6

39 1 0
                                    

Ring..Ring..

Jam penggera itu segera dinyahaktifkan oleh Irfan. Dia segera mengambil tuala nya lalu berlalu ke bilik mandi.

Wah tak pernah-pernah si Irfan Harris Dato' Yazid bangun pukul 6 pagi.

Selesai mandi, dia segera menunaikan ibadah dan kemudian mencari baju kerjanya. Semua jenis tali leher, kemeja dan blazer kegemaran nya dikeluarkan dari almari.

Kalah anak dara, si anak teruna mengambil masa 30 minit untuk mencari baju. Dia segera menggosok baju tersebut lalu memastikan tiada satu pun kedutan tersisa di bajunya.

Irfan kemudian bergerak menuju ke cermin lalu sedikit pomade dicalit ke tangan. Rambutnya digaya semacho yang dapat di gaya kan oleh seorang jejaka.

Minyak wangi keluaran eksklusif nya juga di rasmikan nya pada pagi itu. Sepanjang proses mendandan diri, senyuman manis tidak lekang terlakar di wajah tampan Irfan Harris.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, brief case nya diambil lalu dia bersiul gembira menuju ke ruang makan.

"Amboi amboi, anak papa! Bukan main gembira lagi ye kamu?" soal Dato' Yazid yang sedang menikmati sarapan pagi. Datin Amira pula hanya tersenyum melihat perangai anak terunanya. Irfan hanya tersengih lalu segera mengambil tempat di meja makan.

"Saja pa, nak mula kan hari dengan positif!" katanya lalu mencicip sarapan. Setelah selesai, dia segera bersalaman dengan kedua ibu bapanya.

"Eh, awal jalan harini Fan?" soal Datin Amira.

"Ha ah ma, banyak projek besar sekarang," jawabnya lalu berlalu pergi. Heh, banyak projek lah sangat!

Sebaik saja kereta nya dihidupkan, dia segera memandu ke suatu tempat.

Sampai sahaja di tujuan, Irfan segera mengunci kereta lalu pintu tempat itu dibuka. Bau-bauan bunga menusuk ke rongga hidung Irfan.

"Hello miss, may I please have one bouquet of red roses please? The prettiest bouquet you have in here," ujarnya.

Matanya juga turut diliarkan di kawasan kedai takut jika ada pekerjanya disana.

Selesai sahaja membuat pembayaran, Irfan memegang erat gubahan bunga tersebut lalu kembali kedalam keretanya. Kad dikeluarkan lalu ditulis sesuatu kedalamnya.

Jantungnya berdegup semakin laju memikirkan reaksi si penerima. Pipi nya terasa kejung akibat senyuman yang terukir dari tadi lagi.

"Harap dia suka hehe!" katanya memberi semangat kepada diri sendiri lalu segera memandu ke bangunan pejabat nyaz

Sebaik sahaja tiba, dia segera memastikan tiada siapa pun yang sudah tiba di bangunan pejabat.

Dia segera masuk ke dalam lift lalu menuju ke meja Aurellia. Bunga tersebut diletakkan di atas meja Aurellia lalu dia segera turun kembali ke bawah.

Kereta nya dipandu semula keluar dari bangunan pejabat. Bagus kan Irfan? Taknak kantoi bahawa dia yang memberi bunga kepada Aurellia.

Irfan segera memandu sambil membuang masa berjalan-jalan melihat pemandangan pagi. Haih la Irfan, kau memang angau gila!

****

Tiba sahaja Aurellia di pejabat, dia dikejutkan dengan kehadiran sejambak bunga mawar merah di atas mejanya.

Lah, tak pernah-pernah seketul Aurellia diberi bunga.

Dia segera meliarkan pandangannya untuk melihat reaksi rakan-rakan setugasnya namun semua bagaikan tidak tahu sama sekali mengenai hal itu.

Aurellia segera duduk lalu bunga itu dibelek. Tiba-tiba sekeping kad terjatuh dari bunga tersebut.

Awak, awak tahu tak kenapa gunung Kinabalu tinggi?

Sebab awak comel!

-IH

Lah, kesiannya.

Buat soalan pun, sendiri tak tahu jawapan nya.

Aurellia kemudian menghidu bau bunga tersebut. Sebuah senyuman terukir di bibirnya. Gadis mana yang tak suka diberi bunga? Sedang kan gadis palsu pun suka, ini kan gadis tulen?

Sedang sibuk dia mengamat-amati bunga itu, sebuah ketukan diberikan dimejanya. Dia segera mendongakkan kepalanya untuk melihat gerangan itu.

Kelihatan wajah kosong Irfan Harris menyapa pandangannya.

"Haih, untung lah orang itu diberi bunga," kata Irfan Harris bersahaja. Dia kena tunjuk cool, kena jual mahal konon. Tapi dalam hati , nak je Irfan lompat macam orang gila sebab Aurellia menerima dengan baik pemberiannnya.

"Ha ah bos, tapi kesian, pemberi nya kurang cerdik. Cuba bos baca kad ni," kata Aurellia tanpa menyedari inisial pemberi bunga.

Wajah Irfan tiba tiba memerah. Ye lah, dah crush panggil tak cerdik, macam mana lah tak malu 10 keturunan.

"Haih, bodoh nya nak buat pickup line lapuk macam ni! Sedih betul!" katanya memperli diri sendiri dan Aurellia hanya mengganguk setuju.

Irfan segera berlalu masuk kedalam pejabatnya lalu komputernya dibuka. Aplikasi Chrome terus diketik.

"Pickup line modern yang buat perempuan cair gila"

Search!

Ma! Pa! Inilah maksud projek besar Irfan tadi sebenarnya! Projek memikat hati Aurellia! Hehe semoga Irfan berjaya!

***





Lah tiber! Maaf kalau sweet dia tak kick sebab genre author kalau bab sedih mungkin boleh bincang.

Maklumkan kita kan single takde orang nak buat romantic punya action🥲

Tapi apapun, nikmati saja shay!

Comment & Vote jangan lupa ya semua! Ni janji I double update🫶🏻🫶🏻

Guardian AngelWhere stories live. Discover now