S u g a r b o o...
'Once upon a time, our soul apart but our lips collide...'🕊️
.
KEDUA jemariku saling menyatu. Retinaku tidak henti menatap figura yang mendapat perhatian wanita sedari tadi. Walaupun keriuhan suara di sekelilingnya, dia masih seolah tidak peduli. Tiada segaris senyuman menghiasi wajahnya.
Kala terpandangkan aku, langkahnya terhenti dan satu keningnya diangkat sebelah.
Tergemap.
Aku sedar, dia merenung pelik melihat aku yang perlahan-lahan menuju ke arahnya.
Wanita di sekelilingnya diminta pergi. Kini, aku berdiri berhadapan dengannya. Hanya kami berdua dan lidahku seakan kelu. Bagai tersekat suara di kerongkong.
Anak mata kami saling bersabung. Seolah pertandingan melawan mata yang menanti pihak lawan untuk mengaku kalah.
Melihatkan tiada tanda darinya, pantas aku mengalihkan wajah ke sisi.
"I need your help,"
Jeda.
"What for? " Disoal tidak bernada.
"Duit..."
Sepi. Tindak balasnya yang pasif membuatkan aku menoleh terhadapnya kembali. Menyedari, seluruh renungannya berlabuh di wajahku.
"Kau ada masalah? Dan kau terfikir untuk cari aku?"
Aku menyepi. Sedar akan sarkastik lelaki di depan ini, aku yang menghalaunya daripada mengangguku minggu lalu. Kini, datang kepadanya meminta bantuan. Sungguh, hanya dia yang menjelma di benak.
"Aku perlukan duit,"
"Aku terdesak Hans..."
Ditatapku tanpa niat untuk berkalih. Lama. Kedua tangannya kekal di kocek seluar. Tubuhnya yang tinggi lampai memaksaku untuk mendongak.
"Come,"
Pantas dia berpusing dan menapak pergi. Membiarkan aku yang setia memerhati. Di separuh jalan, langkahnya terhenti. Wajahnya ditoleh sipi. Memperlihatkan sisi wajah kirinya.
"Tunggu apa lagi?"
Aku terkebil.
"Ikut aku,"
Mahu tidak mahu, aku terpaksa mengekori dia dari belakang. Hanya berkeadaan begini hingga tiba di fairlady miliknya.
Tanpa sebarang ujaran, pintu kereta dibuka untukku. "Masuk,"
Tidak boleh tidak, aku akur mengikuti. Saat membolos ke dalam perut fairlady. Aku memerhati Hans yang turut melangkah ke dalam.
Hening.
Retina aku bawa ke tepi tingkap dan jemari sekali lagi saling bertaut.
Entah kenapa tiada sebarang kosa kata yang keluar, sedangkan di minda berbagai yang ingin disuarakan.
"Berapa kau nak?"
Refleks aku menoleh padanya. Tubuh yang bersandar di seat dan tangan yang memeluk tubuh. Pandangannya juga masih setia menghala depan.
"Aku... Aku tak tahu, aku cuma perlukan duit. Betul-betul..."
"Dan atas dasar apa yang buat kau percaya, yang aku akan tolong kau?"
Aku terpempam.
"Sebab aku suka kau?" Sinis.
Senyap.
Hans mula berpaling padaku. Jemari telunjuknya menarik daguku, menyebabkan seluruh retinaku terpaku padanya. Bibirnya terjungkit sedikit,
"Aku mengaku memang aku suka kau,"
Aku masih senyap. Tak terkesan,
"Dan tak luak mana pun kalau aku tolong kau..."
"Tapi-" seperti sengaja dileretkan.
"Aku ada syarat,"
Makin erat aku mengenggam jemari.
"Apa-apa syarat kau pun aku akan ikut,"
Hans tertawa kecil. "Betul?"
Malas-malas aku mengangguk.
"Syarat aku cuma satu...
... Be my sugarbaby,"
Sekonyong, dahiku saling bercantum. Menatap bingung sepasang mata kelabu itu. Renungannya penuh pengharapan.
Apa maksudnya?
.
Heyya!
Orait eksaited tak?
Drop some opinion,
YOU ARE READING
S u g a r b o o: Perempuan Milik Hans
Romance• Darkling trilogy volume 2 (Novel melayu) He came with full package, but got rejected because of one reason. . . "Spend a night with me, and 1 million will be yours-" Thus, she's become his candy girl for a dating companion. Warn: May contain toxi...