02 : Weird Boy

13 7 13
                                    

Guide to read :

*** - 5/more minutes later
••• - 1/more hours later
... - next day

×××

Pandanganku tiba-tiba sahaja tertukar kepada pandangan yang agak asing di mataku. Aku berdiri tepat di depan padang sekolah dan berpakaian seragam sekolah dengan kemaja putih serta bervest biru gelap dan skirt bercorak kotak-kotak biru gelap, putih dan marron. Mataku melirik sedikit ke tepi, mana la tahu ada nama sekolah.

"Sekolah Menengah Semi Brintain.", gumamku perlahan membaca nama sekolah itu lalu memandang pemandangan yang agak kuno itu dikeranakan aku sudah pun berada di tahun 2021. Ia agak kuno tetapi juga terlihat mewah. Sepertinya sekolah ini ialah private school.

Kepalaku tertoleh ke kiri apabila seseorang memanggil namaku, aku memandangnya dengan tatapan yang penasaran apabila menlihat dia tersenyum kearahku, "Lee Jia, awak pelajar baru disini kan?", tanyanya.

Sebentar, nama empunya badan ini juga Lee Jia? Wah, ini gila, Professor itu pasti sahaja meletakkan diriku dengan orang yang bernama sama denganku, "Hm mungkin.", budak lelaki itu hanya mengeluh kecil sembari tersenyum manis lalu menarik tanganku secara tiba-tiba untuk berjalan dengannya.

"Awak kelas apa? Biar saya hantar kan."

"4A1."

Ok, ini janggal. Kenapa aku boleh menjawab nama kelas ku sedangkan aku tidak tahu yang aku ini murid baru? Mungkinkah ini effect apabila bertukar roh? Aku kemudian memberhentikan langkahku, budak lelaki itu juga turut terhenti apabila menyedari keberhentianku. Dia menatapku aneh.

"Apa nama awak eh?"

"Akh, saya Park Jisung."

"Kelas apa?"

"3A2."

Ok sekali lagi, ia menjadi semakin aneh. Kenapa ada budak yang membawaku ini datang memberikan pentunjuk? Bukankah sepatutnya rakan sekelasku yang datang? , "Awak jangan rasa pelik tapi tugas saya memang menunjuk arah kepada pelajar baru hehe.", aku memandangnya dengan mata yang bulat.

Kenapa dia-- Hah sudah lah, semua orang sama saja. Tanpa menunggu lama aku kembali menarik tangan budak bernama Jisung itu untuk menyuruhnya mencari kelasku. Hey tunggu, aku hanya menyuruh tolong sahaja ya.

Hanya saja, aku harus kembali ke kelasku dengan cepat dan baru akan aku fikirkan tentang keberadaan ibu dan ayahku.

***

Jisung mengetuk kecil pintu kelas itu sehingga semua penghuni di dalam kelas tertuju kepada kami, aku hanya menundukkan kepala saja. Mungkin cara mereka menatap itu membuatkan aku agak kurang selesa.

"Saya bawakan pelajar baru dari Sekolah Menengah Daegu ke kelas ni. Dia pelajar di kelas ini, Lee Jia.", ujarnya ceria, entah mengapa, mendengar itu membuatkanku tersenyum kecil, dia sangat lucu, "Terima kasih, Jisung. Kemari lah, Lee Jia."

Ujar guru itu membuatkan aku berhenti dari lamunanku, aku perlahan-lahan menglangkah masuk. Sejujurnya, aku sangat takut dengan semua orang yang memberikan perhatian sepenuhnya buat aku seperti aku ini ialah pembunuh. Mungkinkah cara aku bercakap atau berjalan terlihat janggal? Hm..

because the truth is // haechan ft markWhere stories live. Discover now