1 | She's forbidden

3.3K 309 16
                                    


S u g a r b o o

'Once upon a time,
Our soul apart but our lips collide-'

🕊️


.

ORANG kata, lelaki dan wanita sememangnya ditakdirkan bersama. Tapi selagi aku bernyawa, aku takkan sesekali perjudikan nasib pada lelaki. Lebih-lebih lelaki seperti mereka.

Dari jauh, halwa telinga terdengar catcalled dari mereka. Siapa lagi kalau bukan geng jughead itu.

Siulan-siulan nakal yang membuatkan siswa di sini mengalami gelodak ovari.

Aku berpeluk tubuh memerhati mereka yang sedang melepak di bawah pokok. Tempat kebiasaan mereka.

Ugh!

Menjengkelkan sungguh.

Kalau dah namanya lelaki memang pantang nampak wanita, pantang ada peluang.

Sedar tidak sedar, bibirku terherot sinis.

Saat aku melintasi mereka, raut wajahku terbias tidak senang. Sejujurnya, aku tidak selesa berjalan di hadapan lelaki. Lagi-lagi yang berkelompok seperti itu.

Tapi disebabkan tidak mahu menampakkan yang aku ini lemah, aku mencipta benteng tersendiri.

"Shh..."

"Hans, look what you got-"

Segera aku berpaling. Kening berkerunyut garang. Hujung mata menjeling tajam.

"Kau cantik Abel, tapi sayang sombong sangat..."

Entah suara siapa yang memecah hening. Yang pasti, salah seorang ahli dari mereka. Langkahku terhenti, kornea mata masih memerhatikan mereka.

Raut wajahku kekal sama. Tiada segarit senyuman.

Saat ini, secara tidak sengaja renunganku berlabuh pada figura lelaki yang bersandar di batang pokok. Dia berpeluk tubuh.

Matanya menatap tajam. Seolah helang yang memerhati mangsa, sentiasa dengan mysterious gazenya itu.

Ah, lelaki itu.

Lelaki yang sama aku tampar kelmarin.

"Kau ingat kau hot sangat ke?"

Sekali lagi, salah seorang dari ahlinya bersuara. Dan sekali lagi, mysterious gaze itu menatap aku tanpa berniat untuk berkalih.

Tidak tahu apa yang difikirkan dan aku juga tak mahu ambil tahu. Hanya cuma, renungannya sedikit mengangguku.

"Are you miss universe? "

Keningku bertaut dengan soalan lelaki yang mengunyah chewing gum sedari tadi.

"Mungkin dia fikir macam tu, dia demand. "

Mereka tertawa. Ya, hanya lelaki bersandar itu masih statik merenungku.

Indifferent.

"She's forbidden,"

Sepi. Tawa jughead serta-merta henti,

Aku beranikan diri membalas renungan dia. Wajah bekunya juga tidak berubah. Tuturan dia benar-benar buat impulsku keliru.

Bingung.

Malas mahu melayan, aku hanya mengangkat bahu sebelum beredar pergi. Tapi baru beberapa langkah menapak, langkahku dihalang mereka.

"Woah. Not so fast,"

Aku berdecit.

"Tepi lah," gesaku.

Tak gentar, mereka hanya tertawa.

"Hans ada perhitungan dengan kau,"

"Like I care? " Sinisku.

Aku mahu meneruskan langkah. Tapi mereka lebih ramai, malah kelilingku dikepung seakan bentuk bulatan.

Retina mata hanya memerhati Hans yang menapak ke arah kami. Lebih tepat, ke arahku.

Aku terkerdip bila Hans kini berdiri tepat di depanku.

"I'll offer you to be my servant," jeda.

"One week."

Keningku bertaut. Bukan aku sahaja, malah gengnya juga memandang pelik.

"Sekejap,"

"Eh Hans bukan kau nak jadikan dia next target? "

"Jadi servant atau target aku? You choose, girl."

Hans tayang senyum gremlin. Kedua tangannya masih berada di dalam poket.

Aku masih kebingungan.

He's totally not a good guy.

Siapa yang cari pasal dengan kumpulan mereka, pasti akan menjadi target.

Iaitu dibuli.

Tapi, tawaran apa yang dia maksudkan?

Tentang mereka, ini yang sering aku dengar. Mereka dikenali sebagai jughead,

Berbeanie dan menampakkan sedikit juntaian rambut di bahagian depan mereka. Terkadang terlihat sama seperti Cole Sprouse di dalam siri popular Amerika, riverdale.

Penuh berani, iris mata kelabu itu aku tatap.

"Who do you think you are, Tengku Hans Ilee?"

Retina mata bersabung lama.

Hujung bibir Hans terjungkit, gelak kecil terletus dari bibirnya.

"Unexpected," ujarnya.

"Kau tahu nama aku."

Anak mata aku julingkan ke atas. "Siapa tak kenal geng jughead dekat sini, kau orang punya jahat tu satu kampus tahu." Mudah aku membalas.

Kalau tak sebab Hasya, aku tak akan kenal pun ahli-ahli mereka.

"Atau sebenarnya kau yang nak bagi aku surat cinta tu?"

Kening berkerut. "Eh, tolong jangan nak perasan. Bagi percuma pun aku tak mahu." Bidasku.

"Good then," komennya dengan senyuman senget.

Aku kembali menatap bengang pada Hans. Semua berpunca daripada lelaki itu, kalau dia tak provok dan malukan Hasya. Aku tak akan tampar wajah tak guna dia tu.

Dan sekarang ini, aku jadi tahanan mereka.

Dipersalahkan.

Dan diberi dua pilihan untuk dihukum.


S u g a r b o o: Perempuan Milik HansWhere stories live. Discover now