S u g a r b o o
'Once upon a time,
Our soul apart but our lips collide—'🕊️
KELOPAK mataku pantas terbuka. Terasa panas yang menyelimuti tubuh, walaupun dingin malam meniup angin bayu di luar sana.
"Ah, panasnya!"
Pantas aku bangkit dan rambut yang lepas bebas aku ikat gaya bun. Rintik peluh di dahi aku sapu menggunakan lengan. Tekak yang terasa kering menggamit aku untuk menapak keluar dari bilik.
Kaki ku tuju ke dapur dan air aku tuang ke dalam cawan. Punggung aku labuhkan di kerusi. Lambat-lambat air aku teguk,
Dan leka aku mengelamun. Ligat otakku memikir cara untuk cari duit, kipas berdiri di bilikku sudah rosak. Di tambah pula dengan barangan dapur yang cukup-cukup sahaja untuk bulan ni. Memikirkan ibu yang kerap jatuh sakit kebelakangan ini, aku semakin rungsing.
Terdengarkan sayup-sayup bacaan alunan al-quran. Aku segera bergerak ke bilik ibu. Seperti biasa, rutinku jika tersedar tengah malam ibu pasti akan terjaga untuk qiamulail. Perlahan-lahan pintu bilik ibu aku buka. Belakang badan aku sandarkan di muka pintu, lengan naik berpeluk tubuh memerhatikan tubuh tua itu.
Sesekali batuk kecilnya menerjah halwa telinga.
Sedari aku kecil hingga sekarang—
Rutin ibu tidak pernah berubah. Bangun awal pagi untuk berniaga. Hari-hari akan tidur lewat untuk qiam. Bibirku terjungkit, aku tak tahu apa yang ibu harapkan. Sepanjang hidup aku membesar di pondok buruk ini. Dan tiada apa yang berubah, kehidupan kami masih daif.
"Ibu tak penat ke macam ni selalu?" Soalku.
"Ibu doa, ibu solat, ibu mengaji. Tapi hidup kita masih sama, tiap-tiap hari ibu macam ni. Warak,"
Jeda.
"Kita tak ada perubahan pun ibu, tak ada apa yang boleh bantu kita. Even suami yang ibu sanjung tu pun! Takkan ibu tak rasa menyesal, kita sendiri yang kena berubah jangan nak harapkan doa yang tak pernah jalan tu..."
Ibu beristighfar.
"Abel penat hidup macam ni," Keluhku.
Tanpa mengendahkan ibu. Aku berlalu pergi ke bilikku semula. Aku tidak tahu sejak bila terjadi, tapi yang aku tahu. Aku tidak lagi bergantung pada DIA. Aku mula nekad untuk meninggalkan segala perintah-NYA. Kerna dari apa yang aku lihat, susah-payah ibu tidak pernah ada balasannya. Ibu terlalu baik, tapi bapa aku sendiri tidak pernah hargai. Malah dibuat seperti sampah.
Pergorbanan atas apa yang dilakukan, semuanya sia-sia.
Aku tidak mahu hidup aku juga berakhir seperti itu.
DERUMAN motor dari kejauhan berjaya membuatkan aku menoleh. Langkahku terhenti bila sebuah Kawasaki hitam berhenti di depanku. Helmet full-face yang dipakai membuatkan alis mataku bertaut rapat. Cuba mengintai figura tersebut walaupun aku tahu, sedikit biasan pun tak terlihat.
Semerta, visornya dibuka. Menampakkan wajah lelaki paling jelek pada abad ini, lihat rautnya saja sudah cukup untuk buat aku badmood. Belum sempat aku berlalu, keliling aku sudah dipenuhi dengan geng jughead yang lain. Mereka turut mengelilingi dengan motosikal masing-masing. Seolah berpakat.
YOU ARE READING
S u g a r b o o: Perempuan Milik Hans
Romance• Darkling trilogy volume 2 (Novel melayu) He came with full package, but got rejected because of one reason. . . "Spend a night with me, and 1 million will be yours-" Thus, she's become his candy girl for a dating companion. Warn: May contain toxi...