1

309 9 1
                                    

Seorang wanita kelihatan sedang belatih bersungguh-sungguh dengan meninju punching bag yang disediakan. Peluh yang menitik ke dahi diabaikan tanpa sempat di tepis.

Kelihatan ahli-ahli lain juga sedang memberikan sepenuh tenaga dalam sesi latihan kali ini.

"Gather!" jeritan garau seseorang bergema di ruangan itu membuatkan segala bunyi yang ada tadi segera lenyap.

Gadis itu menghampiri si pemberi arahan sebentar tadi dan berdiri bersama-sama dengan ahli-ahli yang lain.

" Mission dari atasan. Kes cubaan import dadah. Serbuan jam 1 pagi hari ini dan yang terlibat adalah kumpulan Alpha" kata jejaka berbadan tegap yang dikenali sebagai Ben.

"Dadah tersebut akan diberi panggilan koko bagi misi kali ini. Koko tersebut akan di hantar melalui udara dan akan mendarat sekitar jam 1 pagi. Koko dihantar menggunakan jet peribadi Dato' Rayyan"

Kelihatan ahli-ahli kumpulan Alpha mengeluh. Ia lah, mereka baru saja selesai melakukan misi semalam dan tidak mempunyai masa untuk beristirehat.

Aurellia Atherea yang merupakan ahli gadis tunggal bagi pasukan khas itu mengeluh. Dia pun nak rehat kot!

"Thea, macam biasa, Dato' suruh Thea untuk jadi ketua dan juga merancang strategi untuk ni. Sila hantar kertas cadangan sebelum 7 malam kepada Dato'." ujar Ben ringkas lalu berlalu pergi.

Aurellia sudah menyumpah dalam hati. Apa sakit kepala ke orang tua tu suruh hantar dalam masa kurang 12 jam? Aurellia segera melepaskan boxing glove nya lalu pejabatnya dituju.

Komputer ribanya terus dibuka dan dia mulai mencari strategi untuk menjayakan misi pada hari esok. Sungguh hati nya sangat sakit! Sudah lah belum makan dari pagi, ni kena over time pula. Geram!

***
Irfan mengosok kasar matanya. Dia melihat jam di dinding. 9 malam.

Irfan mengeluh. Tidak dia sangka dia sudah terlewat untuk pulang. Segala fail-fail di depannya dipandang sekilas lalu dia mengambil beg kerja nya dan beredar untuk pulang.

"Selamat malam tuan, lewat pulang hari ni?" sapa pengawal yang bertugas di situ.

" Iya pakcik, dah terlalu tekun buat kerja tak ada masa dah nak tengok jam," balasnya ramah. Pakcik pengawal itu hanya membalas dengan senyuman lalu menunduk hormat.

Irfan memandang keretanya yang jauh di mata dekat di hati. Menyesal merendah diri konon taknak letak kereta di tempat khas nya.

Baru sahaja dia ingin masuk ke dalam kereta, dia terpandang kertas yang di letak di tengah wiper kereta nya.

Mati

Hanya itu yang di tulis di atas kertas A4 tersebut. "Membazir kertas betul orang ni! Tak sayangkan bumi ke?" soalnya dengan geram.

Dia pun menarik pemegang pintu keretanya untuk masuk kedalam. Tiba-tiba ada satu surat yang dilipat kecil jatuh dari keretanya itu. Dia segera mengambilnya lalu membaca isi kandungan tersebut.

Woi bangang, kau ada 5 saat untuk lari dari kereta kau.

Irfan segera berlari jauh dari keretanya namun tidak lama kedengaran bunyi letupan besar terdengar di belakangnya.

Dia mengenggam erat penumbuknya. Sial! Habis kereta Audi nya terbakar. Pocket nya bergetar. Irfan melihat nama pemanggil yang muncul di skrin telefonnya. Unknown.

Guardian AngelWhere stories live. Discover now