4

74 6 0
                                    

"Hello, beri aku 3 minit dan nama Irfan Harris akan berawal dengan almarhum,"

Shit!

Aurellia segera berlari ke pintu tangga kecemasan. Pinggangnya yang lebam dipegang untuk menahan rasa sakit yang semakin menyucuk.

"Bodoh punya bangkai! Apa kena dengan hari ni semua menyusahkan aku!" getusnya sambil belari menuruni tangga.

Aurellia melompat turun melimpasi beberapa anak tangga untuk mencepati masa. Namun, dia tidak sangka tindakan nya itu berpenghujung dengan rasa malang. Dia akhirnya terlepas satu anak tangga dan jatuh bergolek.

Bodoh punya tangga!

Pinggang yang sudah sedia lebam semakin menjadi-jadi sakitnya. Dia mengerling jam tangannya seketika untuk melihat kiraan masa yang dikatakan oleh si bangkai disebalik talian.

1 minit 59 saat.

Dia akhirnya bangun dan meneuskan lariannya. Sampai di anak tangga terakhir, Aurellia segera mengambil menghidupkan keretanya lalu memandu ke arah kereta Irfan yang berada selang beberapa buah darinya.

Dia melihat Irfan yang sedang leka bermain telefon di luar keretanya. Aurellia terus menghentikan keretanya lalu menarik tangan Irfan masuk ke dalam kereta Aurellia.
Aurellia merasakan jam pintar nya bergetar menunjukkan tanda  kecemasan. Jam yang diberikan agensi nya merupakan satu jam dengan teknologi terkini yang mampu mengesan bahan-bahan berbahaya dan bahan letupan.

"Eh?!" getus Irfan. Tanjat boboi dia apabila tangannya terus ditarik kedalam kereta di tempat pemandu.

"Tuan, cepat drive jauh sikit dari bangunan ni! Jangan banyak soal just do it! And please comeback in around 5 minutes," kata Aurellia gusar lalu meninggalkan Irfan.

Kereta Irfan segera dibuka dan bom itu dicari. Dia meraba dibawah seat lalu menemukan satu bom kecil diletakkan di bawah tempat duduk pemandu.

Aurellia segera mengambil bom itu lalu melihat timer yang tertera di atas bom tersebut.

00:00:30

Dia segera mencari wayar untuk menyahaktifkan bom tangan itu. Memang perancang plan ini telah meneliti rancangannya dengan baik kerana wayarnya nyahaktif bom itu terletak dekat dengan wayar aktif.

Aurellia dengan sedaya upaya mencuba untuk mematikan bom itu. Sekarang, sama ada bom itu mati atau dia dan orang disekitar kawasan ini yang mati.

00:00:10

00:00:09

00:00:08

Bom itu akan segera meletup! Aurellia yang merasa tertekan dengan pantas memotong wayar yang dirasanya betul. Dia sudah bersedia jika bom itu meletup ditangannya.

00:00:07

"Shit!" carut Aurellia.

00:00:06

Tangannya masih ligat mencari cara.

00:00:05

00:00:04

Setiap wayar yang ada di bom itu dilihatnya dengan teliti.

00:00:03

00:00:02

00:00:01

Pap! Tangannya dengan pantas memotong wayar yang berada di belakang timer tersebut.
Sungguh licik fikiran si pemasang bom. Dia sengaja menukar warna lapisan wayar untuk mengelirukan mereka.

Aurellia terus terbaring di tar jalan raya itu. Lemah lututnya apabila dipaksa untuk berhadapan dengan situasi sedemikian.

Satu panggilan masuk ke telefonnya.

"Kau nak apa pengecut?" soal Aurellia kasar. Kalau orang disebalik talian ini ada di hadapannya, pasti akan dia campak ke laut.

"Heh, pandai jugak kau eh perempuan! Tapi takpe, kau hancurkan satu rancangan aku. Aku ada seribu lagi yang aku belum cuba," kata lelaki itu lalu menutup talian.

Aurellia menggengam penumbuknya. Dia pasti apabila satu hari dia bersemuka dengan lelaki itu, dia pasti akan mencarik carik wajah lelaki bodoh itu.

Pit! Pit!

Bunyi hon kereta itu meragut lamunan Aurellia. Kelihatan Irfan datang kembali membawa keretanya.

"Hah, awak perlu jelaskan semuanya!" kat Irfan sambil keluar dari kereta.

"Nanti nantilah tuan, saya letih hari ni," katanya lalu memasuki tempat pemandu. Aurellia kembali memarkirkan keretanya lalu berjalan kembali ke pejabat.

"Eh! Awak belum balik ke?" soal Irfan hairan.
Aurellia segera meraup mukanya. Dia dah lah geram, kerja belum siap dan ni satu hal nak tulis report untuk ketua bapak singa naga harimau di agensi.

"Belum tuan, saya belum siap kerja," katanya lalu kembali berjalan melintasi Irfan.

Baru sahaja pintu lif ingin tertutup, ada satu tangan yang tiba-tiba menghalang membuatkan Aurellia mendongakkan wajahnya. Wajah Irfan yang tersengih-sengih masuk lif membuatkan Aurellia tercengang.

"Aik, bukan tuan dah nak balik ke?" soal Aurellia sambil memandang wajah Irfan.

"Ha ah, tapi takkan la saya biarkan PA saya berseorangan di ofis. Lagipun kalau saya balik awal, bosan jugak," ujarnya panjang lebar. Aurellia hanya mengangkat bahu tanda tak kesah dengan tindakan Irfan Harris.

****

Hah! Saya kembali! Kesian kan lepas nak satu bulan baru dapat ilham. Konon sangat haritu free.

Tapi apa pun enjoylah cerita tak seberapa ni hewhew.

Guardian AngelWhere stories live. Discover now