❪ Guide To Read ❫
*** - 5/more minutes later
••• - 1/more hours later
… - next day/more×××
Lee Jia duduk diam merenung makanannya. Dari tadi dia tidak menyentuh langsung makanan itu, sudah la waktu rehat singkat. Dia mengeluh nafas panjang. Detak kaki seseorang mulai kendengaran di telinga Jia. Gadis itu hanya mengabaikan sahaja sehingga dia mengambil tempat di sebelah Jia.
"Kau okie ke?", tanya Han sambil membuka bungkusan plastik sandwich yang dibelinya di kantin tadi sebelum melahapnya. Jia memusingkan badannya, menghadap Han dengan posisi yang selesa.
"Apa hubungan kau dengan Shin Jiwoon.", tanya Jia tiba-tiba. Mendengar itu, Han hampir sahaja mati tercekik, nasib la dia turut membeli air tadi. Ada juga penawar untuk tercekiknya. Lelaki berkulit coklat keputihan itu memandang Jia dengan pandangan terkejut dan tidak percaya.
"S-siapa tu? Tak kenal aku.", nafinya. Jia memandang serius lelaki itu. Dia sudah memikirkan tentang hal ini semenjak mereka pulang dari lawatan itu, sekarang sudah hampir 2 minggu.
"Apa hubungan kau dengan dia?", tanyanya semula, kali ini dengan nada sedikit kesal dan menekan. Seolah dia marah kerana lelaki itu mengabaikan pertanyaannya. Han menghela nafas malas.
"Kenapa semua orang sibuk sangat pasal dia?", ketus Han, turut melontarkan soalan. Jia terdiam seketika, pandangan matanya yang dari tadi kosong dan serius akhirnya bertukar terkejut dan tanda tanya.
"Kenapa kau cakap macam tu-"
"Kenapa kau pun sibuk pasal dia?", Jia terdiam sekali lagi apabila kata-katanya dipotong laju oleh Han. Lelaki itu memandang kesal dan kecewa kearah gadis itu. Dia mencuba untuk menahan amarahnya yang bila-bila masa sahaja boleh meletus. Jia tertawa tidak percaya.
"Aku cuma nak tahu pasal dia-"
"Sebab apa?!", lagi sekali, kata-katanya dipotong. Lantang Han bersuara sehingga Jia membesarkan matanya terkejut dengan suara Han. Lelaki itu barusan membentaknya? Jia tidak percaya dengan kelakuan lelaki itu.
Apa dia fikir Jia tiada perasaan? Kenapa harus membentak jika bisa berkata dengan baik? Dia hanya bertanya bukannya menuduh yang bukan-bukan. Ini kali pertama dirinya di bentak oleh orang asing. Bahkan ayahnya tidak pernah membentaknya seperti ini.
Jia terus bangun dari duduknya. Wajahnya mulai memerah dikeranakan perasaan marah yang datang disebabkan oleh nada kasar lelaki itu.
"Kau tu cuma orang asing je kalau nak tahu apa yang aku nak tahu tentang Jiwoon!", suara Jia naik seoktaf membalas sebelum melangkah pergi meninggalkan Han di meja makan itu. Lelaki itu memandang pemergian Jia dari belakang tidak percaya. Dia berdecik bibir sebentar sebelum turut beredar dari tempat itu.
...
Laju kakinya melangkah mendekati gadis di hadapannya ini. Sesekali Jia menyeru namanya supaya si empunya nama berhenti dari jalannya. Senyuman di wajah Jia terukir apabila Jiwoon berhenti, mendengar kata Jia.
Jia mendekati Jiwoon dengan hati yang gembira. Senyuman puas hati tidak lekang di bibirnya, Jia menunduk sekejap. Menghirup semula nafasnya yang hilang tadi akibat berlari. Jiwoon hanya memberikan pandangan yang tidak puas hati dan aneh sahaja.
Dia sendiri tidak tahu mengapa gadis bermarga Lee itu memanggilnya dan menyuruh Sang gadis untuk berhenti sedangkan dia dalam kesibukan sekarang ini. Jiwoon sangat terkejar-kejar untuk pergi ke klinik yang dia sering kunjungi itu, datang pula orang begini. Sungguh Jiwoon benci!
YOU ARE READING
because the truth is // haechan ft mark
FanfictionKehadiranmu yang tidak diundang, membawa luka dalam kisah kami. nct dream haechan ft mark 2021