4 | She's mine

2.3K 296 34
                                    


S u g a r b o o


'Once upon a time,
Our soul apart but our lips collide-'

🕊️

🕊️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


TIN botol air bikarbonat itu dilempar ke rumput. Aku ketap gigi, menatap geram pada lelaki paling tak bertamadun dekat dunia ni.

"Aku tak suka air ni, belikan aku air lain."

"Tadi kau sendiri cakap haus kan? Lain kali bagitahu lah nak air jenis apa." Aku membentak.

Hans hanya senyum sungging. "Tadi lain, sekarang lain. Now aku nak air baru."

"By the way, aku nak kau beli lima jenis potato chips. Lima jenis coklat, dan lima jenis chewing gum."

Penumbuk aku kepal. Kalau ikut hati, dah lama penumbuk aku melayang dekat muka dia. Tak guna. Aku tahu dia memang sengaja! Dari hari pertama lagi aku dah kena buli macam ni.

Nafas aku tarik.

"Cuma seminggu saja Abel, lagi lima hari lagi." gumamku.

Aku berpaling semula. Menuju ke kafeteria, saat terserempak Hasya. Aku melambai tapi Hasya seakan mengelak dariku, terus sahaja berlari pergi.

Berkerunyut dahiku memerhati Hasya yang serba tak kena.

"Hasya," teriakku.

Langkah kaki segera mengejarnya. Lengannya aku tahan. "Kau kenapa main hide and seek dengan aku?"

Dia tertunduk. "Aku... aku malulah nampak Damien. Aku tak tahu nak sorok muka dekat mana."

"Sudahlah sebab aku, kau kena jadi servant Hans."

Aku berdecit. "Dia akan tetap cari cara untuk buat aku jadi servant dia. Well said, dia mesti rasa tercabar sebab aku tampar dia hari tu."

"Kalau dia nak buli aku, aku tak kisah. Aku boleh lawan balik. Aku cuma risau kalau kau yang kena dengan dia orang Hasya. Kau satu-satunya kawan aku,"

Melihatkan Hasya yang bersembunyi di belakang tubuhku, aku segera berpaling. Bola mata aku putarkan saat geng jughead mendekati kami.

"Perigi cari timba pun ada dekat sini," Leo mengejek.

Entah kenapa aku rasa mamat Arslan ni lebih sudu dari kuah. Sudahlah nickname tak sesuai langsung dengan nama islamiknya itu.

"Aku suruh kau beli air, bukan bergosip dekat sini." Hans mengujar.

Aku tayang muka jengkel.

"Dah alang-alang kau ada dekat sini, apa kata kau pergi beli sendiri? Oh, lupa. Kau jenis anak manja, dekat rumah mesti orang panggil intan payung kan?" Aku jungkit satu kening.

S u g a r b o o: Perempuan Milik HansWhere stories live. Discover now