9 | Mr. Rich Man

242 40 12
                                    


S u g a r b o o


'Once upon a time,
Our soul apart but our lips collide-'

🕊️



SEPERTI yang diduga. Sepanjang cuti sem, Hans hadir di kedai tempat aku bekerja sekali lagi. Menunya masih sama, dan dia masih memerhatiku dengan renungan helang miliknya itu.

He had the most intense stare i've seen.

And it makes me sick.

Sampaikan aku rasa mahu cucuk saja kornea matanya itu! Setiap renungannya benar-benar menganggu.

Walaupun aku cuba abaikan kehadirannya, aku tetap tak boleh menghalaunya sesuka hati kerana dia tetap merupakan pelanggan hinggakan dia boleh digelar sebagai regular customer. Bila sudah larut malam, dan tiada pelanggan lain yang muncul. Aku hanya mengemas apa yang patut untuk bersedia bertukar shif.

Nasib baiklah, Adira sudah berhenti kerja. Kalau tidak, entah ayat perli apa yang akan keluar dari mulutnya. Lagipun, bukan aku minta untuk Hans menyibuk di sini.

Hening.

Jam di skrin telefon aku lihat. Sudah tiba masa untuk aku pulang, tapi batang hidung Fauzan masih tak terlihat.

"I wonder," Hans bersuara.

Aku angkat wajah, mengerlingnya.

"You always act so tough. Feisty, but this is what you really are."

Aku tak tahu itu pujian atau kutukan.

Aku masih mengunci mulut.

"Stop ignoring me, Salsabila." Suaranya makin keras.

Sudah tentulah dia panas hati, sudah seminggu dia kekal begini tapi aku masih melayannya acuh tak acuh. Seakan dia itu halimunan.

Satu kening aku jungkit. Aku mula berpaling memandangnya.

"Ya memang ini hidup sebenar aku. Poor and pathetic."

"Jadi, kau seronok perhatikan aku yang penuh kemiskinan ini?"

"Are you having fun Mr. rich man?" Sarkastik.

Hans diam tidak membalas. Dia bangkit tapi belum sempat membuka mulut, pintu ditolak dari luar.

Ting!

"Abel, sorry aku lambat. Ada hal sikit tadi." Gopoh Fauzan melangkah masuk.

Hans hanya melihatku sejenak sebelum beredar keluar. Nafas lega aku tarik.

"Mamat tu lagi? Dia ada kacau kau ke?"

Aku menggeleng. "Biarlah dia, mungkin depressed." Ujarku.

"Tengok gaya dia macam orang senang, kenapa tempat ni juga yang dia nak lepak?" Bebel Fauzan.

"Apa-apa pun kau kena hati-hati sikit. Mana tahu dia itu stalker ke apa, bahaya."

Aku hanya mengangguk saja mendengar pesanan Fauzan.


SELESAI bekerja, beg aku capai dan tangan aku lambai kepada Fauzan. Lambat-lambat aku menolak pintu dan tepat jangkaanku. Dia tetap berdiri di balik dinding itu. Wajahnya yang tertunduk merenung kasut terus tegak kala menyedari kehadiranku.

S u g a r b o o: Perempuan Milik HansWhere stories live. Discover now