yati.
"Itu pun kalau betul wujud."
Safiyyah mengetap gigi. "Eh Megat, kau kalau tak kacau aku tak sah hidup ke?"
"Hidup aku okay je kau ada ke tak ada ke. Tapi kalau ko ada, lagi cerialah. Dari awal kau tolak perasaan aku dengan alasan kau dah nikah. Tapi takde seorang pun pernah tengok suami kau. Gambar pun tak ada." Megat menyilang kedua-dua tangan di dada. "Aku tak tahu dengan yang lain. Tapi aku akan tunggu sini sampai suami kau datang. Aku nak tengok sendiri siapa orangnya."
Safiyyah merengus marah. Sekali lagi niatnya untuk mencekik Megat terbatal apabila Yati menarik tangannya menjauhi lelaki itu.
"Sabar Piya. Jangan buat kerja gila kat sini. Ramai orang tu. Nanti kita cari port selamat. Aku tolong kau tanam mayat dia," kata Yati.
Safiyyah yang masih marah terus ketawa. "Ke situ pula kau Yat. Aku takde la sampai nak dia mati. At least hilang oksigen seminit dua ke."
Masih ramai lagi pelajar di tangga dewan. Entah apa yang ditunggu mereka, Safiyyah tak pasti. Entah-entah tunggu kemunculan suaminya. Safiyyah menelah liur, membasahkan tekak yang dirasakan kesat.
"Kau tiba-tiba gelisah ni apehal pula?" tanya Murni.
"Eh korang tak rasa nak balik ke? Dah lewat ni," kata Safiyyah.
"Haa aku dah tahu penipuan kau tu. Kalau tak, apesal sibuk tanya kenapa kami tak balik," balas Megat.
Safiyyah menjeling ke arah lelaki itu. Dia membalikkan tubuhnya ke arah lain. Sedikit sebanyak Safiyyah bersyukur kerana ini hari terakhir dia di sini. Dengan keputusan cemerlang P1 dan P2nya, Safiyyah yakin yang dia juga akan berjaya dengan P3. Dia tidak mahu lagi berhadapan dengan Megat mahupun Latif.
"Wah Cikgu Irfan naik Alpha Romeo la."
Terkebil-kebil mata Safiyyah melihat kereta mewah berwarna hitam yang berhenti di hadapan perkarangan dewan. Biar betul?!

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayang Cikgu, Sayang
Romansa[A Novelette] Kenapa setiap kali nak mengeratkan hubungan persahabatan, pernikahan yang dicadangkan? Apa tak boleh buat family day ke? Saya muda lagi la. Tak sempat enjoy pun lagi. Lepas tu hari pertama Form 6, kerja rumah dah bertimbun. Cikgu Irfan...