7

62 2 0
                                    

3 bulan kemudian.

Sudah hampir 3 bulan Aurora Aurellia bekerja di bawah Irfan Harris. Dan sepanjang tempoh itu lah cinta Irfan Harris semakin memekar kepada Aurellia di dalam diam. Bunga dan coklat tak putus-putus diberikannya di dalam diam tanpa Aurellia mengetahui siapa pemberinya yang dikenali dengan inisial IH.

Irfan Harris termenung melihat komputer nya. Segala informasi yang terpapar di skrin hanya menjadi latar belakang untuk lamunannya.

"Should I? Should I not? Should I? Should I not?" soal nya dalam hati.

Tidak cukup dengan itu, kerusi kerja nya di pusing-pusing untuk menghilangkan kegusaran dalam hatinya. Pen nya diketuk-ketuk di atas meja sebelum dia mengambil keputusan untuk mengeluarkan sekeping kertas lalu mencoret beberapa tulisan.

Selesai sahaja surat itu ditulis, Irfan segera mengeluarkan sticker yang dibelinya sebelum masuk ke pejabat. Surat itu dipandang dengan penuh senyuman sebelum di sembur minyak wangi kesayangannya.

Matanya liar melihat keluar bilik kerjanya untuk memastikan individu tersebut belum lagi menghuni meja kerja nya. Irfan segera membawa surat tadi lalu diletakkan diatas meja individu tersebut. Dia segera berlari masuk ke dalam pejabatnya dengan terkinja-kinja.

Dasar budak baru jatuh cinta!

***

Telefon bimbitnya berbunyi sejurus sahaja dia meletekkan kenderaannya di pejabat. Aurellia segera mengangkat panggilan dari bos besar kecik besar kecik rasa nak tumbuk sikit.

"Malam nanti jumpa aku kat markas!" ujarnya lalu terus mematikan panggilan.

Ni bukan boss, ni babi.

Aurellia segera menenangkan rasa geram nya sebelum keluar dari kenderaannya. Hatinya dipenuhi dengan sumpah seranah terhadap bos babi nya yang menjengkelkan.

Sebaik sahaja dia sampai di meja nya, naik hairan Aurellia apabila melihat tiada bunga atau coklat menghiasi mejanya melainkan sepucuk surat yang dihiasi dengan sticker puny yang sangat comel dan gebu. Senyuman manis terbit di bibir sang gadis melihat kecomelan surat itu.

Dia segera meletakkan beg tangannya lalu duduk di kerusi sebelum membuka surat tersebut.

Hai si gadis yang cantik, jeng jeng jeng jeng,

Hai Aurellia,
Awak cantik bak bidadari,
Awak mentari yang menyinari siang saya,
Awak cahaya bulan yang menerangi malam saya,

Hehe puitis tak saya?

Awak mesti tertanya-tanya mana bouquet bunga awak hari ni kan? Yang hari ni saya bagi special sikit.

Saya nak bawa awak keluar dinner, jangan takut saya tak jahat! Saya cuma nak luangkan masa dengan awak tau!

So sudi tak? Kalau ya, awak datang je kat Marble 8 Steakhouse at 8pm okay?

See you there cantik!

Bakal imammu,
IH

Wajah Aurellia memaparkan riak kosong membaca isi kandungan surat tersebut. Kepalanya digeleng sebelum memasukkan surat itu kedalam beg tangannya.

Manakala Irfan Harris yang dari tadi gugup
menunggu reaksi Aurellia tatkala membaca
surat tersebut langsung kecewa. Ye lah, dah pihak sana bagai sudi tak sudi.

Tidak lama, pintu kerjanya di ketuk. Tau lah dia bahawa orang tersebut adalah Aurellia yang ingin menjalankan tugasnya.

"Masuk!" laungnya dari dalam dan dengan segera kelibat wanita itu masuk ke dalam pejabatnya.

"Selamat pagi tuan. Untuk makluman, hari ni tuan tiada apa apa agenda," ujar Aurellia lalu memandang wajah Irfan Harris.

"Okay, terima kasih Aurellia," arah Irfan Harris dan mengundang anggukan dari Aurellia.

Aurellia yang kemudian baru sahaja ingin melangkah keluar terus berhenti apabila namanya diseru.

"Malam nanti awak free tak? Saya nak bawak awak makan malam terus kita bincang tentang projek mega mall yang sedang berjalan," soal Irfan sambil ingin mengetahui jawapan Aurellia.

"Oh, saya ada urusan lain tuan, tapi saya akan cuba batalkan dan saya akan maklumkan kepada tuan ya," katanya resah. Haih, dah lah tu je chance dia nak tau siapa gerangan yang menghantar bunga kepadanya setiap hari.

Irfan semakin peka dengan perbincangan mereka. Dalam hatinya ingin tahu apa yang akan dia hadapi jika Aurellia menghadiri makan malam itu nanti.

"Kalau awak tak keberatan nak kongsi, urusan apa? Mana tau lagi penting jadi kita boleh tunda perbincangan kita ke hari lain," soal Irfan dengan cobaan untuk mengorek isi hati wanita pujaannya.

"Oh, tuan tahu kan perihal bunga yang selalu atas meja saya? Pemberi nya ajak jumpa so saya nak jumpa dia lah, nak tahu gerangan yang suka
menggangu ketenteraman saya," jawabnya polos. Haih la Aurellia, tapis la sikit!

Irfan terkedu.

Aurellia rasa dia menggangu ketenteraman dia
ke?

"Awak tak takut ke jumpa stranger? Kalau dia ada niat tak baik macam mana?" soal Irfan lagi. Iya lah, kalau yang kes macam ni, dia tak kesah sebab dia yang ajak. Bayangkan lelaki lain yang kita tak tahu niatnya sama sekali?

"I am tougher than you think I am tuan. So, do not worry ya," balasnya sambil tersenyum manis.

Seseorang tolong Irfan! Bagai senaman jantung ya kawan-kawan sekalian tengok senyuman manis sang Aurora Aurellia.

Dipenghujungnya Irfan hanya mampu membalas senyuman itu lalu membenarkan Aurellia untuk kembali ke mejanya.

Sebaik sahaja Aurellia keluar, wajah Irfan memerah akibat senyuman manis Aurellia. Tiber betul jantan ni!

Namun, senyuman nya kendur mengingati ayat Aurellia tadi. Dia harus membuat dinner tersebut special habis! Kot nya segera diambil dan segala barangannya dikemas masuk ke dalam beg kerjanya.

Kakinya segera melangkah ke meja Aurellia lalu permukaan meja tersebut diketuk untuk menyedarkan Aurellia yang fokus memandang skrin komputer dihadapannya.

"Yes tuan, apa yang saya boleh bantu?" soal Aurellia sambil memandang wajah Irfan Harris.

"I'll not be around for today so kalau ada urgent matter, tolong contact saya ya," ujar Irfan Harris lalu berlalu pergi.

Hatinya berdebar-debar memikirkan bagaimana ingin menjayakan misinya malam nanti.

Argh! Wish me luck guys!

***

Guardian AngelWhere stories live. Discover now