Irfan Harris merenung gadis itu dari luar ofisnya. Kelihatan wajah cantik itu terkadang berkerut dahinya dan menggaru kepalanya.
Mata cantik gadis itu setia memandang skrin komputer yang terpapar dihadapan wajahnya manakala mata sang jejaka tampan sibuk memerhatikan setiap inci wajah gadis itu.
Irfan terfikir tentang aksinya. Mengapa dia tiba tiba hendak menunggu pekerjanya menyiapkan tugas mereka sedangkan selama ini dia selalu pulang selepas sahaja tugasannya selesai.
Adakah kerana gadis itu seorang wanita yang patut dilindungi? Ataupun kerana gadis itu tanggungjawabnya sebagai seorang bos jadi dia harus tidak membiarkan gadis itu berseorangan di ofis?
Atau...
Dia sudah jatuh suka pada gadis itu?
Argh! Mustahil!
Tidak mungkin.
Dia bukan jenis yang mudah jatuh cinta kepada seseorang yang baru dikenali.
Sedang Irfan Harris melayan perasaan, dia tiba
tiba dikejutkan dengan sebuah ketukan di pintu.Pintu kemudian dibuka dari luar dan wajah Aurellia kelihatan memasuki bilik itu.
"Tuan, saya dah siapkan semua tugasan saya jadi saya dah nak pulang tuan," katanya kepada Irfan Harris.
Irfan hanya mengganguk lalu mengambil briefcase nya. Tangannya segera menggapai telefon bimbit dan kunci kereta di atas meja nya.
"Okay, jom balik," kata Irfan Harris lalu menolak bahu Aurellia keluar dari ofisnya.
Aurellia hanya terkebil-kebil perlakuan Irfan."Aik, kerja bos dah siap ke?" soal Aurellia pelik. Hanya anggukan yang diterima oleh Aurellia dari Irfan.
***
Sampai sahaja di tempat meletak kereta, Aurellia segera memandang Irfan lalu badannya ditunduk tanda hormat dan selamat tinggal.
Baru sahaja beberapa langkah, tangannya dipegang oleh Irfan. Aurellia mengangkat keningnya sebelah tanda hairan dengan pelakuan bos nya.
"Drive safe and take care hehe," ujar Irfan tersengih lalu dia segera berlari masuk ke dalam keretanya sambil menutup wajahnya.
Tercengang Aurelli dibuatnya melihat si bos dingin itu berperangai sedemikian. Entahla labu yang penting aku dapat rehat!
Manakala di dalam kereta, Irfan Harris mengipas wajahnya yang terasa panas. Malu gila dia setelah melakukan hal sedemikian. Pendingin hawa yang dipasang kuat itu tidak mampu menurunkan suhu panas wajahnya.
Irfan, kau betul-betul dah jatuh cinta ke dengan minah tu?
Irfan segera menggeleng kepalanya lalu menampar pipinya. Dia cuba untuk melapangkan fikirannya agar dapat memandu dengan selamat.
Brek tangan segera diturunkan lalu pedal minyak pun ditekan. Kereta mewah itu segera meluncur meninggalkan kawasan pejabat megahnya.
Di satu sisi pula, Aurellia sedang menunggu kereta Irfan untuk keluar. Inilah rutin nya iaitu mengekori Irfan sehingga Irfan selamat sampai ke rumah.
Pelik kan dunia. Wanita yang sepatutnya dilindungi telahpun diupah untuk melindungi. But we women zaman moden okay? Hidup berdikari gitu.
Baru saja beberapa kilometer dari pejabat, Aurellia sudah melihat sebuah van hitam yang mencurigakan keluar dari satu simpang setelah kereta Irfan melintas.
Tidak lama setelah mengekori mereka, Aurellia melihat satu tangan yang menghalakan pistol ke kereta Irfan.
Haiya para musuh sekalian, banyak nya budget kalian. Baru sebentar tadi rancangan memasang bom kalian gagal, sekarang dah ada plan baru?
Pistol yang diselit di tepi paha nya segera di ambil lalu jendela keretanya dibuka.
Bang!
Aurellia segera melepaskan tembakan kepada tayar kereta van dihadapannya. Van itu terus tersasar dan Aurellia segera memintas van tersebut.
Beberapa tembakan dilepaskan secara rawak kepada van tadi. Pihak musuh juga tidak kalah untuk melepaskan tembakan secara rawak kepada kereta yang telah menghancurkan plan mereka.
Bang!
Satu bahu tertanam di dalam bahu Aurellia. Aurellia mendesis sakit lalu menambahkan kelajuan keretanya mengekori kereta Irfan dari belakang.
Aurellia segera mengaktifkan ciri autopilot pada kereta nya. Mujur saja dia memandu kereta Genesis G80 nya untuk bekerja. Pistol segera ditujukan kepada bahagian enjin kereta pihak musuh lalu beberapa das tembakan dilepaskan hingga akhirnya kereta tersebut meletup.
Keretanya segera memperlahankan keretanya agar berjauhan sedikit dengan kereta Irfan agar Irfan and tidak menyadari kehadirannya yang mengikuti kereta Irfan sedari tadi.
Sebaik sahaja Irfan selamat sampai ke rumah, Aurellia segera memandu ke satu hospital di luar pekan.
***
Sebaik sahaja tiba, dia segera memegang bahunya yang berdenyut sakit. Kaki nya segera mengunci kereta lalu kaunter pendaftaran segera dituju.
"Selamat petang Cik Aurellia, sila masuk bilik 7" kata penyambut tetamu tersebut. Maklumlah dah berapa kali masuk ke hospital tersebut untuk rawatan segera akibat cedera.
Sebaik sahaja dia membuka pintu, kakinya terus diatur menuju ke kerusi yang disediakan. Bajunya segera di buka sedikit lalu ditujukan kepada doktor tersebut.
"Pergh, kau ni Aurel. Berhati-hatilah sikit! Asyik ada je luka kat badan kau ni! Badan ni kita nak lama pakai tau! Kau masih muda! Kalau luka lama belum sembuh, dah buat baru, macam mana nak sembuh total ni babe?" bebel Doktor Thalia.
Aish dia ni, orang dah lah tengah tahan sakit!
"Ish kau ni, cepat lah! Sakit tau!" marah Aurellia. Matanya dipejam saat luka nya dibersihkan.
Doktor Thalia sengaja menggosok dengan sedikit kuat. Biar! Biar Aurellia yang degil tu rasa kan sakitnya! Kita worried tau, ghisau!
"Kau fikir bahu aku bontot kuali ke nak sental kuat kuat?" soal Aurellia geram. Doktor Thalia hanya menayangkan senyuman sinis.
"Tu lah kau! Rasa kan!" ujarnya pendek lalu keadaan menjadi sunyi. Ye lah, dah kawan tengah tahan sakit. Kena tembak peluru hidup kot babe!
"Haih sampai bila lah kau biar kan si tua kerepot tu monopoli hidup kau macam ni?" soal Doktor Thalia sesudah dia melekat plaster di bahu Aurellia.
Aurellia hanya tetap diam. Apapun sebab nya, biarlah hanya mereka berdua yang tahu.
***
WAH! Setelah beberapa bulan guys! Author yang berjanji mempunyai masa lapang tiba-tiba sibuk giler!
Tapi takpe, kalau dapat sambutan kita kasi lagi satu update? Amacam?
Dont forget to comment & vote okay!🫶🏻🫶🏻
YOU ARE READING
Guardian Angel
RomanceAurellia Atherea, seorang ahli pasukan khas. Satu satunya perempuan yang diterima didalam pasukan itu. Dia terpaksa menyamar menjadi penolong peribadi kepada Irfan Harris, seorang usahawan muda terkenal. Irfan Harris, lelaki idaman malaya. Walaupun...