6 | Declare

1.2K 114 4
                                    

S u g a r b o o


'Once upon a time,
Our soul apart but our lips collide-'

🕊️


ANAK mata hitam itu menatap dalam. Lama dia memerhati tanpa bicara, aku garu pipi. Agak kekok dengan renungan dia. Sesekali aku perhati geng jughead yang berada tidak jauh dari kami berada. Hans tidak henti memandang kami dengan mysterious gaze dia itu, berpeluk tubuh sementara yang lain hanya fokus pada telefon di tangan.

"Apa yang kau fikir Abel?" Ryan menyoal.

Bibir bawah aku gigit. "Well, kau tahu kan aku tak maksudkan apa yang aku cakap tadi?"

Sepi.

"Aku cuma nak minta tolong kau. Kita pura-pura jadi pasangan...

... Kau pun tahu kan, Hans masih tak puas hati dengan aku lagi."

Ryan mengeluh. Retinanya berkalih ke sisi, kedua tangan yang dilipat ke dada dibawa ke kocek seluar.

"Why not kita betul-betul jadi pasangan?"

Aku terkebil.

Ryan kembali menatapku. "Aku tak setuju dengan apa yang Hans buat, jadi kami ada perselisihan. Dia rasa tercabar."

Jeda. "Kalau kau setuju, aku boleh protect kau."

"Tapi aku tak ada perasaan dekat kau," jujurku.

Ryan gelak kecil. Kepalanya mengangguk faham.

"A misandrist don't you? Understandable."

Dia mahu berlalu, lekas-lekas aku menarik hujung bajunya. "Nanti dulu."

Aku tarik nafas. "Aku setuju..."

"Untuk sebulan saja then kita putus."

Aku tiada pilihan lain. Aku tak mahu terus diganggu jughead, terutama Hans tak guna itu.

"Great." Bibir Ryan terukir senyum lebar.

Tanpa aba-aba jemari aku digenggam. Ditarik mengikut langkahnya. Kami menuju ke arah individu yang berada di pokok tersebut.

Hans merenung kami dengan penuh berang. Geng mereka yang lain saling memandang satu sama lain.

Terlihat keliru.

"Apa benda ni Ryan?" Hans menyoal.

"She is now mine," tutur Ryan. Keras.

"We're together. So, lepas ni aku tak nak kau orang cari pasal dengan Abel lagi. Cukup-cukuplah sebelum ni, jangan jadi budak tak matang Hans."

Belum sempat kami beredar, satu tumbukan diberi pada wajah Ryan.

Hans nampak benar-benar berang. Sekali lagi, Hans menumbuk Ryan dan kali ini dia dihalang oleh geng jughead.

"Sabar Hans, benda boleh bincang." Leo bersuara.

"Nak bincang apa?! Kau memang tak boleh pakai Ryan. Aku tak suka orang usik barang aku..."

"Aku bukan barang kau lah!" Jerkahku.

Ryan yang tersungkur di tanah, aku bantu.

Hans gelak keji. "Kau fikir Ryan bagus? Kau percaya dia?"

"Sekurangnya dia tak seteruk kau." Aku masih lantang bersuara.

"Wait and see. Salsabila,"

Pedulikan dengan amaran Hans. Ryan menarik lenganku, tanpa sebarang kata. Kami menapak pergi dari situ.

"Kau jantan pengecut Ryan,"

"Jangan dengar apa yang Hans kata. Dia tak akan mengaku kalah."

Aku hanya berdiam.

Tak pernah terduga, aku akan terlibat dengan masalah mereka.

Tautan tangan masih bersatu. Kami hanya membiarkan pelajar lain yang memerhatikan kami dengan saling berbisik antara mereka.


.



"What!" Jeritan Hasya membuatkan aku segera menjarakkan telefon dari telinga.

"Kau biar betul Abel?"

"Yalah, ni untuk kebaikan aku juga."

Senyap.

"Tapi kan, kenapa Ryan nak kau orang couple betul-betul? Dia suka kau ke?"

"Aku tak tahu. Yang penting aku tak anggap dia apa-apa buat masa ni." Luahku.

Sedikit sebanyak aku terasa seperti mempergunakan Ryan.

"Macam Damien..." Perlahan. Nadanya meleret.

Membuntang mataku. Ini kali pertama Hasya membuka mulut tentang lelaki cina itu setelah sekian lama.

"Kenapa dengan Damien?" Soalku ingin tahu.

"Tak ada apa lah,"

"Hasya... Bagitahu aku. Lepas dia jumpa kau berdua, apa yang dia cakap."

Masih senyap di talian.

"Okey lah aku dah mengantuk, aku tidur dulu."

"Hasya!"

Panggilan dimatikan. Aku merenung lama skrin telefon di tangan.

Cis punya perempuan.




Drop your thoughts down here.

Sebenarnya Ryan...

S u g a r b o o: Perempuan Milik HansWhere stories live. Discover now