3

53 6 1
                                    

Buk

Satu tumbukan hinggap di pipi kirinya.

Buk

Satu lagi di pipi kanannya.

Bibirnya berasa amat sakit. Dia mengetap gigi dengan seerat mungkin untuk menahan rasa marah dan sakit.

"Memang tak guna! Aku cakap jangan ada satu calar pun dekat muka anak aku kan?!" jerkah si penumbuk. Dia segera menendang kepala wanita itu ke belakang. Aurellia segera berlutut dihadapan ketua nya dan dua tangannya dirapat.

"Maaf tuan, saya lalai." rayu Aurellia dengan wajah yang bersungguh-sungguh. Badannya sangat sakit akibat pukulan Dato Yazid membuatkannya terpaksa merayu kepada orang tua itu.

Sahutannya membuatkan Dato Yazid berdecit.

"Kali ni kau lepas. Kau ulang lagi perkara ni, badan kau makan peluru aku." ujarnya lalu berlalu keluar dari bilik itu.

Aurellia melorot jatuh. Kepalanya sangat pusing akibat tendangan lelaki tua itu. Sedang dia melawan sakit dibadan, telefon di dalam pocketnya bergetar.

Irfan

Ah sudah. Baru saja habis melayan karenah si bapak, anak pulak ingin menyambunng menggangu ketenteraman hidupnya.

"Hello tuan," sahut Aurellia. Pipinya yang sakit ketika bercakap dipegang seketika.

"Hello Aurell, saya telefon kamu sebab nak kamu datang ofis dengan segera. Ada hal yang perlu diuruskan," kata Irfan dalam talian. Aurellia meraup mukanya. Dia sebenarnya ingin ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Baik tuan. Saya pergi sekarang," dan talian terus dimatikan. Aurellia melangkah keluar dari bilik itu namun terserempak dengan Mikhail yang baru sahaja ingin masuk ke dalam bilik tersebut.

Dia segera menghampiri Aurellia lalu wajah Aurellia didonggakkan untuk melihat dengan jelas wajah Aurellia.

"Thea, kau okay ke?" soal Mikhail cemas. Sewaktu dia memegang dagu Aurellia, wanita itu mula mendengus kesakitan. Tangannya segera menepis tangan Mikhail dari wajahnya.

"Okay je, dah aku kena pergi bye," kata wanita itu ringkas lalu pergi meninggalkan Mikhail. Lelaki itu hanya mampu mengeluh. Haihla crush. Eh terlepas!

****

Aurellia segera mengunci keretanya setelah diletakkan di tempat khas meletak kereta. Dia berlari keatas kerana tidak ingin bos nya itu menunggunya lama.

Sebaik sahaja lif sampai di tingkat ofis Irfan, Aurellia segera memecut dan mengetuk pintu bilik itu.

"Yes Tuan, how may I help you?" soalnya sopan sambil tercungap-cungap nafasnya.

"Aik, kenapa sampai semput ni Aurell?" soal Irfan hairan. Rupa Aurell bagai dikejar hantu raya.

Aurellia hanya tersengih lalu menunjukkan simbol peace. Irfan segera menggelengkan kepalanya melihat balasan Aurellia. Ceh, macam comel. Eh?

"Hah ni, saya nak tanya. Esok schedule saya apa?" soalnya tidak bersalah.

Aurellia menggengam penumbuknya erat. Dia dah lah pecut dari markas ke pejabat yang jauh sejauh jauhnya hanya untuk Irfan tanya benda yang boleh di tanya melalui talian. Hello Dato
Yazid, anak hang ni orang zaman batu ka? Asal tak hantar merpati ke rumah kalau tentu bebal macam ni.

Aurellia segera menarik senyuman paksa. Dia jujur ingin menumbuk wajah dihadapannya ketika ini. Geram! Geram! Geram!

"Esok Tuan Irfan tak ada apa apa temu janji penting," katanya sambil menatap mata Irfan. Biar dia rasakan aura kemarahan yang keluar seperti laser dari mata Aurellia.

"Oh ok, terima kasih. Awak boleh balik, jumpa esok!" soal Irfan lalu kembali menatap skrin computernya.

Aurellia segera menunduk hormat lalu keluar. Ee! Geram! Rasa nak hempas pintu ni biar bos zaman batu tu tahu yang dia marah semarah-marahnya. Kesakitan di hatinya lebih hebat dari kesakitan di tubuh badannya.

Dia segera melompat geram dan mengigit-gigit bucu buku nota nya. Urgh!

***
Irfan hanya tertawa meliat reaksi Aurellia dari dalam ofisnya. Dia memang sengaja memanggil Aurellia atas tujuan remeh sebegitu. Kerana dia rasa lain. Dia rasa seperti ingin menatap wajah itu setiap saat.

Irfan segera menggelengkan kepalanya. Dia kemudian menutup skrin komputernya lalu mengambil blazernya untuk pulang ke rumah.

Saat dia membuka pintu, satu tumbukan hampir hinggap di wajahnya. Terbuntang habis matanya kerana terkejut dengan situasi itu.

Penumbuk kecil itu segera ditepisnya lalu dia berpeluk tubuh memandang wanita cantik ayu yang terpinga-pinga dihadapannya.

"Hehe saya nak ketuk pintu sebenarnya hahaha," kata Aurellia kekok. Kepalanya yang tidak gatal digaru sambil tersengih memandang wajah Irfan.

"Kenapa? Ada apa?" soal Irfan. Aurellia yang buntu terus membetulkan tali leher Irfan Harris.

"Ni ha tuan, tali leher tuan senget. Saya macam tak sanggup tengok tuan menjadi bahan jenaka masyarakat sebab tali leher senget. Jatuh prestasi syarikat tau," ujarnya kemudian berlalu ke mejanya.

Irfan hanya menggelengkan kepala lalu berjalan memasuki lif. Manakala Aurellia disisi menghentak kepala nya ke meja.

Apa bangang yang aku buat?

Lama lama dia tersedar pergerakkannya menyebabkan rasa sakit di pinggangnya. Dia segera mengangkat  sedikit bajunya lalu terlihat kesan lembam akibat sepakkan Dato Yazid.

Aurellia hanya mengendahkannya lalu kembali mengemas barangnya untuk pulang. Rasa sakit dibadannya ditahan kerana dia sangat lah malas untuk bergerak ke hospital.

Baru sahaja beberapa langkah, dia kini mendapat panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali. Dan lebih pelik apabila nombor itu menelefon ke nombor yang dia gunakan sebagai seorang agent.

Aurellia hanya mengangkat telefon itu tanpa bersuara.

"Hello, beri aku 3 minit dan nama Irfan Harris akan berawal dengan almarhum,"

***

Bilakah kali terakhir saya update😭 Fikir dah free rupanya makin busy😔
Tapi apapun I happy gila tengok comment section PC and BYT! Terharu sangat sangat sangat❤️❤️

Apapun, jom support buku ni dengan share, like and comment ah gitew🌹

Okay selamat membaca hehe <333

Guardian AngelWhere stories live. Discover now