2

85 8 0
                                    

Irfan melangkah masuk ke pintu masuk bangunan Iris Co. Dia menyapa pekerja yang lalu lalang dengan senyuman seindah wajahnya. Sampai sahaja di ofis miliknya, dia meletakkan beg nya lalu menekan butang interkom.

" Rina, share my schedule now," katanya kepada PA nya.

Tidak lama, pintu pejabatnya diketuk.

"Masuk!" laung Irfan dari dalam.

"Selamat pagi Tuan Irfan, saya Aurellia Atherea, PA baru tuan," sapa Aurellia.

Irfan mengangkat wajahnya. Terpesona dia melihat wajah PA baru nya. Aurellia yang merasa kekok untuk terus berdehem kuat untuk menyedarkan Irfan.

"Oh, hello! Selamat datang ke Iris Co. Aurell boleh jelaskan jadual saya hari ni?" soal Irfan sambil berpura pura melihat komputer nya. Kekok lah katakan setelah ketahuan usha anak dara orang.

"Tuan tak ada acara penting hari ni. Cuma makan tengah hari bersama saya," kata Aurellia selamba. Irfan Harris terus tersedak air minumnya. Dia memandang wajah Aurellia yang kelihatan serius.

"Saya gurau je Tuan. Tuan free hari ni," balas Aurellia kemudian menunjukkan simbol peace.

Irfan hanya mengganguk kemudian menyuruh Aurellia keluar. Dia segera melonggarkan tie nya yang terasa ketat. Malu mak ai bila perempuan yang cakap macam tu. Manakala Aurellia di luar sudah menyumpah seranah bos baru nya itu. Macam bapak, macam anak. Suka hati je suruh orang keluar. Ye lah kemana tumpah nasi kalau tak ke muka Dato' Yazid.

***

Sedang Aurellia tekun membuat kerja, telefon nya berdering. Nama "Big Boss" terpancar di skrin telefon pintarnya. Ai, tak kan orang tua ni rindu dia kan? Geli.

"Hello bos,"

"Thea, macam mana keadaan Irfan?" soal pemanggil itu.

Aurellia hanya mengulingkan matanya ke atas. "Irfan okay je bos," kata Aurellia lalu melihat Irfan yang sedang tekun membuat kerja. Wow, handsome.

"Okay, pasti kan tiada satu calar pun dekat badan dia atau kau aku tembak," ugut Dato' Yazid lalu terus meletak telefon.

Aurellia mengeluh kasar. Rasa nak tampar orang tua tu! Geram yang geram sangat!

Dia menyimpan telefonnya ketepi lalu kembali menyambung tugasannya.

Setelah sekian lama berkerah otak, jam makan tengah hari pun tiba. Baru sahaja dia ingin membuat komputernya kepada mod tidur, meja nya diketuk seseorang. Dia memandang gerangan di hadapan mejanya.

"Saya bukan tak nak makan tengahhari dengan awak, tapi saya sibuk. Boleh tolong bungkuskan makanan?" soal Irfan dengan pandangan penuh berharap. Aurellia hanya mengganguk sebagai balasan lalu menunduk hormat.Dia mengmbil beg tangannya lalu beredar dari situ.

***

Pulang sahaja Aurellia dari membeli makanan untuk Irfan, dia dikejutkan dengan bunyi yang terbit dari pejabat Irfan. Dia segera meletakkan beg nya dimejanya kemudian bergegas masuk kedalam bilik Irfan.

Terkejut Aurellia apabila melihat Irfan yang sudah di lempar ke almari fail kerjanya. Dengan tangkas Aurellia menendang kepala lelaki yang telah melempar Irfan tadi. Aurellia segera menahan leher lelaki itu dari belakang namun dia pergerakkan nya terhenti apabila lelaki itu mencucuk lengan Aurellia dengan pisau. Pegangan Aurellia segera longgar lalu lelaki itu mengambil kesempatan melarikan diri.

"Tuan, tuan okay?" soal Aurellia lalu membantu Irfan untuk berdiri. Aurellia segera mendudukkan Irfan di sofa lalu peti kecemasan diambil. Pipi Irfan sedikit tercalar akibat terkena bucu fail sewaktu pergelutan tadi.

Selesai saja Aurellia merawat Irfan, Irfan segera memegang pergelangan tangan Aurellia. Dia membalikkan tangan Aurellia untuk melihat kesan torehan tadi.

"Jom pergi hospital," ajak Irfan lalu menarik tangan Aurellia. Aurellia menahan Irfan dari membawanya keluar dari bilik pejabatnya.

"Takpe tuan, sikit je ni. Hah, jap! Saya ambil makanan yang tuan pesan tadi," katanya lalu segera memboloskan diri.

Mati!Mati!Mati!

Itulah omelan Aurellia sepanjang berjalan ke mejanya. Pasti dia mampus kalau Dato' Yazid mendengar hal ini.

Baru sahaja dia sibuk mengenang nasib, telefonnya berdering.

Big Boss

Mampus!

****
[Vote & Comment]🥊
Hey hey! Konon lah sangat I banyak free time. Busy manjang guys.

Apapun maaf I masih kekok ye lah dah lama berehat so nak pickup speed tu lama gila.

Harap korang setia menanti kesudahannya hehe <3

Guardian AngelWhere stories live. Discover now